Nuff is not Enuff

Khamis, Januari 26, 2017

Happy 37th Birthday Babah!!

Assalammualaikum..

Perghhh.. Hari2 duk pikir, nak update blog, nak update blog.. Tapi bila pegang phone, tengok wassap dulu, layanzz.... Lepastu tengok FB pulak. Kalo bizi, sempat like post kawan2 je. Tapi kalo tak berapa nak bizi, leh la selit2 iklan. Haa kalo tak bizi langsung baru leh selfie sambil pegang produk. Eh tp tu pon baru dapat amik 6jenis produk je.. Huhu.. Tu campur bizi nak masak, kemas umah, siapkan anak2, bg makan, bla bla bla.. Jadi bila malam tu masa untuk rehat je.. Maka, nak taip blog ni sekadar anganan je.. Haaha

Ni da kenapa melalut pasal ni aje panjang melebar.. Padahal tajuk di atas tu lain 😂😂😂

Ok, ni aku update ni pukul 4.28am tau.

Sebenarnya kan, aku langsung tak ingat arini besday babah.. Huhu.. Teruknya lah kan? Hahahaha.. Tapi mmg iya aku terlupa.

Bukan aku terlupa tarikh besday die 26hb januari.. Tapi aku terlupa yang harini 26hb!!!

Aku duk ingat harini kamis, semalam rabu, esok jumaat.. Gituuu.. Sbb da tak kerja, jadi tak duk depan PC dan kalendar 😂😂 .. Kalo kerja iyerlah, nak tulis apapa mesti tengok tarikh dulu.. Kan?

*** Alamak, babah masuk bilik la pulak.. Tadi die kat bilik opis, buat kerja ***

Ok sambung..

Mmg tak ingat la besday die.. Yg ni baru teringat pon pasal gobek henpon, pastu nampak tarikh 26hb..😂😂

Bagus punya bini.. Hmmm

Nak beli adiah apa eh? Cadang nak g belanja makan kat nandos je la.. Ok tak babah? 😂.. Dah lama tak makan kat situ kan babah? **bini die yg lebih sebenarnya..

Jadi, selamat ulangtahun kelahiran yang ke-37 tahun buat suami!!! Semoga Allah merahmati pertambahan usia-mu , diterima amal ibadahmu, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan, dijauhi dari sebarang bencana.

Terima kasih sbb sabar layan karenah isteri yang angin macam puting beliung ni.. Layan perangai yang tak dapat diduga, yang selalu nak menang dalam segala hal, yang buruk perangai, yang selalu gagal masak sambal, yang tak pernah masak asam pedas sedangkan itu adalah kegemaran, yang itu dan yang ini. Hahahha.. Macam macam hal. Terima kasih abang!!!

Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga. Peluk cium dari Iyaz dan Inara juga!! 😘😘😘

Rabu, Januari 04, 2017

Bertabah lah duhai hati

Hmmm.. 

Kadang2 korang tengok dia tu happy go lucky je.. Macam takde masalah je.

Post pon semua yg baik2 je.. Yg best2 yang kelakar2

Tp korang tak tau dalaman dia cemana?

Aku da kenal banyak org gitu.. Sampai tanya, "Eh ko ni takde masalah ke?"

Tp bila kita da nampak sisi sedih dia, di saat dia mula bercerita.. Kita takkan tahu dugaan apa yg dia hadapi.

Dia happy bukan sebenarnya dia happy. Tapi nak memujuk hati. Baginya biar dia je yang tahu. Buat apa nak tunjuk kat orang?

Tahu tak kenapa ramai artis2 luar negara ramai yg bunuh diri? Dorg penghibur, menghibur orang ramai. Tapi dalam hati, sunyi.. Asik kita hiburkan orang, siapa pula nak hiburkan kita?

Aku bersyukur sebab dapat dengar masalah2 orang sebegini. Sebab ku selalu pikir, masalah ku berat. Dugaan ku hebat. Ujian ni buat rasa dada nak pecah.

Tapi... bila kita dengan masalah orang lain, sebenarnya masalah kita tu tak besar mana pun.

Bertabah lah kawan, dan juga untuk diri sendiri..

Isteri berdikari

Suami,

Jangan biarkan isterimu terlalu berdikari,
Cari duit sendiri,
Pergi kemana2 sendiri,
Makan pakai tanggung sendiri,
Keperluan rumahtangga sendiri,
Keperluan anak2 juga sendiri,
Buat apapa pun semua sendiri.

Suatu hari, kalau isterimu dah tawar hati, jangan lah ditanya kenapa terjadi?

Kerana, bagi dia. Kau ada atau tiada, dah takde maknanya. Sama je. Tiada keperluan.

Untuk apa ada suami? Kalau semua sendiri?

******************************************

Sebenarnya aku ada baca status FB kawan aku tak lama dulu.

