Nuff is not Enuff

Jumaat, Mei 02, 2014

PABKL 2014 - Tolonglah jangan bawak budak

Assalammualikum...

Semalam Hari Pekerja, kitorang pegi PBAKL kat PWTC. Kitorang tu aku ngan adik bongsu (IA = Izzah Aisyah). Niyaz tinggal ngan Opah.. Naik LRT ampang dalam kol 11.30pg.. bajet tak ramai org pegi, sbb mesti dorang ramai pegi perhimpunan GST tu.. sekali da sampai sana, makkkk aiii ramai betul..



Pegi saje sbb nak bawak IA, die yg nak pegi, nak cari novel la, apa lah.. so bawak je la sbb aku pon da 3 tahun tak pegi.. keh keh.. lama tu puasa...

2011 - bajet takde sebab bertunang. tunang 2hb 5 2011.. Arini la Anniversary tunang wei.. kihkih
2012 - sibuk dengan persiapan kawen, 28hb, 29hb April - bertandang 6hb Mei
2013 - baru abes pantang, Niyaz tak boleh tinggal lagi

Semalam aku cuma belanja RM50 jer.. kalo dulu time bujang RM300-400 tak cukup borong.. semua pon nak borong.. Yer aaa, dulu boleh la santai2 nak baca buku.. skang mmg tak dapat ler.. si Niyaz menjeles betul.. die pon suka buku, suka sgt.. suka koyak pon iya jugak.. hahha

So rembat buku resepi + buku alif ba ta Niyaz + Height Chart.. tu je, tak jumpa buku tuk baby lahh.. Semalam lawak ah Niyaz, ku saja2 la kekonon nak tampal chart tu kat dinding.. eh, die nampak org buat macam tu, die pon amik buku alif ba ta die tu yg berat tu, tampal kat dinding jugak.. pentiru ah Niyaz!! hahahha.. bijak betul..

Ni ha buku tu, siap dapat tandatangan Chef lagi.. hiksss
Ok, benarnya nak cerita pasal lain ni... Masa sedang elok sampai kat pintu masuk tu, dalam ramai2 org tu, aku nampak sorg lelaki ni bawak baby yg masih bersarung kaki dan tangan.. mungkin dalam 3bulan gitu.. jadah hapa nya bwak baby usia2 gitu pegi tempat ramai org ni.. baby tu agaknya tak selesa, mungkin nak tido tapi tak bleh tido jadi merengek2 la.. yg si bapa/lelaki tu tepuk2 dodoi2 da la ganas.. adui laaa.. sakit mata aku nengok nyer.. die tak tau ke baby ni antibodi tak kuat lagi.. walopon minum susu ibu sekali pon tapi die masih kecil laaaaaaaa.. tolong laa.. kat tempat ramai org macam tu, macam2 virus ada, ada yg sakit semua.. tak bagus la utk baby.. infact, aku semalam pon selsema + batuk.. sgt2 tak bagus la.. 

Aku tak paham la ape jenis ibubapa eh mentaliti macam ni.. Setakat nak kejar diskaun buku atau pon apa alasan kau, tak payah la bawak budak apatah lagi baby.. kesian weh... pikirla pasal anak kau.. pelik la aku.. mana lagi penting, nafsu beli belah, diskaun atau anak kau? Setakat diskaun macam tu kat Masjid Jamek pon ada diskaun, kadang2 beli on9 pon ada.. lagi senang.. kenapa nak bersesak bawak anak??

itu tak masuk lagi, berapa banyak anak2 hilang yg 4tahun, 5tahun.. itu naseb jumpa bawak kat kaunter, yg kalau tak jumpa???.. da kecoh menanges merayu2 dalam paper, TV segala.. mintak tolong bagai.. padahal atas kecuaian sendiri.. mmg la budak2 tak boleh nak dikawal, tp semua tu ko, boleh elak kalo ko tak bawak dari awal.. biar la nanges2 kat umah tak dapat ikut pon dr ko yg memanges anak2 ko hilang..

Yang bawak stroller pon satu hal jugak.. da la kat situ sesak, nak bawak stroller bagai.. jalan pulak lenggang2 kankung macam bersiar2 di pesiran pantai jer lagaknya.. tak pikir kawasan tu sesuai ker nak bawak stroller.. lagi2 kalo dalam tu ada budak tgah tido.. buatnya kalo ada org terlanggar masa tu pulak tengah bawak buku berat, tebal byak2 sekali tersadung jatuh kat muka anak ko tak ker satu hal? mcm kemungkinan tapi mak bapak tak pikir..

Masa balik kat LRT tu ada la ternampak suami isteri ngan anak mungkin belom setahun, duduk kat sudut sambil si isteri meriba anak, nak menyusu, suami pulak serba salah sama ada nak cover belakang atau tepi.. sudahnya sbb da ramai org, tak selesa nak menyusu, isteri tu terus dukung anak die stopkan menyusu.. apa lagi, anak die melalak macam nak terkeluar anak tekak.. mungkin die haus, penat, panas nak tido, tak selesa.. aku tunggu tren dekat 3minit, 3minit tu dengar anak die menanges menjerit.. kesian sgt.. tapi apa nak buat dapat mak bapak ko pon tak berpikir, lagi nak bawak budak tempat ramai2 macam tu.. EEEEEE, tak paham la.. tiap kali aku teringat pasal ni, aku geram betul... len kali, kalo ko berdegil nak pegi gak, bawak la nursing cover, senang nak nursing in public.. kalo tak de, beli.. tak payah satu LRT semalam dengar anak ko menjerit2 macam tu.. kesian, ALLAH kasi akal tapi tak nak pikir..

Sebab tu aku tak bawak Niyaz, lelagi die tu mmg pantang panas sikit.. mula la nak berpeluh macam pegi gym.. dah tu cepat mengamuk.. kalo nak menyusu tu suka main selak ikut suka die jerrrr... Lagi bagus tinggal kan die sekejap umah opah, boleh tido.. boleh main.. bukan ko pergi sebulan lama nya.. apa salahnya tinggal sekejap.. haissssh... geram ngan mentaliti makpak yang macam ni..

Tiada ulasan: