Nuff is not Enuff

Rabu, November 26, 2014

Itu Buaya

Assalammualaikum...

Baru je lepas tepon Niyaz, tanya die buat apa.. sebab pagi tadi masa hantar die kat umah opah, masuk2 umah terus tuju kat TV bukak TV.. pandai je.. lepastu kita babai-babai pon die buat tak tau.. siap silang-silang kaki lagi.. amboi, kemain sangat..

Geramnyaaaaa.. bila la die nak pandai cakap.. tak sabar nak gaduh mulut sebenarnya.. grrrr.. Bila tepon rasa tak puas, sbb die tak pandai cakap lagi.. cuma opah je la yang report apa die buat.. lepas 1jam kol kang aku mula la rasa nak kol lagi.. padahal rutin die sama jer.. hasihh... Bila la nak pandai cakap ni Iyaz? Kang kalo da pandai bercakap pot-pet-pot-pet tu yang seronok tu.. ekekkeke

Macam semalam kan, ayah cik die (adik lelaki no.5, Imran @Acik) pasang la cerita binatang2 tu, animal planet ke hapa ntah.. kebetulan pulak cerita pasal buaya.. Niyaz nampak buaya die jerit-jerit.. "TICAK TICAK".. hahahhahaha.. gelak guling-guling kitorang.. bila opah betulkan "itu BUAYA la, bukan CICAK".. die balas balik "TICAK! hkjahgjhaljrajajrklajrajl" ntah hapa lagi die bebel marahkan opah.. konon die betul lah tu.. hahhahaha

Harini apa lagi perangai die tu.. babab bontot kang!!

Lupaaaaaaa....

Assalammualaikum..

macam best pulak blogging time santai2 malam2 ni.. sambil2 tido kan budak niyaz ni, sesambil tu boleh la type luahan perasaan kat sini.. ececece

kalo kat opis tu, depan PC mencari idea berkematu tak tau nak mula dr mana.. pikir tajuk je pon dah 1hari belum isi die lagi.. heheh

ni nak cerita, tadi dapat wssap dr kawan, tanya pasal kek die nak amik 29/30hb ni.. alamak, cuak aku sbbnya minggu ni aku balik muar.. jumaat tu aku cuti pulak, cadang nak gerak awal.. kalo balik malam bole jugak jumpa kat memana..

patutnya balik muar minggu depannya, 5hb tp sbb mr.president ada training ngan muzium negara, jadi die awalkan.. bila die tanya ada order kek tak? aku pon konpiden jawab takde.. hmmmmm

yang aku ni pon, ntah mcamana boleh tak write down.. memang aku terlepas pandang sangat2.. minggu ni mmg pack order.. kelam kabut jugak aku nak handle.. macam ni kata nak slow baking? nampok benor menipunya pon.. hhahaha

sian kawan aku tu, padahal order sebulan awal, mesti die gembira terbayang2 kek anibesari die, choc banana tu.. ah, kejamnya rasa.. die mintak postpone hari khamis depan.. Tapi aku rasa ralat la hampakan orang..

ni aku tgah pikirkan penyelesaian la ni, samada ajak mr.president balik malam jugak (for sure kene marah, amik cuti tapi balik malam jugak, serupa takpayah cuti jer) ataupon buat je nextweek.. arhhgggg.. jahat la rasa.. tak patutkan?

Selasa, November 25, 2014

Bebel di tengahmalam


Assalammualaikum..

haaa, nampak? tak pepenah nak update blog memalam buta ni.. skang da pukul 12.33am pon.. dah pagi..

skang tengah baring rehat2 badan sementara tunggu kek masak.. ada lagi 1 loyang belum masuk.. kang da masuk kene tunggu masak, kene tunggu sejuk pulak.. 

malam ni bakar 3 jenis kek.. sepatutnya 4 tapi tak sempatlah.. sambung sok2 la.. macam ni la oven kecik, tak boleh masuk sekali harung.. kalo dapat oven yg industri berat haxabedah tu best tu.. sekali zrappp setel 8loyang.. pergh.. mcam oven mak mertua.. cool je bila die buat tart nenas bertray-tray.. tp yg tak best kalo rentung, rentung semua lepastu bebel tart nenas die keras.. ekkeke.. omel kan? hihihi

jadi, meh pasang angan2 nak beli oven pulak... dah dah.. die dah mula lagi.. hahhaha.. mixer tak beli lagi, mesin jait pon ntah kemana.. ni nak oven pulak..

cakap pasal mixer kan, siang tadi terajin la nak kol cust. service pensonic tu, nak tanya pasal nak beli extra bowl.. sbb mixer tu motor die ok lagi, cuma bowl je pecah.. lepastu budak tu cakap ada, kene walk-in kedai die kat PJ tu, depan bangunan Amway.. saja la tanya harga, sekali budak tu cakap rm12++ jer!!! rm12 jerrr!! mendengarkah itu kawanku? 

gila.. seb baik aku tak beli kat kedai cina yang cakap die boleh tolong order rm80.. gila markup.. aku boleh dapat 6biji bowl baru ok! aku cerita kat budak tu, terkejut die.. hahha.. fuh naseb baik mendengar kata suami, soh kol dulu

jadi saya jimat ratus/ribu la sbb tak beli mixer baru.. so good bye kenwood, cornell, berjaya dan lain2.. hahaha.. ai is tak sabar, tp kene pegi sabtu minggu depan sbb dorang ada sale hujung taun 5-7hb 12.. ah, can't wait!!! jom serbu!

Rabu, November 19, 2014

Ticak!

Assalammualaikum..

Harini tak bizi, biasa la hujung2 tahun ni boss bercuti.. Yahoooo... jadi pagi2 ni gugel la perkara-perkara berfaedah seperti kenapa donut serap minyak? kenapa donut berminyak? dan juga anak lambat bercakap. hahahha

Seperti biasa la gugel ni kenkadang membantu, kenkadang buat lagi risau ada.. hahha.. ada blog NI tulis :-

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.
Niyaz dah nak masuk 24 bulan tau.. tapi perkataan tak sampai 5 pon.. selebihnya bahasa german die.. (atuk mak kata bahasa eskimo).. hikkss.. die macam ni "olego odego oligo origo otiko otiko otigo".. Tapi die paham la kalo berak nak basuh tontot, soh pegi bilik air, die pergi berdiri.. kadang2 die tunjuk pintu bilik air, kalo tontot die dah geli, die tarik tangan kita cepat2 soh basuh.. ekekke.. kalo nak susu, die berdiri n tunjuk dekat tin susu ngan botol die.. kalo nak tido die soh baring.. tapi tu la, "uh uh" sambil tunjuk.. camtu je la.. takde la nak sebut "tido" "susu" "makan" ke apa ke..
Padahal macam2 dah ajar, nak tau tak perkataan pertama niyaz apa? TICAK! iaitu CICAK!.. muahahahha... aritu balik umah, masuk je pintu die nampak CICAK kat langsir, lepastu die hentak kaki kanan die die sebut TICAK! dengan gembiranya.. hahahha.. Itu lah perkataan pertama yang die sebut dan die paham.. kalo biasa BABABA tu bukan BABAH tapi saja buat bunyi, so die tak paham lagi.. grrrrrrr
Jadi kene sabar je la eh? ke perlu risau sekali? huhuhu
Gugel lagi, jumpa BLOG ni... bila baca rasa macam lega la jugak... lebih kepada nak tenangkan hati.. ececece
Ni aku kopipes je..
Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Artikel ni panjang, kalo nak boleh baca sendiri yer, klik link tu.

Tapi banyak2 perkataan kenapa TICAK Niyaz? why why? hahhaha

Isnin, November 17, 2014

Slow baking


Assalammualaikum...

ok la.. cerita sedih.. sob sob.. aku dah kena kurangkan baking skang ni.. kalo dulu seminggu 5 kek sekarang mungkin sebulan 2 biji kek je.. dan jangan nak peramah tamah pergi upload gambo kek lagi.. kang orang meliur lepas tu tak sampai ati nak amik order.. kekekeke


Ni bukan apa, pasal aritu dalam kereta masa on the way amik Niyaz la.. borak2 ngan Mr.President pasal budak2 zaman sekarang, lepastu ada la contoh anak kawan die dibesarkan memang penuh nilai2 islam sangat.. bertudung labuh, masa senggang mengaji hafal quran, tak banyak cakap, suka belajar, paling penting mendengar kata ibubapa die.. ko imagine eh, jarang ada budak-budak zaman skang umur 15tahun pompuan pulak tu, nak keluar berjalan ngan ibu bapa, ngan adik2 kecik kecuali dibesarkan ngan penuh keislaman di dada gitu...

So aku tanya la Mr.President, macamana eh nak didik anak macam tu?.. rapat anak beranak walaupon si bapa kuat mengusik sampai tarap menangis, tp budak tu cool jer.. kalo aku memang aku melenting ku cakap ko.. hehehe.. Pastu Mr.President jawab la, die kan ikut contoh orang sekeliling die.. Lepastu aku balas "Jadi Niyaz akan ikut opah, makusu, ayah der, ayah yop la" sebab itu yang die selalu ada..

Perbualan menjadi panas bila die balas "kita pon tak buat, macamana nak jadi contoh".. eh, aku balas "tapi kan Niyaz banyak masa kat sana, kat sini hujung minggu jer, tak kesan pon".. lawan suami neh.. hehehe.. Lepastu mula la kata-kata keramat "dah sibuk baking la ngan Niyaz takde masa. kata kesian nak tunjuk contoh bla bla bla"... Aku balas lagi "Ala, kurang2 dapat la side income.."

Dengan lembut Mr.President balas "kene la berkorban, anak ngan biz mana penting?"

hmmm.. hmmm.. tak puas ati nih.. tetiba mulut gatal sebut "kalo camtu biar je la ayu jadi surirumah, boleh biz kek ngan jaga anak sekali, kan? kan? *impian jangan lupa selit sekali.. ekekkee

Mr.President tak balas, sebabnya papapun mesti pusing balik kat die.. ayoooo.. die dah marah.. ekekeke