Nuff is not Enuff

Khamis, Oktober 02, 2014

Bakery Boss Pulakkkk

Assalammmualaikum...

Aku jarang temgok Tv sbb masa aku byk di habiskan samada layan Niyaz dan baking.. Sungguhpon begitu, kalo ada masa nak tengok TV, channel yang selalu aku akan buka ialah AFC dan TLC.. dua ni jer.. Sampai kan Mr.President bengang, asik-asik tengok rancangan masakan.. eh, sukati laaa.. hehhe

Terpaling aku suka bila show pasal dessert.. hmmmm... dap dap dap.. Baking with Anna Olson, Sugar, Sweet Genius (entri yang lepas), Cake Boss, DC Cupcakes, Ultimate Cake Off, and macam2 lagilah.. seronok je tengok dorang buat dessert.. sedap sedap pulak tu.. 

Semalam kan Rabu jadi kat TLC ada cerita Cake Boss kendian Bakery Boss pulak.. Rancangan realiti oleh Buddy Valastro..Buddy ni memula ada rancangan Cake Boss je, cerita realiti pasal perniagaan kek family die, cerita family die & semua pasal Carlo's Bakery. Lepas tu ada Kitchen Boss. KB ni pasal die masak2 masakan resepi keluarga die lepas tu die jemput family2 die masak sama2 dan makan, Kemudian die buat show Next Great Baker (NGB).. NGB ni rancangan dimana petandingan nak jadi bakat2 baru tuk menang hadiah $100000 dan bekerja ngan die. Aku tak tau da season berapa sebab tak tengok pon. Dan terbaru pasal Bakery Boss pulak...

Bakery Boss ni cerita lebih kurang Restoran Makeover tu la.. Die panggil Buddy tolong selesaikan n kenalpasti punca kenapa perniagaan tak maju, asik rugi jer.. ada tu yang hilang semangat nak meniaga, ada yang resepi tak sedap tapi mati2 tak mengaku, hahaha.. ada yang kedai die tersorok suram, tak nampak macam bakery pon.. Memula die akan rasa produk jualan lepas tu komen, kemudian die soal jawab, lepastu ajar buat beberapa produk baru, kendian tukar wajah kedai.. siap bagi petiais ketuhar baru pulak tu.. Ah jelesssss

Tak pasti la kene bayar ke tak, rasa macam sponsor sbb die ada mention jenama ketuhar sekian-sekian.. Tapi mmg syok la.. sapa tak nak.. da la jumpa buddy tu kan, lepastu dengar pendapat die, kendian tolong tukar kedai lagi. siap bg resepi dan pekakas baruuuuuuuuuuuu... Bila die nak dtg Malaysia?? hahahha

Berangannnnnnnn

Tiada ulasan: