Nuff is not Enuff

Jumaat, Julai 25, 2014

Selamat Hari Raya 2014!!!

Assalammualaikum...

Hari ni hari jumaat, jadinya ada 2 hari lagi nak beraya.. gulp...

Baju raya aku takde nih.. cadang nak pakai yg lama punya jer.. hiksss... Pehtu kebetulan bos pulak kata hari ni half-day, maka aku da plan siap2 nak pegi SOGO, Jalan Tar & Masjid Jamek.. Nak pegi kamdar sbenarnya nak cari baju kurung.. lepas tu nak cari T-shirt laki ku sekali.. die tu kalo soh beli manjanggggggggggggggggggg la kata nak pakai yg lama.. Cisss.. Aku ni bukan tau beli pon.. huhuhu.. so pejam mata je la dak?

Ni da pukul 11.44am dah ni.. aduh kecut pulak perut sbb pikir nak kene pegi jalan TAR sensorang.. Takut!!

Malam tadi ingat plan nak kemas umah bagai.. tak tau mengapa badan letih benar.. so semalam umpan Niyaz tido dengan aku2 sekali tido.. sedar2 da nak abis waktu sahur!!! aaaa... nanges, da la arini nak marathon shopping jalan merata.. abes la haus kang... Umah tak kemas, baju Niyaz lansung tak lipat lagi ni.. ayooooo

Dah la sabtu pagi tu nak bertolak balik muar.. besar harapan aku ni tido dalam kereta.. hahahah.. Tak bleh la nak teman Mr.President borak2.. Dah kalo teman die borak2 lepas tu aku ngantuk , nati da sampai Muar takkan aku nak tido pulak kan??  Segan kat mak mertua aihhh... Mesti la kene tolong masak kemas umah bagai.. kan?? hahha

Ok la.. Selamat pulang ke kampung halaman bagi yang ada kampung & nak beraya kat kampung.. Bagi yg takde kampung cecepat kawen ngan orang yang ada kampung supaya setiap kali raya, tak kisah la Raya Cina, Deepavali, Krimas hatta hari gawai sekalipon akan balik kampung pasangan.. hahah.. Macam aku la, sebab Mr.President sorang je ada kampung, die la pemenang.. Niyaz pon sama la tu, balik kampung die.. Kan die beranak kat sana.. T__T

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin


Rabu, Julai 23, 2014

Cuti Raya

Assalammualaikum..

Pagi ni da apply cuti raya sesiap.. Amik 3 hari, so sederet Sabtu ni sampai Ahad depan cuti... phewww.. Mesti malas nak datang keje nanti.. hiksss

Hari ni dah rabu, ada lagi 2 hari je nak keje.. Jumaat ni inshaALLAH bos kata halfday, jadinya nak amik kesempatan nak g KL sensorang.. nak cari baju raya ku.. kikiki... Cari last minit macam ni harap sagt masih ada lagi baju raya tuk aku.. huhuhu

Untuk Niyaz semua da setel dah.. cuma baju melayu die, aritu bapak aku ada belikan baju melayu kaler royal blue.. padahal sebelum ni da beli yang kaler merun.. cuma yang bapak aku beli ni size kecik ngam2.. kalo tak pakai sekarang nati tak boleh pakai dah sebab die kan membesar.. Tapi baju merun tu da potong pulak.. dah takkan nak pakai baju melayu 2 kali? arghhhh...

Kasut die pulak ada 3 pasang.. Ayah Der die belikan kasut Adidas, lepas tu ada sandal Superman yang  dulu tersalah beli besar (skang da muat) dan lagi satu beli Ahad lepas, kat Bata.. Masalahnya sekarang semua kasut tu semua pon die tak nak pakai... grrrrrrrrrr... die nak jugak kasut buruk die tu yg kulu kilir pakai.. dah kenapa Niyaz.. lempang nak?? Tak tau la sebab kaler ke, atau die mmg suka kasut die tu jer.. tak paham la budak ni.. Haishhh

Biskut raya pulak masih ada lagi bancuhan Coklat Chip.. tak sesiap lagi.. cadang nak buat malam tadi.. aku tidooooooooooooooooooo jer.. sampaikan orang punya order kek pun tak siap.. terpaksa la cancel kan order die.. huhuhu.. tidokan Niyaz dari kol 11mlm sampai 6.30pg tadi baru bangun!! sahur pon terbabas.. eeeeeee...geram la dak Niyaz ni.. napa lah tak macam baby lain, senang je tido die.. perangai dari kecik membawak ke besar.. tak berubah..

Nak tak nak malam ni nak kene buat jugak biskut tu bagi abis.. sbb hari kamis da nak stat kemas umah dah. nak kemas wongi2 bagi bersih.. baru la raya kan.. sebabnya kitorang balik Muar sabtu nati lepas balik raya mana tau ada org nak dtg mengejut kan.. tak de la umah bersepah.. kalo idak haru laaaa.. da la lantai dapor melekit2 kene gula tepung bagai.. nak kene mop dulu..

Taun ni nak kene tinggalkan kunci umah kat umah Ampang.. nati nak soh adik jenguk2 sekali sekala.. sebab taun lepas dek lama sgt balik beraya, tingkap umah kene pecah.. tapi tak sempat masuk sbb tuan umah ni bagus die pasang gate kat dalam.. jadinya pencuri dapat kopak tingkap je tak dapat masuk sbb ada gate.. hahah.. padan muka.. bilik yang ketiga agak sepah sbb kat situ barang2 dekat.. tapi takde barang apa pon, cuma barang kerja Mr.President je.. 

Takut nak cuti lama2..






Isnin, Julai 21, 2014

Beza 2kilo jer!!

Assalammualaikum...

Cuma tinggal 6hari lagi nak raya sudah.. huuuuu.. sedih la.. cepat betul masa berlalu.. aku tak kurus2 lagi ni.. dari minggu lepas statik je 71kg.. sakit hati tau tak??? yang buat lagi sakit hati sebab Mr.President tu sebok nak timbang2 jugak, lepas tu berat die 69kg!!! Argggghhh... gerammnya!!

Padahal aku catu makan segala, yang die makan nasi tiap2 hari waktu buka, dah tu suka plak minum manis.. pahtu kenapa die jadi 69kg!!!.. eeeee... geram... Kendian die suka nak jaki2, dia cakap kat Niyaz macam ni..

"Niyaz, tengok baba.. makan nasi, tak payah control makan, da jadi 69kg, kurus jugak.. tak payah susah2"

Huh!

Macam pagi tadi ke semalam ntah, die try pakai seluar jeans lepas tu saja je tarik2 tepi pinggang tu, macam longgar betul..*tapi mmg longgar giler pon.. petanda da kurus.. eeeeeeeee


dan aku ni, kontrol makan bagai nak rak, masih lebih 2kg dari dia? penghinaan jenis apakah ini??


padahal makan sekali sehari jer, masa berbuka.. sahur minum air jer.. tapi!!.. hmmm

Cuma yang aku perasan badan da ada cutting la.. nampak shape kalo idak dulu kembang je.. nampak fit sket.. itu pon da happy..

lepas tu asik la tanya, adik beradik..

"ngah, aku da kurus kan???
"Dut, akak nampak kurus kan???
"Mi, akak da kurus kan??

semua pon cakap TAK NAMPAK PON... eeeeeeeeeeeeeeee... GERAM

Lepas tu tanya kat member opis, die kata nampak sikit.. *ok sejuk hati

Pahtu masa hari sabtu ada majlis bukak puasa kat Wetland, gelojoh tanya semuaorang.. hahhaha

Ada yang kata da nampak, ada kata muka je kurus.. huhuhuhu... sedih

Ni nak kene turun berapa KG baru semua orang nak bukak mata ni? 

**ada lagi 6kg nak remove

Khamis, Julai 17, 2014

Miyaz@Niyaz

Assalammualaikum..

Ape Niyaz dah jadi Miyaz.. Tu ayah aku la tu.. Tak pandai sebut N ke apa ntah.. Suka nau panggil Miyaz Miyaz.. Mak aku boleh bergado kalo dengar ayah aku panggil Miyaz.. Bervulu je die.. hahahha... Aku pon tak suka jugak, da sedap2 nama Niyaz makna "doa & harapan" last2 panggil Miyaz ntah hapa maknanya.. Ala2 nama manja konon.. Cakap ngan Mr.President, die kata biarlah, ayah nak lain dari yang lain.. hehehehe

Dulu, masa umur Niyaz sebulan sambung berpantang kat Ampang, bila ayah tanya sapa nama die? 

Muhammad Izz Niyaz

Hah, apa? zaz? naz? yaz? ape ke nama pelik2 belit2 kau letak ni.. susah nak menyebutnya.. bal bla bla..

hahahha.. aku gelak je.. lama-lama lepas tu da boleh sebut tapi "z" tu jadi "sh".. Niyash... hahahhaha

kelakar kelakar kan?

Lepas tu pasal panggilan aku pulak.. ibu ke, mama ke, aku cakap "Mummy"

ponnnnnnn ada salah jugak.. ape mami mami macam india, ingat mat salleh sangat ke? 

aku buat derk jer.. last die suka pulak mummy tu sampaikan die soh Niyaz panggil adik aku Mak Ngah tu Mummy Two... kahkahkahkah

Adik aku bervulu jer bila ayah aku sebut tu "Mummy Two da balik, hai Mummy Two"... *kira mummy no.2 la tu.. hahahahahhaha

aku gelak gila2.. lepas tu semua tak layan last2 stay panggil Mak Ngah jer.. keh keh keh

Jadi Mak Ngah pon mengurut napas lega..

Dah, sekian cerita pasal Miyaz.. byee

Rabu, Julai 16, 2014

18 Ramadhan dah

Assalammualaikum..

Hmmm.. dah 18 hari kita berpuasa.. pejam celik pejam celik da nak raya dah.. Persiapan raya tak siap apa pon.. kekekke.. umah bukannya ada sesiapa nak datang, jadi tak perlu la nak berhias bagai.. *pemalas.. Lagipon taun ni raya kat Muar..

Kalau pasal baju pulak, just siapkan baju Niyaz jer.. meriah la die ada berlai-lai baju baru.. Cuma kasut je belum beli...Cadang nak beli kat JJ sbb situ nampak kasut cantik dan ada sale.. Hari tu da beli baju kat Dewan Dato' Ahmad Razali, ada The Store buat promosi up to 70% tau!!.. memang borong habis la baju kat situ..

Seperti taun lepas tak de tema pon.. Aritu jalan malam2 kat bandar muar, jumpa jual baju melayu budak.. tengok size yang ada untuk Niyaz ada 3 kaler je.. Coklat, Hijau terang, ngan Merun.. hahhaha.. Jadi amik merun la.. jadi itulah tema raya.. kekekke.. senang tak payah pikir dari awal.. hiksss.. Mr.President dah ada baju kaler Merun, so ulangpakai je la.. die kata taknak baju baru.. *jimat!!.. Tang aku pulak belum beli sepasang pon baju kurung.. kekekke..Nati la hujung2.. sbb kaler Merun tu macam susah nak sama.. kalo idak pon aku pakai je baju yang lama2.. kata dah kurus???

Cakap pasal kurus ni kan... Puas dah berdiet ni.. dari 77kg kan, da turun jadi 71kg tau!!! suka!! tapi tak tau la itu pasal air kurang dalam badan atau apa.. huhuh.. sebab bulan puasa kan kurang minum... Ade lagi 12 hari nak diet kaw2 ni.. nak buang angka 7 tu... Moga berjaya kepada diri sendiri..!!!

Tahun ni pulak aku diberi mandat tuk buat biskut raya.. sekali tuk 4 rumah.. ko mampu? buat sorang2 pulak tu.. kalo dulu berebut2 nak tolong.. siap bagi upah kat adik sorang RM5.. skang ni buat la sorg2.. Semalam buat biskut coklat cip, lepas tu Niyaz sebuk manjat meja.. die main la coklat cip tu.. Rupanya die nak tolong letak kat atas biskut.. alolololo... baiknya hati anak mummy ni nak nolong... bijak betul la die ni.. issshhh ni yang sayang ni.. walaupon rebeh biskut tu die buat sememeh lagi..tapi effort nak menolong tu terharu sungguh dibuatnya... Ntah2 die nak tolong supaya cepat siap kot so that mummy bleh main ngan die... *sob sob.. 

Setakat ni baru buat 3 jenis biskut.. Coklat Chip, Cornflakes Crunch ngan Samperit.. Cadang nak buat Bangkit Cheese sekali... kalo sempat la... kalo sempat lagi nak buat Untaian Kasih.. cewahhhh... Yang 3 ni pon baru siap tuk 1 umah.. ada belen 3 umah lagi.. Itu pon ada org nak beli.. *pitam

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam Mr.President balik Muar sekejap.. lepas tu mak kirim 2 jenis lauk.. aku pulak nasi da masak awal sbb budak Niyaz gebob tu kan tak puasa.. hahha.. Kendian aku masak daging black pepper pulak.. da jadi banyak lauk.. semua lauk pedas pulak tu.. tu pagi ni sakit perut memulas2...

Da tu jiran pulak bagi mee goreng basah.. semalam mmg diet aku ke laut laaa.. makan nasi, ada sambal petai.. rugi la tak makan nasi kan? daging black pepper da la sedap!! *puji lauk sendiri.. Lepas tu makan mee goreng jiran yang mmg sedap.. Laju2 g timbang tengok masih 71kg... *legaaaa... hahahha

Niyaz masa dapat mee goreng tu kan, aku letak atas meja.. pahtu aku kedapur, sekali tengok die da manjat kerusi, dengan mee goreng da terbukak dah.. hahha.. die main tepuk2.. agaknya nak makan tak reti amik guna tangan.. tengok meje bersepah dengan daun sup+bawang goreng.. Amboi, da siap asing tak nak sayur tuuu... hahaha.. Rupanya nak makan laaaa.. Lapa... Amik nasi setel satu senduk.. lauk sup telur+carrot pahtu letak kicap.. die suka la cenggitu.. makan kicap hari2 pon takpe.. Patut hitam.. hahahhaha