Nuff is not Enuff

Isnin, Februari 15, 2016

Masak Sabtu & Ahad

Assalammualaikum..

Aku terus terang, aku jarangggggggggggggggggggggg masak.. jadi atas sbb tu aku tak pandai masak.. masak tu boleh la tp tak secanggih mak-mak kita.. huwaaaaa... dah cemana nak prektis dah mengkalau masak Sabtu-Ahad.. Itupon baru minggu lepas je pon sejak tahun 2016 ni..hebatkan? kadang Sabtu atau Ahad pergi keluar jenjalan.. takdenya nak masak.. kiki

Time kerja Isnin-Rabu, balik makan petang (dinner) umah umi jer.. Die pon masak banyak.. Jadi jangan membazir.. jadilah seperti saya.. haha.. *biadap sangat kan?

So minggu lepas punya bfast dah awal2 cakap nak buat english bfast.. Time sedap golek2 ngan Inara ngan Niyaz, babah sound.. "kata nak buat English Bfast?, bangun la masak"... Baiklah... sambil jalan seretttttt kaki.. sret sret begitu bunyinya.. haha

Makan ni teringat time kerja McD dedulu
Sambil makan sambil nyembang kisah dedolu.. Sekali tu aku update la status FB pasal ni, lepas balas2 komen semua tengok2 babah abeskan baked bean tu..T__T.. sampai ati..

Sbb Inara bagus sangat, mentidooooo je kejanya.. kol 10pg terus masak lunch.. omai, tak sangka.. kol 12.30pm dah siap masak ok!.. dulu Niyaz kan kalo tak makan lunch kol 4-5ptg tak sah.. Sbb die kan tak suka tido? sape ingat kisah die? banyak terlalu banyak kisah die tak suka tido dalam blog ni.. haha.. Sampai skang perangai die tu... Haha

Lunch Sabtu, cendawan+brokoli sup, ikan goreng utk Niyaz dan sotong masak kicap. gambar takde.

..................................................................................................

Ahad pulak takde bfast, makan je biskut ngan roti.. kasi perabih stok..

Lunch pulak dah lama teringin masak butter telur masin tu.. ramai orang buat guna ketam, tapi ketam tak berapa suka. jadi ganti udang.. Babah tak suka la pulak, die kata telur masin takeover rasa udang, so udang tak rasa udang.. YES!! Akhirnya jumpa jugak masakan udang yang die tak suka.. boleh makan sensorang.. haha..

Babah kalau dengan udang berantu die weh.. ada sekali tu, eh banyak kali.. kalau masak udang apa2 pon die mesti abeskan.. tak taruh tuk malam.. apatah lagi tinggalkan untuk aku.. T__T.. Time kita nak makan, tengok2 udang dah abis!! Lepastu selamba je cakap "Ingat sayang dah makan".. Banyak kali yer jadi camni..

So lepas ni kalau taknak bg die makan udang, kita masak telur masin je la yer? HAHA

Sedap weh.. Harus cuba ya!
Lunch Ahad, Udang Butter Telur Masin, Carrot+Brokoli Sup, Ikan Goreng dan Kentang Goreng utk Niyaz.

Resepi Udang Butter Telur Masin boleh amik kat Secubit Garam, Azie Kitchen pon ada.. tak pon memana blog pon boleh, resepi lebih kurang jer.

Ni kang ada yg kata aku dekut atau tak ikhlas.. kisah pulak beta kan? hihi

Sabtu, Februari 13, 2016

Tuumpah

Assalammualaikum..

Salam sabtu.. Tadi lepak bilik kejap tidokan Inara, Niyaz senyap je kat luar.. Lepas Inara dah lena, keluar la menjenguk..

Kelam kabut die berlari pergi singki, basuh tangan.. Tengok tangan putih je.. Da pahal pulak budak ni..

Rupanya.....main garam!!!!

Abes separuh garam dalam bekas tu tumpah.. Baru letak time masak lunch tadi.. Garam halusssss pulak tu .

