Nuff is not Enuff

Khamis, Mac 29, 2018

Ayu Cakes

Assalammualaikum.

Harini tetiba rasa nak menulis blog pulak. 😂

Kadang memang rasa nak menulis tapi dah sibuk sangat dengan kek, dengan anak, dengan kerja rumahnya yang tak pernah habis.

Ade anak sedang membesar ni, kau kemas la rumah cemana pun, hujung2 bersepah jugak.

Tu kadang biarkan je dorg main sampai malammmmmmm, dah tido baru kemas dengan aman. Boleh buang toys jugak. 🙊

Sebab kalau tuan die masih berjaga tak boleh buang nati die sedar. Hahaha.

Just nak bagitau, ku skang dah buat biz kek balik tau. Asalnya buat jual kek walnut butterscotch tu je. Memang tu signature, sebab dari dulu jual kek tu je yang laku.

Lepastu kek versi bajet pun ade balik. Selain jual secara langsung, ku juga ade letak kat kedai kek (kawan sekolah dulu). Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha ni.

Kedai ni dekat area LEMBAH JAYA.

Ni alamat

Deera Bakery House.
Jalan LJ 1,
Taman Industri Lembah Jaya,
Ampang, Selangor

Sederet Restoran Thoiba dan bersebelahan Klinik Lembah Jaya. Orang lembah jaya mesti tau punyaaa.

Sambutan sangat2 lah menggalakkan. Tak sangka lepas 3tahun rehat membakar, masih ade yang percaya bakatku tuk buat kek orang. Hehehe

Mula2 memang nak tumpu kek walnut ni je, tapi atas nasihat beberapa orang, dorang kata kena jual kek lain jugak supaya orang tak jemu dan ade variety.

Pulak tu ramai customer2 lama datang balik, pujuk balik, hmmmm ok. Kita cuba balik. Buka balik buku resepi. Kira balik costing bagai. Sebab harga dah berubah kan. Memang banyak jugak kena mula semula.

Begitu juga halnya dengan stok bahan mentah, alatan dan sebagainya.

Modal agak banyak jugak laaa. 😭

Di kesempatan ini, ku nak ucapkan terima kasih pada semua yang telah bagi sokongan dan dorongan sehingga tercetusnya kembali AyuCakes. (Dulu dikenali sebagai "SepotongKekbyAiUDayu).

Kek saya kek biasa je. Tapi sentuhan kreativiti tu yang menjadikannya luar biasa. Seronok sangat dapat meluahkan bakat seni dengan menghias kek. Padahal tak pandai melukis pun. 😂😂😂

Aku pun tak paham. Haha

Tengkiu sebab baca ni!!!