Die cita pasal isteri yg berdikari. Aku cari balik tak jumpa sbb dah lama. Tp status die tu 3baris je.. Ringkas padat tepat!

Apesal aku cuba tulis balik jadi berbaris2 eh? Hahaha

Takpe lah asalkan maksud die sampai.

So suami, hati hati ya.. Perempuan ni die diam diam simpan dendam tau! Jangan sampai die rasa kosonggggg.. Lepastu die blah, sikitttt pun takde simpati nanti. Hati die dah kerass...






Ahad, November 06, 2016

Pie Kelapa Muda - McDonalds

Assalammualaikum..

Tadi, si Asyida agen dmsku tu nak restok barang, ajak jumpa kat A.Point.. nak senang, jumpa McD situ je la..

lepas tu masa nak balik, ajak Mr.President tapau tp die kata malaslah.. baik makan situ.. so masa mengoder tu nampak la pie kelapa muda.. limited edition katanya..

Aku ingat yg keladi/taro pie tu ada lagi.. tu pon habes dah sbb promosi je.. tu pon sedap jugak tau..

Sebenarnya pie McD yg aku paling suka ialah Nenas.. yg tu sedappp wooo.. kedua suka Apple la.. tu pon sedap jugak.. tp yg Nenas tu kekadang je ada kan? die dah bukan menu tetap macam masa aku kerja dulu.. tahun 2002-2003. Dalam tempoh 2tahun kerja tu, ada la beberapa jenis pie jugak promosi, tp nenas tetap di hati..

tu masa dorg cakap, pie nenas da discontinue rasa macam nak tulis surat kat ronald mcdonalds 'apesal ko nak stop jual pie nenas' walaupon ronald tu takde kena mengena dan dah arwah pon.. tp ai kecewa tau! haha

So tadi dapat la cuba jugak yg kelapa muda tu.. tak sempat makan masa panas2 sbb sampai umah dah sejuk.. jadinya masa makan tu tak rasa sangat la feel die, sebab die kena makan panas2 suam tu (alasan nak makan lagi, kui kui)

Rasa die macam, korang penah tak makan jelly kelapa yg sejuk2 tu? yg ada parutan kelapa muda tu? haaa camtu la.. cuma ni die letak dalam pie, dan inti die tu likat sikit macam kanji.. hiks.. sebab die kelapa muda, jadi takde la rasa kelapa sangat.. Memula ingat pelik, tapi sedap jugak

pelawa Mr.President 2x pahtu die cakap, makanlah, makanlah.. sekian, sekali hadap setel.. padan muka.. jangan menyesal.. hahaha

Tak sempat amik gamba.. tapi td dah gugel. jumpa gamba ni kat blog ni.. die buat review tahun lepas.. ooo menu ulangan je.. yeye je aku kena tipu, ingat menu baru tadi.. ahaksss

Sabtu, November 05, 2016

Luaran die baik, tapi rupa2nyaaa..

Assalammualaikum..

Pernah tak korang rasa dikhianati? Oleh org yang kamu nampak die-nya sangat lemah lembut, perwatakan keibuan, nampak humble walaupon berpangkat tinggi, selalu bagi tips dan nasihat dan macam2 lagi.

Aku tak pernah berurusan secara langsung dengan die pon. tapi dari pembawakan mulut2 org, ku dengar yg baik2 sahaja.. semuanya baik.. sehingga lah ....

tiba-tiba...

berlaku suatu perkara yang mmg tidak aku jangkakan terjadi. Amat sulit nak cerita kat sini. Tapi, disebabkan perkara tu, mmg segala respek, segala pandangan baik aku selama ni hilang.. mmg hilang.. bukan takat aku, yang lain2 pon mmg ilang la respek kat die.. Imej2 baik yg ditonjolkan pon mmg totally gone.

Dulu, masa dorg berbaik2 ngan si polan dan golongan ni, aku cam takleh nak pergi .. bukan sebab pangkat, tp sebab ntah la . kata hati cam hmmm tak sedap, takleh kamcing.

Tapi bila yg lain2 ni share benda baik2 aku pon, haa ok la.. die ok kot... aku je suka pikir negative.

sekali, bila aku yg kena sendiri.. aku berhubung secara langsung ngan die, mmg perghhhhh, macam kena tikam kot .

lepastu, aku share la kat sahabat2 aku yg selama ni memuji2 tu kan, haaaaa dorg pon tak sangka hokey!!!

Dorg pesan, tak yah nak gaduh sbb mmg kita yg akan kalah.. Dorg mesti taknak kalah punya.. ada status kan. Kita ni apa lah..

Kita tengok je dari jauh.

Permainan dorg dah nampak, aku pon dah tau sikit2 la game ni.. Takpe lah . Aku mungkin nampak BODOH, tapi aku takde la BODOH sangat.

Tau tak? Perkara paling seronok ialah bila tengok die menipu, padahal kita dah tau yang die tu menipu.

Die ingat die pandai sangat lettew.. ahaksss..