Nuff is not Enuff

Khamis, April 21, 2016

Resepi Roti Nan yang baik & Kuah dhal yang biadap.. hahaha

Assalammualaikum..

Nak share pasal bfast hari Sabtu dan Ahad lepas.

Nah salin :-
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar plain yogurt
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
1/4 cawan susu suam
1 sudu besar gula
sepeket yis
air jika perlu

1) campurkan susu, gula & yis.. biar yis buih blup blup blup
2) mentara tu dalam bekas lain, campurkan tepung, yogurt, minyak dan garam..
3) pastu masukkan yis tadi
4) gaul gaul gaul sampai esok.. haha.. gaul sampai tak lekat tangan. kalau kering tambah air sikit-sikit eh
5) amik adunan sikit, gelek dengan rolling pin.. masak atas kuali leper tanpa minyak
6) kalau nak cheese ke, garlic ke sukati kau urang lah..

Utk naan, 100 markah sbb lembut

Tp untuk kuah dhall ada beberapa komen untuk rujukan akan dtg :

1) biadap sebab tak mau empuk walaupon dah rendam air panas semalamanan

2) patutnya kene rebus dr malam td. Sebab pagi tu dah rebus 2jam masih tak empuk

3) kalau tak empuk, patutnya blender trrrr trrrr dulu. Lepastu baru masakkan sekali dengan carrot dan kentang.

4) lagi bagus rebus dengan pressure cooker

5) takperlu nak beli pressure cooker semata-mata nak buat dhall

6) daun kari & cili kering adalah element penting, tp lupa beli

7) nati cuba pakai dhal india pulak, sbb td guna dhal australia.

8) rate 7/10




Untuk hari ahad, adun lagi nan.. lepastu kuah dhal dah lembut.. sebab dah lebih 5jam rebusnya/ sampai kentang ngan carrot pon dah hancur.. hahaha

Tapi sedap!! Puji masakan sendiri :P

Tiada ulasan: