Nuff is not Enuff

Jumaat, Disember 25, 2015

Cerita Abang Niyaz

Assalammualaikum..

Ni ada cerita tentang Niyaz sejak jadi abang-abang ni.. hahaha.. da besar dah die..

Niyaz#1
Inara muntah susu, suruh dia amik kain.. Kelam kabut die berlari keluar bilik sambil cakap 'ayin ayin'.. Orang lain semua ingat die nak air.. lepastu bila die amik baju kotor inara dalam bakul barulah orang tau, oooo kain ker? ingat air.. adik muntah je pon.. kelam kabut sungguh..

Niyaz#2
Niyaz nampak inara muntah, die berlari keluar bilik.. lepastu die datang balik hulur kain batik opah.. hahaha.. takde kain besar lagi ke nak lap muntah adik? apesal tak amik selimut jer? hahaha

Niyaz#3
Tengah lepak bertiga dalam bilik, tiba-tiba Inara kentut kuat sangat.. Niyaz cepat2 lari keluar. masuk bilik hulur diapers, lepastu berlari lagi keluar, masuk bilik bawak bakul toilettries sebeban.. siap mengah-mengah penat, bakul tu berat kot.. adik kentut je la sayang.. die ingat adik berak.. Prihatin betul la abang ni..

Niyaz#4
Asal adik nanges sikit je amik/bagi diapers, adik muntah/meleleh ailio je pon terus cari kain..

Niyaz#5
Inara tido, opah tengah blend cili.. Niyaz pergi dapur buat "syhhhhh" (jari kat mulut), syeng! (bising).. Opah dengar lepastu opah cakap "eleh, awak tu lagi bising bila adik nak tido".. Niyaz tak puas hati die sebut "SYYYYYYYHHH" (lagi kuat).. hahaha.. melawan niyaz? melawan?

Niyaz#6
Dia pergi taman/mana2 pon, bila balik umah mesti tunjuk muka penat sangat.. terbongkok-bongkok, urut dada siap "uh uh uh uh" (bunyi mengah).. lepas 2-3jam kan, cer tanya balik "Niyaz g taman tadi?".. kompom die buat aksi penat tu balik.. hello? dah 2-3jam kot, penat lagi ker? kuat berlakon la budak ni

Niyaz#7
Sayang adik die.. tapi kalau orang cakap "Niyaz, amik adik boleh?".. die angguk.. kang kalau adik dah ilang, mula la "aner?aner?.. tak senang buntut kalo adik takde.. kalo die main toys pon nak soh adik teman.. bukan die main ngan adik pon.. hihi

Niyaz#8
Kalau adik pakai headband, mesti die akan puji "anteknya"..

haha.. buat masa ni, tu je cerita die.. nati ada lagi ku cerita lagi ya?