Dada da turun naik dah ni.. Rasa nak tibai je, lepastu ingat pulak motivasi, psikologi, kaedah didik anak cara Rasullulah s.a.w, terus cool.. Tarik napas dendalam..

Cakap, Niyaz buat apa ni??? (nada geram)

Die jawab 'tuumpah'.. (muka selamba)

Sumpah, tak tau nak gelak ke nak nanges.

Menjawab pulak tu!!!!

Lepastu die kan basuh tangan kat singki sendiri, pijak kerusi.. Aik tadi tak nampak pulak ada kerusi kat situ.. Maksudnya apa? Maksudnya sejak dari tadi la die main air singki dulu, lepastu baru kaut garam.. Sbb nampak garam basah tadi..

Eeee. .. Kalo lepas main kotor atau makan, tak pandai basuh tangan sendiri.... Kalau buat kerja sendiri, tak payah di ajar!!!

Ni dah main petias pulak, makan kicap.. 'cikap cikap' katanya....

Eeeeeee... Gerammmmmmmmmm

Jumaat, Februari 12, 2016

Cookies rm5.50

Assalammualaikum..

Terkena lagi lunch td.. Minggu lepas aku ada beli butter cookies kat 1 kedai makan foodcourt nih.. Masa bayor aku dengan dia cakap rm2.50 so aku bayar la.. Pastu berlalu pergi dengan gembira.. Sampai atas sekian, tak sedap.. Dah la hancur sbb terjatuh td..

Arini lepas makan ayam penyet, nak cuba cookies choc chip pulak..masa nak bayar tu dah siap koyak plastik dah.. Tazzabar.. Sekali time bayar die kata rm5.50!!! Aik? Butter cookies sama ker? Die kata sama so tambah lagi rm3 sbb bayar ritu rm2.50 jer . *kene jujur sbb benda makan, dah la inara susu badan lagi..

Mahalnya hoi! Pakkal la aku dah bukak plastik, mengkalau tak aku dah letak balik. Di sini menyesal!! Huh

Ayam penyet rm6.50
Cookies choc chip rm5.50
Belen cookies butter rm3.00

Total damage Rm15..

Dah la cookies kecik je.. tak senonoh lak tu.. semata2 letak choc chip kat tengah2 macam tetek jer.. itu ke ko kata choc chip cookies? meniaga nak kaya camni la.. Bekas plastik cenggini je Rm5.50?

cookies penjahat!!
Masa tunggu Yati pack bubur keledek, aku makan.. kakak tu kata "sedapkan biskutnya, ranggup"..

huh!

Khamis, Februari 11, 2016

Tetiba pageviews tinggi

Assalammualaikum..


Sejak aku share yang entri pasal "makanan tak baik hutang" kat FB semalam.. terus pageview naik.. hahaha

Takde motip pon nak share kat FB, terasa nak share.. bukan nak soh ramai-ramai orang baca blog sendu aku.. takde takde..takde niat.. ampon..

dan lagi 1, lepas status tu ramai pulak komen, tanya ada hutang tak.. bila aku cakap budak skolah, mula la ramai budak skolah tanya diri memasing ada hutang tak? hahaha.. Comel la korang ni.. Yang peliknya orang yang dituju tu takde la rasa terasa ke apa.. buat dekk jer.. orang yg tak hutang pulak takut berhutang.. amboi! aku malas la nak tag nama sekian-sekian kat FB, kang mengaibkan pulak.. biar la sendiri terasa ye dok.. itupon kalo terasa.. haha


Lantak la kau esah.. ada ku kesah? 

Rabu, Februari 10, 2016

Dayu is back!! Haha

Assalammualaikum..

Dah berzaman tinggal kan blog kan? haha.. Nantikan kemunculan ai semula ya.. Banyakkkkkkkkkk benda nak cerita.. kalau dulu ada cerita Niyaz je, sekarang nak tambah cerita Inara pulak.. perangai die pon samaaaaaaaaaaa naik ngan Niyaz..

Pitam..

Sekian, 
Mami anak dua