Nuff is not Enuff

Isnin, Mei 12, 2014

Esok cuti wesak! Yeay!!

Assalammualaikum...

Ni nak ngadu.. kan dalam list buat kek tu kan, berderet sabtu. ahad, isnin, selasa ada order kek kan, jadinya dari jumaat malam sampai ke ahad tak cukup tido.. tido kol 3-4 pagi.. pahtu da nak kene bangun pegi keje arini.. 

Ari jumaat tu buat order tuk Sabtu.. tido kol 3pg.. 

Hari Sabtu, Niyaz bangun kol 5.30pagi.. Buat breakfast, buat kek span, petang kluar beli barang kek yg tak cukup tuk kek ari ahad pulak.. Mr.President plan nak g umah Qaliff pulak ahad tu, AngahAyu da pesan ritu, kalo nk dtg sana die nak order kek.. huhuhu.. gigih buat jugak kek.. tido 3-4pagi lagi..

Hari ahad, Mr.President beli breakfast sbb pagi2 nak deco kek sekejap, masak sos butterscoth time tu la gas abes, da siap nak g kenduri kawen, Niyaz baru nak tido pulak. Dah bangun g kenduri, pahtu gerak g Sepang kol 3.30.. ku sempat tido dalam keta. Kat sana layan Qalif n Nadira jap, sambil tgok citer Perojen (Frozen) kata Qaliff... Lepas maghrib bertolak pulang, sampai umah kol 9malam, terus jadi baker pulak.. buat kek tuk isnin&selasa.. hiii.. maka 3biji Walnut siap!! kemas umah apa yg patut, siap vacuum umah kol 2.30pagi. jgan la ada jiran2 yg menyumpah aku.. hehehhe..still tido kol 4pg..

Tadi Mr.President kejut, ala, rasa macam nak cuti.. pegi keje dengan perasaan malas jer.. sampai opis, ingat nak tido je lunch ni.. kendian dengar budak opis kata "esok cuti lagi".. terus telinga tegak.. hoh, wesak rupanya... *macamana aku boleh terlupa esok cuti?

yeay!!! lompat bintang.. tak sabar.. rasa macam arini ari jumaat.. jangan la Mr.President ajak g memana esok, nak tidoooooooooo

Tiada ulasan: