Nuff is not Enuff

Jumaat, Januari 02, 2015

Salam Tahun Baru 2015

Assalammualaikum... 

Salam tahun baru 2015 untuk pembaca blog ni.. ade ke pembaca masalahnya? muahahahahha 

Azam tahun baru ni banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk yang kecik2... hahhaha.. 

Yang besar2 antaranya :- 

- nak solat awal waktu - nak jadi muslimah yang lebih baik lagi, pakai tudung labuh, baju longgar, sarung tangan dan stokin kaki 

- nak beli rumah *kalo boleh nak dekat2 ngan ampang.. heheheh

- lepastu nak setel PTPTN semuanyaaaaaaaaaa...setel habes.. kekeke... *bunyi macam banyak duit jer kan??? padahaaaaaaaaaaaaal 

- nak ngandung

dah tu je yang aku perlu tulis, yang lain2 aku simpan sendiri.. hehehhe

*************************************************************************

Semalam, aktiviti pertama kitorang bagi tahun 2015 ialah Majlis Zikir Persatuan Pengamal Aura Metafizik, (anjuran Restoran Denai Ayam Kampung, Taman Equine).. Ini adalah acara bulanan.. setiap bulan akan ada beberapa pengamal-pengamal yang akan buat majlis zikir ni.. Kira macam perjumpaan rasmi la.. Lepas majlis zikir, ada jamuan makan2 dan aku setiap kali tu la akan sponsor kek (kalau di-izinkan).. kira promot sekali la.. hahahha.. dan kebanyakkan order aku pon dapat dari group ni.. Alhamdulillah.. 

Aku tak sangka la aku bleh join group-group macam ni.. itupon lepas aku kawen ngan Mr.President.. kalo idak aku masih jauhhhhhhh hanyut dalam duniawi.. heheh.. tapi siyesli masa mula2 dulu aku kekok bak ang.. dengan tudung singkat baju muat-muat.. lepastu bila aku da bergaul dengan para-para sahabat muslimah macam kak rose isa, yus, nor, ustazah ani, cikgu mija, dr shiffa, sofia si tailor, kak aisyah dan ramai lagi buat aku renung2 dalam2 gaya dorang lepastu perlahan-lahan ubah diri.. Aku masih lagi bertatih, belum sempurna masih compang camping.. Takpe, yang penting belajar kan???

Niyaz adalah salah sorang baby Aurametafizik, maksudnya sejak dari dalam perut dah join aktiviti zikir bulanan ni.. Sampai dah sarat2 masih pergi jugak.. hehhehe.. hujung2 majlis, dorang akan doakan semoga proses kelahiran lancar.. mungkin juga berkat doa-doa semua, aku senang sekali beranak.. mudah sangat..

Meh, belanja gambo Niyaz..Tengok la muka tu grrrrrrrrrr... die ni ikut je babah.. kalo nak die pakai kopiah, babah pon kene la pakai sekali.. selagi babah tak bukak, selagi tu la die pakai.. hahha.. pentiru la budak ni.. elok je terletak kat kepala tu.. 

apek ooo apek.. gambo tu biar ikhlas boleh tak?
Kedai makan ni milik salah sorang pengamal.. die baru je bukak.. kira macam perasmian kedai makan la ni.. konsep die masakan kampung.. dan sebab nama Restoran Denai Ayam Kampung, maksudnya die serve ayam kampung jugak la kot..? Jadi sesapa yang lalu kat Equine Park tu singgah la Restoran ni sebab kat situ tak banyak kedai makan melayu.. lot-lot kedai pon masih banyak kosong.. baru bukak ni.. kedai sederet QQ baby shop.. Jadi lepas makan boleh shopping barang2 baby.. konsep ni sesuai tuk yang lapa dan ada anak kecil... macam aku.. hehhehe

Niyaz, niyaz.. nama je pakai jubah.. tapi tak jada tatasusila langsung.. Dah la sempat paw 2 biji kereta kat stesen minyak Petron.. soh letak balik menjerit2.. last2 terpaksa beli dua-dua.. Masa ni baru sampai sini kat restoran ni.. orang tak ramai lagi.. suka la die berlari sana-sini.

Niyaz the explorer
Kiri Belakang : Sofia the tailor, Cikgu Mija, Kak ila dan anaknya
Kiri Depan : Yus, Ustazah Ani dan Fasha Sandha..
Gambo makanan tak amik pulak.. ada nasi putih, sup kambing, ulam2 sambal belacan, ayam masak kicap, ikan masin, samabl goreng jawa.. lepastu ada bubur kacang hijau cicah ngan roti.. air sirap, kopi ngan teh tarik terbaekkkkkkkk...

ok, kita jumpa lagi 7hb ni, Majlis zikir sempena Maulidur Rasul kat umah Yus.. *itupon kalo rajin nak cerita la kan? muahahahha

Tiada ulasan: