Nuff is not Enuff

Isnin, November 29, 2010

kantoi !!!

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO....

Jd betul la itu ko yer??? jantan keparat berkarat menyamar jd pompuan sundal semata2 nak stalk aku.. jd skang ko da pueh ati ker tgok life aku??? ke sakit ati tgok aku??? wakakakaka...

Ape la punya budus, pegi meyamar tp pastu pecah rahsia (kat seseorg yg rapat ngan aku plak tu).. ckap, yg si tut ade lah ngko.. alah, kalo ko x bgtau, aku da tau lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah!

Meh cni aku nk bgtau...

kalo ko nak stalk aku kat FB, ko jgan la myamar jd pompuan sexy giler2, semacam bogel.. aku x BERMINAT nk add frens ngan gambo2 cenggitu... cer la tgok frenlist aku, sume sopan2 k.. tp, ngko kalo nyamar jd ape pon, aku bleh tau laaaaaaaaaaaaaaaaah..sebab apa? sebab ko tu buduh!!!

reti????

sbb kalo da buduh, myamar jd ape pon, ko mesti tinggalkan jejak.. aku ni pembaca tegar buku penyiasat kanak2 siri salma, 5 sekawan, 5 penyiasat dan sbgainya.. ko x payah la.. sesaat je aku tgok profile pelesu ko tu, aku da tau itu ko.. x munasabah betul..

Tp mmg aku kagum la, sekelip mata ko leh jd pompuan ala2 penuh malu, sopan santun, budi bahasa, gedik2 manja, pandai bermadah, bile berckap nampak terpelajar, dan ala2 islamik sbb share video nasyid, tp..... baju dedah dada............ boleh????

Ke ko de masalah split identiti/personality???

Kagum kagum...

Selasa, November 23, 2010

Bukti...!

Adek sekupu aku dtg umah, braya.. deme ni kalo dtg umah sokmo membaca novel, pastu mengangkut novel..

Slalu die men angkut je, aku plak malas nak amik tau ape yg die pinjam, JANJI ko PULANGkan..

Pahtu taun2 lepas die de pinjam gak, aku rasa 5 bji, pahtu pulang sbiji2, n aku pon da lupa ape tajuk die... giler bertahun pinjam mana la ingat.. Aku kata ada lg 2 x pulang , die kata ade satu jer.. hisshhhhh...

So, kelmarin die nak pinjam.. boleh, tp kne tangkap gambo dulu.. alasan aku sbb takut lupa tajuk.. sekaligus aku nk tempek kat blog..

Jadinya, kalo ilang, ko ganti sebiji2 cam lam gambo... Pahtu kalo ade signature penulis, pandai2 la ko dpatkan balik..

Reti???

Isnin, November 22, 2010

Kakak...

KAKAK umah sebelah nak cari gado ngan aku plak..

Die dtg umah nak amik baju yg mak aku guntingkan.. die tau jait je tp x tau potong..

Pas da nak blah tu, aku ramah-tamah la..

"Sempat ke siap jait tu, CIK"

Die pandang aku, tajam...

"Ape panggil MAKCIK plak"

Salah eh??

Aku jawab,

"Da acik panggil umi kakak, kan sama pangkat ngan umi?"

Biol...

Umur dlam 40-an..

Anak 7 org, sulung umor 20thun.. bongsu setahun..

Izah n Imran panggil die MAKCIK, tp aku kne panggil die KAKAK...

X paham!

Sabtu, November 20, 2010

Penutup Raya Qurban...

Kat area umah aku, taun ni wat korban 5 ekor lembu.. berbanding taun lepas sekor jer.. Korg tgok picture lah... malas nak cite panjang2... aku citer light2 jer.. Gpon raya rini last kan...




Bdak yg konon macho, setiap ekor lembu die tgok cara2 sembelihan, tp lepas tu takut nak makan daging die.. piraaaaahhh!


Aku pestime tgok ni.. ni pon tgok n zoom dr atas umah jer.. Aku sedih jgak la, bkan sebb die kne sembelih, tp cara2 org2 kampung ni nak tumbangkan lembu tu mcam kasar sgat..ke mmg kene begitu eh?



Apa yg penting, KERJASAMA!

Taun lepas kitorg x amik pon daging kurban, sebbnya mak aku menangis tgok lembu tu, berjurai2 airmata beria-ia nangesnya.. kesian sgat2.. mana x nye, da la sekor je, kurus kering plak tu.. jd taun ni ada 5 ekor, gegemuk jgak.. tp syaratnya mak aku xleh tgok la, kang kesian lg kang, haram plak nak makan...

Itu la kisahnye raya haji aku..

- Tamat -

Khamis, November 11, 2010

Sebanyak itu kah?

Khas Untuk Orang Bujang Dan Yang Merancang Untuk Kahwin

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali. (Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - MaskahwinIni kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit HantaranIni bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lainKasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikahSelalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju PengantinBaju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set PelaminSelalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - JurugambarTakkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksiPerkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewanUntuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduriUntuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantinKatil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 DoorgiftGula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 ContigencyAdakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050

Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak
RM 18,000
Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

****************************************************
Ni aku amik kat FB, ade la bdak mana ntah die share2 kan.. aku saje letak kat cni sbgai rujukan aku.. tp sebanyak itu kah??? 
Tp x tepat sgat, ade yg aku rasa bleh kurangkan tp ade jgak yg tertinggal mcam....

