Nuff is not Enuff

Sabtu, Januari 28, 2017

Fobia setiap kali CNY

Assalammualaikum..

Saja nak tulis sementara masih mood CNY. Mood wakluuuu.. Hahaha

Ok camni.. Aku ada satu rahsia. Tak ramai yang tahu tapi orang yang rapat tahu lah... Iaitu aku fobia pada tarian singa/naga tu.

Bukan takat aku takleh nampak die nari2 depan mata, dengar bunyi gendang pon aku takleh.. Apatah lagi kalo dalam kereta, kat trafic light tu boleh pulak benti sebelah atau belakang lori bawak alatan persembahan tu.. Memang mengundang laaaa.. Kalo terkejut aku jerit selamba je dalam keta.. Mr.President (masa tu belom kawen) pelik, dah kenapa pompuan gila ni tetiba menjerit.. Hahaha

Maunyer idak, terngangaaaaa je kepala singa tu kan.. Eeeeeee.. Seram la.. Jangan la mimpi malam ni..

Tadi kat belakang rumah ni ada tarian.. Tiap2 tahun kedai runcit cina belakang ni buat. Tak nampak tp ada la dengar gendang2 ngan bakar mercun. Yang si Niyaz nanges2 nak tengok.. Dah, jangan buat pasal. 😂😂.. Mak kau ni sejenis penakut .. Jangan la die suatu hari nanti ajak tengok live, terkencing aku agaknya.

Teringat masa time kerja haritu.. Masih lagi dalam minggu CNY jadi kat area opis ada la jemput persatuan ni tuk buat persembahan. Aku ngan yati makan kat luar masa ni, tak ingat pergi mana.. Tapi masa dah balik opis tu, kat parking dengar gendang kuat gilaaaaaa.. Ko tau la gema kat parking cemana kan?

Masa ni dah seriau dah.. Mata kejap kiri kejap kanan.. Takut tetiba die muncul depan kereta tak ke pitam kat situ? Aku dah mengeletar macam nak gila.. Kaki lutut semua.. Yang si yati leh gelak2 kan aku.. Die ingat benda ni kelakar agaknya.. Ade ke orang takut kostum kepala singa tu? dalam pada ketawa ketawa, yg aku da menjerit2 lepastu die diam sbb die tengok muka aku pucat.. Haaa baru tau aku bukan main2 acah2 takut.. Hahhaha

Lepastu bunyi tu dah berenti, aku pon baru nak kumpul kekuatan, cadang nak bukak pintu keta nak keluar nak lari cepat2 naik lift. Tapi terpikir pulak, macamana kalo die buat depan lift? Matilaaaaweiii.. Tengah pikir pikir sekali bunyi gendang lagi kuat.. Kah kah.. **bongok bila ingat.. 😂😂.. Terus mereput lagi dalam keta.. Lepas berapa lama baru benti, cepat2 naik opis.. Yati pon dah tak gelakkan aku, tp kadang2 ada la perli2 sket.. Hahaha

Adoi, rindu pulak masa kerja sama-sama.

Korang tak takut ke? Seram wei mata die kedip kedip gitu.. Walaupon aku tau la tu orang je kat dalam die.. Tapi takut la.. Ade yg cakap best, best jadahnya? Tang mana best? Eeeeee..

Ok.. Ni nak cerita punca kenapa aku fobia benda ni.. Ikutkan dulu aku takde la takut sangat sbb ada sekali dulu masa kekecik, ayah ada bawak tengok depan2.. Tp ok je.. Seronok tengok persembahan, lepastu dalam tv pon ok.. Cuma yang start ni sejak form2@3 gitu.

Masa tu aku ikut kawan aku tolong ayah die buat katering. Saja la cari duit lebih.. Walaupon sekadar rm10-20, kira banyak wooo zaman tu.

Nak dijadikan citer, kitorang dapat job tuk CNY ni. Tempat maaf tak ingat kat mana tapi dalam komuniti cina la. Sedang2 tengah makan tu, ada persembahan tarian ni la.. Dengan gendang apa ke semua.

Aku masa ni kan tak takut lagi. So duk je tengok, bukan ada keja pon. Tetengah tengok tu, tetiba salah sorang team tu datang bg limau kat semua org yg terhampir la.. Yg aku mmg tak suka makan limau (sebab masalah asma). Jadinya aku pegang je la limau tu.

Tetengah khayal pikir apa ntah, tetiba terpacul kepala singa tu sambil nganga nak makan/amik limau yang aku pegang.. Gila terkejut wei. Meloncat aku.. Terus la aku lari, terperanjat punya pasal.. Yang jadi lagi takut tu sebab die kejar weh!!!!!!! Die kejar limau yg aku pegang tu.. Rerupanya tadi yg aku termenung tu, mmg singa ni g kat org2 yg pegang limau tu pastu mintak balik.. Haku pon tak paham, dah bagi mintak balik.. Buruk siku jugak singa ni ya? Hahaha

Eh, tak kelakar la.. Sambung balik detik cemas.. Die kejar aku sampai aku nyorok dalam van katering tau, menggeletar.. Siyes.. Aku tak tipu.. 😂😂.. Duk la situ, sampai la ku dengar persembahan habes.. Kawan2 panggil suh keluar ke, jangan harap la! nak kenakan aku la tu!! Haha.. Setelah ku pastikan semua penjahat2 tu balik, baru la tolong kemas semua. Yang bangang sangat, panik tak sempat nak pikir .. Apesal la aku tak baling je limau tu.. Yg genggam sambil bawak lari tu yang dah kenapa???.. Haha

Jadi, itulah ceritanya.. Sebab tu tak boleh dengar gendang tu semua.. Otomatik dada aku berdebar2, tangan geletar.. Mungkin masa tu mmg aku terkejut sangat sangat, tu yg membawak ke hari ni.. Aduhai.. Tapi limau dah boleh makan, sbb sejak tua ni asma da jarangggg datang.. Cuma kena jaga je la makan tu.. Jangan kau balun berkotak2 sudahlah..

Jadi, selamat tahun baru cina!! Selamat bercuti buat semua.. Aku duduk rumah saja lorrrrr.. Taknak keluar nanti .......... (Sila isi tempat kosong 😂😂)

Byeee.


Niyaz cepet. (Gambar hiasan)

Tiada ulasan: