Nuff is not Enuff

Isnin, Januari 12, 2015

Cookies untuk doorgift tapi..

Assalammualaikum..

Adik aku, Lynn@Angah nak tunang bulan Feb nanti.. jadi aku telah di beri mandat (eceh) untuk buat hantaran beliau sebanyak 7 dulang, dan jugak buat doorgift bajet 400org. Die nak coklat chip cookies untuk hantaran & doorgift tu. Kendian nak hantaran kuih bakar kemboja jugak (nati akan bakar beberapa hari sebelum majlis). Nampak tak betapa pentamak nya aku? multipurpose sangat kan? #dieyangtunangakuyangbizi.. hahhaha

Majlis bermula lagi sebulan, dan aku masih kedek2 tak start.. lepastu kang mula la kelam kelibut.. hah, knowing me la kan, aku memang sukaaaaaaaaa buat kerja last minit.. ekkeke.. sedangkan masa aku kahwin dulu, lagi 2 hari nak kawen baru aku hegeh2 pon bakar cookies ni gak tuk hantaran dan doorgift.. hahaha.. #kasithrowbacksikit

Jadi sabtu lepas baru start batch yang pertama.. memula cadang nak buat besar (siap beli scoop aiskrim supaya nak bagi bentuk sama, tapi nan ado)... so sorang sekeping biskut cukup la sbb dalam paperbag tu ada macam2 benda lain lagi..

Hah besar tapak tangan.. 
1st tray dapat 9keping je.. pastu saja la cuba-cuba.. Ya Allah, sedap gilaaaaa... Dah kenapa sedap sangat ni.. Makan panas2 baru kuar oven terbaikkkkkkk... 2 aku makan dan dua lagi Niyaz makan.. die suka betul.. Kalah chipsmore, Famous Amos pon kalah wehhhhh.. Dah tinggal 5keping jer..

1st Tray, sekali masak dapat 9keping je

Bawah ni 2nd tray pulak.. nampak tak dah hilang satu..? laju je die panjat kusi amik yang baru masak.. comotnyaaaaaaaaaa niyazzzzzzzz... Suka betul die makan ni.. Dah cemana ni.. dah la masak lama, sekali kuar asik masuk mulut jeer... sedap sangattttttttttt ni!!! Tak jadi la untuk doorgift dah abes kene makan semua ni...

Cicah kopi 434 babah sedap gak ni.. muahahahha

Jadi bila tengok pro & con, kami memilih tuk buat kekecik la kerana beberapa sebab.. Satu sebab die mudah patah, kedua sebab die makan ruang nak simpan, ketiga sebab lambat masak. Keempat sebab yang ni dah habes tak sempat buat stok.. muahaha.. Oleh sebab itu buat kekecik duit 20sen je la.. pastu letak 3-4biji sorang .. ok la kan? Dulu aku pon buat gitu.. #nakjugakimbaskembali

Dan disudahi dengan gambo Niyaz comot menikmati cookiesnya.. Sedap kan Iyaz? Cepat cakap SEDAP cepat!!
Nak ciked ke?

Khamis, Januari 08, 2015

Majlis dzikir, ulang tahun kelahiran dan perkahwinan

Assalammualaikum...

Malam semalam ada majlis zikir bulanan yang ke-2 tuk tahun ni.. Mr.President amik kat tempat keja lepastu g amik Niyaz.. sampai umah opah dah kol 5.30ptg.. Niyaz baruuuuuu bangun tido tengah makan.. mandi pon belom.. haish budak ni.. dah la nak cepat.. hegeh-hegeh jer.. Die juara la semalam tido 5jam.. bukan mainnnnnnnnn... 

Kitorang masa dalam kereta tadi kemain memasing nak cepat, taknak makan kat umah umi.. bajet nak amik Niyaz, balik umah jap bungkuskan kek, tukar baju lepastu gerak.. sekali Niyaz pon tengah kedek2 makan.. acaner? Bukak la tudung saji, saje nak tinjau-tinjau.. sekali nampak ada udang sambal.. aku cakap "huyoooooo,ada sambal udang laa".. terus pandang Mr.President tanya "abg, nak makan?".. Lajuuuuuuuuuu je angguk.. die mmg hantu udang.. tadi sapa ntah yang cakap taknak makan? hahhaha 

Lepastu isteri die ni pon amik jugak la pinggan amik nasi 1 sudu ngan 3 ekor udang.. ala, nak rasa-rasa jer.. padahal tadi sapa ntah yang dalam keta lantang bersuara cakap nak simpan perut tuk majlis la, apa la.. hahhahah.. nasi 1 sudu pon siap pakej 4keping roti kering cicah air teh O panas, sekali pakej kopok ubi opak ngan papadom ngan emping melinja.. ok tak pakej makan camni? hahaha

bila Niyaz da siap mandi.. cepat2 panjat langat.. sampai2 terus boxkan kek.. siapkan beg Niyaz.. Tengah2 kekecohan tu Niyaz berak la pulakkkkkkkkkkkk.. saje je die ni cari pasal tau... hajatnya nak maghrib jemaah kat majlis tu, sudahnya lepas maghrib je la gerak.. Macam-macam la Niyaz ni..

Naseb sampai sana majlis belum start.. jom la layan gambo.. itupon ambik kat pic Zam.. zam, kyu amik ni.. mintak izin yer.. *dah amik baru mintak izin.. hehhe.. Tapi takbest la takde gambo ngan muslimah.. ramai juga yang datang.. tapi kak mija tu tau la.. die datang sbb kek relvet je kan? hahaha..

Majlis bermula
Ni borak benda berfaedah ke tak ni?

Selain majlis dzikir Persatuan Aurametafizik, majlis ni juga buat sambutan ulangtahun kelahiran Cikgu Dr. Jamaluddin Bin A.Jalal , beliau merupakan Guru Silat Sendeng Malaysia dan juga Pengasas kepada Perubatan Islam AuraMetafizik. Kalau nak tau persatuan apa, boleh baca kat SINI.
Happy family.. 
Sambutan yang ke-25tahun katanya.. hahha..Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-25 Dr. Jamal
Kek ni isteri beliau, Yus yang tempah.. Red Velvet cake with Cream Cheese.. 

Dan disekalikan dengan sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-25 buat Ustaz Raja Abdul Hadi dan isteinya kak Ipah.. Akak ipah ni awet muda betul.. kalo tengok anak die tinggi-tinggi dari die.. macam bukan anak pon ada.. Untunglah muka awet muda... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Sehari sebelum majlis Ustaz Hadi nak tempah kek apapa yang sesuai tuk anniversary, kemain die cakap "any price is not a problem".. hahahha..  kira untuk sambut kat majlis ni jugak la.. tapi aku tolak, sbb dah tak sempat sangat.. Kat majlis ni je aku dah buat 3kek.. sampai tido 4 pagi.. huhuhu T__T..
Secret Recipe lagi sodap! 
Red Velvet untuk makan2
Nah, terima lah gambo tuan belog..

Mr.President, Niyaz dan TakKenalMemangSajeLaKan??

Rabu, Januari 07, 2015

Kesian Niyaz

Assalammualaikum

Kadang2 rasa kesian kat niyaz.. ni die baru nak tido.. itupon kena paksa.. ikutkan die sibuk nak main lagi... tapi terpaksa la.. sebab aku ada 2 biji red velvet nak siapkan.. lepastu nak buat oreo ciskek lagi..

ingatkan malam ni babah ada, boleh la teman die main.. rupanya ada demo silat pulakkkk.. aduyaii..tu kelam kabut tu.. kalo idak da siap dah

tadi da bukak tv, die ajak kita tgok sekali

kendian die baca buku pulak, sesekali dengar la die sebut 'tikak' (read : cicak).. itu mesti gambo buaya tu.. hahha.. bila die tak pandai buat bunyi minatang lain die bawak buku die lepastu tarik tangan pegi depan belajar ngan die.. terpaksa la berlakon jadi haiwan.. kalo tunjuk katak kene buat bunyi 'ongedek gedek'.. bila mummy tak layan, die koyak buku.. T__T.. tamatla riwayat buku haiwan..

nak pisang bg makan pisang, bila da taknak lenyek pisang kat tikar

lepastu nampak pulak biskut oreo, makan 3 keping lepastu taknak dah

atas meja nampak pulak gula2 yg atuk bekal tuk babah buat ilang ngantuk.. amik bg die rasa sikit lepastu sorok la kat timbunan beg plastik terpakai.. TERnampak la pulak buih belon air yg aku sorok aritu..

dah kene meniup benda tu pulak.. die bukan apa, bila ada buih tu die nganga mulut die kat buih tu, lepastu 'aumm aumm'.. harimau makan buih ke cemana tu? hahhaha

bila mummy penat nak benti tiup die pandai pulak amik sudahnya tuang cecair sabun tu kat lantai.. ape lagi habis la..nak tiup cemana lagi..

tetapi budak bernama Muhammad Izz Niyaz bin Nazrullizam tu die kesah apa? terus nanges guling2.. meraung2.. mummy buat hati kental je buat tak layan.. eh lagi la die mengamuk.. lantas ku seret die (hahha kejam je bunyi seret).. tak la.. ku hangkut die masuk bilik.. baringkan tukar pampers segala.. then die tido.. phewww

kisah yang panjang bukan? hahhaha..

ok mari sambung buat kek..

di update pukul 11.36pm

Selasa, Januari 06, 2015

Qhaliff dah skolah!!

Assalammualaikum....

Tengahari semalam angah ayu (adik Mr.President) wassap gambo Qhaliff (alip) da skolah.. die baru umur 4taun.. saja je ibu die bg dia gaul ngan budak2 sambil belajar.. kalo duk umah pengasuh takde menda nak buat, asik mainnnn jer.. yuran sama juga harga die.. 

Jadi malam ahad tu, alip kecoh2 la dekat wassap.. die amik telepon ibu die, sendiri hantar voice. die cakap 'maklong buat apa tu? tengah buat kek ke?'... mementang maklong ko buat kek, takde menda lain nak tanya..hahaha.. lepastu saja la gado2 ngan die.. seronok la lawan cakap ngan budak pandai cakap ni.. nak tunggu niyaz bilaaaaaa laaaaaa

Kendian tanya die 'alip bila nak balik kampung atuk? Maktok masak sedapppp' *saja je la jaki2 bg die jeles... lepastu die jawab 'alip tak boleh balik kampung, esok alip nak sekolah..' hahahha

sebuk je ngan skolah die.. lepastu die cite la yg kesepuluh kali, bgtau baju skolah die hijau kuning la, beg ben10 la.. macam2.. 

Tak cukup ngan tu, malam pulak kol maktok cakap 'alip tengah susun buku, esok sekolah'.. lepastu siap pesan lagi kat maklong 'maklong duduk kampung lama-lama-lama tau, nati alip abes sekolah alip balik kampung'.. kemainnnnn lagi kan? soh tunggu ni cuti sekolah baru dapat balik kampung.. dah maklong duk kampung tappayah keje, tappayah niaga kek? nak kene tunggu alip jer? haahah

alip alip.. kejap je dah besar.. tu cakap ngan ibu die.. 'dulu alip baby lagi masa maklong tunang, skang alip dah sekolah dah'.. maklong die sebak mata kaca2 padahal ibu die takdek pape pon.. hahaha.. biasalah maklong hati tisu.. tu bukan apa, sebab dah terasa dah tuwe dah... tunggu Niyaz tadika sok, mesti lagi tuweeeeeee...

Good boy alip.. Nati maklong bagi adiah yerrrr

Jumaat, Januari 02, 2015

Salam Tahun Baru 2015

Assalammualaikum... 

Salam tahun baru 2015 untuk pembaca blog ni.. ade ke pembaca masalahnya? muahahahahha 

Azam tahun baru ni banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk yang kecik2... hahhaha.. 

Yang besar2 antaranya :- 

- nak solat awal waktu - nak jadi muslimah yang lebih baik lagi, pakai tudung labuh, baju longgar, sarung tangan dan stokin kaki 

- nak beli rumah *kalo boleh nak dekat2 ngan ampang.. heheheh

- lepastu nak setel PTPTN semuanyaaaaaaaaaa...setel habes.. kekeke... *bunyi macam banyak duit jer kan??? padahaaaaaaaaaaaaal 

- nak ngandung

dah tu je yang aku perlu tulis, yang lain2 aku simpan sendiri.. hehehhe

*************************************************************************

Semalam, aktiviti pertama kitorang bagi tahun 2015 ialah Majlis Zikir Persatuan Pengamal Aura Metafizik, (anjuran Restoran Denai Ayam Kampung, Taman Equine).. Ini adalah acara bulanan.. setiap bulan akan ada beberapa pengamal-pengamal yang akan buat majlis zikir ni.. Kira macam perjumpaan rasmi la.. Lepas majlis zikir, ada jamuan makan2 dan aku setiap kali tu la akan sponsor kek (kalau di-izinkan).. kira promot sekali la.. hahahha.. dan kebanyakkan order aku pon dapat dari group ni.. Alhamdulillah.. 

Aku tak sangka la aku bleh join group-group macam ni.. itupon lepas aku kawen ngan Mr.President.. kalo idak aku masih jauhhhhhhh hanyut dalam duniawi.. heheh.. tapi siyesli masa mula2 dulu aku kekok bak ang.. dengan tudung singkat baju muat-muat.. lepastu bila aku da bergaul dengan para-para sahabat muslimah macam kak rose isa, yus, nor, ustazah ani, cikgu mija, dr shiffa, sofia si tailor, kak aisyah dan ramai lagi buat aku renung2 dalam2 gaya dorang lepastu perlahan-lahan ubah diri.. Aku masih lagi bertatih, belum sempurna masih compang camping.. Takpe, yang penting belajar kan???

Niyaz adalah salah sorang baby Aurametafizik, maksudnya sejak dari dalam perut dah join aktiviti zikir bulanan ni.. Sampai dah sarat2 masih pergi jugak.. hehhehe.. hujung2 majlis, dorang akan doakan semoga proses kelahiran lancar.. mungkin juga berkat doa-doa semua, aku senang sekali beranak.. mudah sangat..

Meh, belanja gambo Niyaz..Tengok la muka tu grrrrrrrrrr... die ni ikut je babah.. kalo nak die pakai kopiah, babah pon kene la pakai sekali.. selagi babah tak bukak, selagi tu la die pakai.. hahha.. pentiru la budak ni.. elok je terletak kat kepala tu.. 

apek ooo apek.. gambo tu biar ikhlas boleh tak?
Kedai makan ni milik salah sorang pengamal.. die baru je bukak.. kira macam perasmian kedai makan la ni.. konsep die masakan kampung.. dan sebab nama Restoran Denai Ayam Kampung, maksudnya die serve ayam kampung jugak la kot..? Jadi sesapa yang lalu kat Equine Park tu singgah la Restoran ni sebab kat situ tak banyak kedai makan melayu.. lot-lot kedai pon masih banyak kosong.. baru bukak ni.. kedai sederet QQ baby shop.. Jadi lepas makan boleh shopping barang2 baby.. konsep ni sesuai tuk yang lapa dan ada anak kecil... macam aku.. hehhehe

Niyaz, niyaz.. nama je pakai jubah.. tapi tak jada tatasusila langsung.. Dah la sempat paw 2 biji kereta kat stesen minyak Petron.. soh letak balik menjerit2.. last2 terpaksa beli dua-dua.. Masa ni baru sampai sini kat restoran ni.. orang tak ramai lagi.. suka la die berlari sana-sini.

Niyaz the explorer
Kiri Belakang : Sofia the tailor, Cikgu Mija, Kak ila dan anaknya
Kiri Depan : Yus, Ustazah Ani dan Fasha Sandha..
Gambo makanan tak amik pulak.. ada nasi putih, sup kambing, ulam2 sambal belacan, ayam masak kicap, ikan masin, samabl goreng jawa.. lepastu ada bubur kacang hijau cicah ngan roti.. air sirap, kopi ngan teh tarik terbaekkkkkkkk...

ok, kita jumpa lagi 7hb ni, Majlis zikir sempena Maulidur Rasul kat umah Yus.. *itupon kalo rajin nak cerita la kan? muahahahha