Nuff is not Enuff

Isnin, Januari 12, 2015

Cookies untuk doorgift tapi..

Assalammualaikum..

Adik aku, Lynn@Angah nak tunang bulan Feb nanti.. jadi aku telah di beri mandat (eceh) untuk buat hantaran beliau sebanyak 7 dulang, dan jugak buat doorgift bajet 400org. Die nak coklat chip cookies untuk hantaran & doorgift tu. Kendian nak hantaran kuih bakar kemboja jugak (nati akan bakar beberapa hari sebelum majlis). Nampak tak betapa pentamak nya aku? multipurpose sangat kan? #dieyangtunangakuyangbizi.. hahhaha

Majlis bermula lagi sebulan, dan aku masih kedek2 tak start.. lepastu kang mula la kelam kelibut.. hah, knowing me la kan, aku memang sukaaaaaaaaa buat kerja last minit.. ekkeke.. sedangkan masa aku kahwin dulu, lagi 2 hari nak kawen baru aku hegeh2 pon bakar cookies ni gak tuk hantaran dan doorgift.. hahaha.. #kasithrowbacksikit

Jadi sabtu lepas baru start batch yang pertama.. memula cadang nak buat besar (siap beli scoop aiskrim supaya nak bagi bentuk sama, tapi nan ado)... so sorang sekeping biskut cukup la sbb dalam paperbag tu ada macam2 benda lain lagi..

Hah besar tapak tangan.. 
1st tray dapat 9keping je.. pastu saja la cuba-cuba.. Ya Allah, sedap gilaaaaa... Dah kenapa sedap sangat ni.. Makan panas2 baru kuar oven terbaikkkkkkk... 2 aku makan dan dua lagi Niyaz makan.. die suka betul.. Kalah chipsmore, Famous Amos pon kalah wehhhhh.. Dah tinggal 5keping jer..

1st Tray, sekali masak dapat 9keping je

Bawah ni 2nd tray pulak.. nampak tak dah hilang satu..? laju je die panjat kusi amik yang baru masak.. comotnyaaaaaaaaaa niyazzzzzzzz... Suka betul die makan ni.. Dah cemana ni.. dah la masak lama, sekali kuar asik masuk mulut jeer... sedap sangattttttttttt ni!!! Tak jadi la untuk doorgift dah abes kene makan semua ni...

Cicah kopi 434 babah sedap gak ni.. muahahahha

Jadi bila tengok pro & con, kami memilih tuk buat kekecik la kerana beberapa sebab.. Satu sebab die mudah patah, kedua sebab die makan ruang nak simpan, ketiga sebab lambat masak. Keempat sebab yang ni dah habes tak sempat buat stok.. muahaha.. Oleh sebab itu buat kekecik duit 20sen je la.. pastu letak 3-4biji sorang .. ok la kan? Dulu aku pon buat gitu.. #nakjugakimbaskembali

Dan disudahi dengan gambo Niyaz comot menikmati cookiesnya.. Sedap kan Iyaz? Cepat cakap SEDAP cepat!!
Nak ciked ke?

Tiada ulasan: