Nuff is not Enuff

Sabtu, Februari 13, 2016

Tuumpah

Assalammualaikum..

Salam sabtu.. Tadi lepak bilik kejap tidokan Inara, Niyaz senyap je kat luar.. Lepas Inara dah lena, keluar la menjenguk..

Kelam kabut die berlari pergi singki, basuh tangan.. Tengok tangan putih je.. Da pahal pulak budak ni..

Rupanya.....main garam!!!!

Abes separuh garam dalam bekas tu tumpah.. Baru letak time masak lunch tadi.. Garam halusssss pulak tu .

Dada da turun naik dah ni.. Rasa nak tibai je, lepastu ingat pulak motivasi, psikologi, kaedah didik anak cara Rasullulah s.a.w, terus cool.. Tarik napas dendalam..

Cakap, Niyaz buat apa ni??? (nada geram)

Die jawab 'tuumpah'.. (muka selamba)

Sumpah, tak tau nak gelak ke nak nanges.

Menjawab pulak tu!!!!

Lepastu die kan basuh tangan kat singki sendiri, pijak kerusi.. Aik tadi tak nampak pulak ada kerusi kat situ.. Maksudnya apa? Maksudnya sejak dari tadi la die main air singki dulu, lepastu baru kaut garam.. Sbb nampak garam basah tadi..

Eeee. .. Kalo lepas main kotor atau makan, tak pandai basuh tangan sendiri.... Kalau buat kerja sendiri, tak payah di ajar!!!

Ni dah main petias pulak, makan kicap.. 'cikap cikap' katanya....

Eeeeeee... Gerammmmmmmmmm

Jumaat, Februari 12, 2016

Cookies rm5.50

Assalammualaikum..

Terkena lagi lunch td.. Minggu lepas aku ada beli butter cookies kat 1 kedai makan foodcourt nih.. Masa bayor aku dengan dia cakap rm2.50 so aku bayar la.. Pastu berlalu pergi dengan gembira.. Sampai atas sekian, tak sedap.. Dah la hancur sbb terjatuh td..

Arini lepas makan ayam penyet, nak cuba cookies choc chip pulak..masa nak bayar tu dah siap koyak plastik dah.. Tazzabar.. Sekali time bayar die kata rm5.50!!! Aik? Butter cookies sama ker? Die kata sama so tambah lagi rm3 sbb bayar ritu rm2.50 jer . *kene jujur sbb benda makan, dah la inara susu badan lagi..

Mahalnya hoi! Pakkal la aku dah bukak plastik, mengkalau tak aku dah letak balik. Di sini menyesal!! Huh

Ayam penyet rm6.50
Cookies choc chip rm5.50
Belen cookies butter rm3.00

Total damage Rm15..

Dah la cookies kecik je.. tak senonoh lak tu.. semata2 letak choc chip kat tengah2 macam tetek jer.. itu ke ko kata choc chip cookies? meniaga nak kaya camni la.. Bekas plastik cenggini je Rm5.50?

cookies penjahat!!
Masa tunggu Yati pack bubur keledek, aku makan.. kakak tu kata "sedapkan biskutnya, ranggup"..

huh!

Khamis, Februari 11, 2016

Tetiba pageviews tinggi

Assalammualaikum..


Sejak aku share yang entri pasal "makanan tak baik hutang" kat FB semalam.. terus pageview naik.. hahaha

Takde motip pon nak share kat FB, terasa nak share.. bukan nak soh ramai-ramai orang baca blog sendu aku.. takde takde..takde niat.. ampon..

dan lagi 1, lepas status tu ramai pulak komen, tanya ada hutang tak.. bila aku cakap budak skolah, mula la ramai budak skolah tanya diri memasing ada hutang tak? hahaha.. Comel la korang ni.. Yang peliknya orang yang dituju tu takde la rasa terasa ke apa.. buat dekk jer.. orang yg tak hutang pulak takut berhutang.. amboi! aku malas la nak tag nama sekian-sekian kat FB, kang mengaibkan pulak.. biar la sendiri terasa ye dok.. itupon kalo terasa.. haha


Lantak la kau esah.. ada ku kesah? 

Rabu, Februari 10, 2016

Dayu is back!! Haha

Assalammualaikum..

Dah berzaman tinggal kan blog kan? haha.. Nantikan kemunculan ai semula ya.. Banyakkkkkkkkkk benda nak cerita.. kalau dulu ada cerita Niyaz je, sekarang nak tambah cerita Inara pulak.. perangai die pon samaaaaaaaaaaa naik ngan Niyaz..

Pitam..

Sekian, 
Mami anak dua

Jumaat, Disember 25, 2015

Cerita Abang Niyaz

Assalammualaikum..

Ni ada cerita tentang Niyaz sejak jadi abang-abang ni.. hahaha.. da besar dah die..

Niyaz#1
Inara muntah susu, suruh dia amik kain.. Kelam kabut die berlari keluar bilik sambil cakap 'ayin ayin'.. Orang lain semua ingat die nak air.. lepastu bila die amik baju kotor inara dalam bakul barulah orang tau, oooo kain ker? ingat air.. adik muntah je pon.. kelam kabut sungguh..

Niyaz#2
Niyaz nampak inara muntah, die berlari keluar bilik.. lepastu die datang balik hulur kain batik opah.. hahaha.. takde kain besar lagi ke nak lap muntah adik? apesal tak amik selimut jer? hahaha

Niyaz#3
Tengah lepak bertiga dalam bilik, tiba-tiba Inara kentut kuat sangat.. Niyaz cepat2 lari keluar. masuk bilik hulur diapers, lepastu berlari lagi keluar, masuk bilik bawak bakul toilettries sebeban.. siap mengah-mengah penat, bakul tu berat kot.. adik kentut je la sayang.. die ingat adik berak.. Prihatin betul la abang ni..

Niyaz#4
Asal adik nanges sikit je amik/bagi diapers, adik muntah/meleleh ailio je pon terus cari kain..

Niyaz#5
Inara tido, opah tengah blend cili.. Niyaz pergi dapur buat "syhhhhh" (jari kat mulut), syeng! (bising).. Opah dengar lepastu opah cakap "eleh, awak tu lagi bising bila adik nak tido".. Niyaz tak puas hati die sebut "SYYYYYYYHHH" (lagi kuat).. hahaha.. melawan niyaz? melawan?

Niyaz#6
Dia pergi taman/mana2 pon, bila balik umah mesti tunjuk muka penat sangat.. terbongkok-bongkok, urut dada siap "uh uh uh uh" (bunyi mengah).. lepas 2-3jam kan, cer tanya balik "Niyaz g taman tadi?".. kompom die buat aksi penat tu balik.. hello? dah 2-3jam kot, penat lagi ker? kuat berlakon la budak ni

Niyaz#7
Sayang adik die.. tapi kalau orang cakap "Niyaz, amik adik boleh?".. die angguk.. kang kalau adik dah ilang, mula la "aner?aner?.. tak senang buntut kalo adik takde.. kalo die main toys pon nak soh adik teman.. bukan die main ngan adik pon.. hihi

Niyaz#8
Kalau adik pakai headband, mesti die akan puji "anteknya"..

haha.. buat masa ni, tu je cerita die.. nati ada lagi ku cerita lagi ya?