- Karaoke/ Band / deejay
- Baju sedondon tuk family
- n mcam2 lg yg di pikir sesuai

Tp aku rasa ade yg bleh kurangkan, n aku kira2 ade lah sekitar 25k.. mungkin leh kurang lagi kalo beli sket2.. jd xde la terasa sangat..

Byak betul eh belanjanya..

Ok, kalo camtu katakan Imran nak kawen lg 15tahun, jd kene paksa Imran kumpul $ dr umor sekarang nih... kan??
Sadis!

Isnin, November 01, 2010

Word PINJAM dalam kamus jiran aku....

Malam semalam dlam kol 10mlm, tgah aku baring2 tgok tv cite konsert P.Ramlee tu.. ade la org ketuk pintu... mak aku bukak pahtu aku dgar suara "umi, PINJAM telur sebiji" .. X payah tgok muka aku da tau sape, n umah pintu no. bape... dorg 1 family mmg terkenal dlam acara meminjam n meminta brang org..

Jiran aku ni mmg sokmo meminjam barang, kenkadang PENCUNGKIL GIGI pon nak pinjam ok.. gile bengang aku ngan die...

X salah la ko nak pinjam brang, tp jgan la kerap sangat.. plak tu benda yg remeh temeh, buat org menyampah.. Masalahnye plak, word PINJAM tu pon sekadar huruf P.I.N.J.A.M je.. kenkadang ganti kekadang tidak..

Then, masa raya ritu, umah aku ni ade la wat side income jual esbatu.. da terang2an cakap "AIR BATU 30sen" , esok2nya senang2.. "K.Ayu, ade esbatu x, mak NAK 1, ade org dtang la" .. Aku ckap la utk jual, sbiji 30sen.. bleh plak jawab , x bwak duit la, esok la bayar.. mcamkan umah ko kat Sgapore nak kene tunggang flight plak kan...

Esoknya plak die dtag beli lg, tp bayar utk yg die beli aritu punya la, yg smalam punya TERLUPA... aku nk mitak ngamuk2 gegar umah pon, mcam alahai 30sen apsal nak berkira kan.. tp ko agak2 la, duit letrik ngan air serta plastik ngan getah ikat tu, ingat maK aku pinjam ngan tokey kedai ker????

Kalo die ade wat kenduri lg huru-hara tingkat 4 tu.. ade 13 pintu jiran, sume die pakat ketuk nk pinjam barang.. 1 umah 1 barang = 1 Malaysia..

Umah aku lg la..ada la dlam skala stngah jam sekali ketuk.. antara brg2 die akan mintak ialah, GETAH, SOKKABAR, PISAU, SUDIP, PERIUK n kadangkala CILI, REMPAH RATUS, BELACAN, BAWANG dan macam lg bahan2 yg ko bleh g beli sendiri kat kedai!!!! Ape ko ingat umah aku ni serbaneka utk jiran tetangga...????

Pahtu, suka dtag umah nak blend cili, tp die bwak cili je semata2, pahtu kang "umi, sikit bwang, sket belacan.." macam haramjadah kan.. ?

Yg aku musykil tu kan, anak die ade sembilan (9), tinggal sorg je yg stil skolah.. pahtu kalo da bercerita kemain hebat, anak yg sulung gaji 4k, yg no. 2 keje sendiri juta-juta peniagaan die, yg si polan keje gomen, yg ni bla bla bla... plak tu suami ko HEBAT sgat bg duit blanja x miss... tp yg ko jd pengemis apahal plak...?

Sungguhpon aku x gaji sampai 4k n sugguhpon mak aku punya duit banja die dpat dr usaha sendiri iaitu menjait.........tp mak aku x penah lg la nk minjam2 barang ngan org... semua ujung bulan complete aku stanby.. x pon aku bg je $ blanja, apa2 x ckup mak aku g bli sndiri.. xde la nak ketuk umah org kan..

Kalo org x bg pinjam, mula la wat jd musuh.. x paham aku ngan org camni...

2 taun lepas kalo x silap aku la, die ade bergaduh ngan jiran dpan umah aku ni Cik.S.. punca nya die pinjam SUSU PEKAT 1 tin, die kata PINJAM la kan, nati ganti balik.. pahtu haram ganti lewat sebulan.. Cik.S ni jenis kedekut pahtu die mintak la balik.. terus die kata berkira, n skang terus jd musuh..

Yg Cik.S ni pon 1, ade ke die g susun SUSU byak2 kat tingkap dapo.. macik ni pantang kalo nampak brang byak2 kompon terus die nk pinjam.. sbb die tau benda tu ade, jd xle la kalo kite nk ckap 'TAKDE' kan....

n aku kalo g bli brang ape2, mmg aku sanggup pusing nek tangga belah kiri semata2, x nak tembung ngan die, sbb umah die betul2 depan tangga kanan...

Yg kes die pinjam telur tu pun sbb die nampk aku bwak balik telur 1 papan..

Aduhai........ Sadis betul