Nuff is not Enuff

Jumaat, Ogos 29, 2014

Malam ni balik muar

Assalammulaikum.......

Tu baca tajuk tu.. biasa la orang takdek kampung macam ni la... asal raya haji, raya puasa, deepavali, krimas, hatta merdeka ni pun haaaa balik la Muar tu.. hahhaha... takdenya kalo cuti lama2 nak duk umah ke, pergi kelah ke, cuti cameroon ke, takdek takdek... *pasrah... hahhaha

Tapi ok jer.. mana2 pon boleh.. Asalkan bawak niyaz berjalan.. die mmg la suka berjalan sesaja.. die kalo da 1 hari peruk kat umah samada sabtu atau ahad mula la die ngamuk2 macam nak pecah umah.. ade sekali tu sabtu ahad babah kene keja, so duk la umah.. petang ahad tu die da hilang kawalan dah.. agaknya da lemas la, isnin-jumaat umah opah pon perap je tak kemana.. Lepas je mandikan die pepetang tu bawak la jalan2 area umah.. saja pusing2 kat belakang2 ni.. cukup la 1 round g pon nak maghrib dah.. bukan main suka la die.. lari sana lari sini.. happy tengok die suka camtu.. 

Area umah ni tak syok sgt sbb takde playground.. kalo ada kat area flat sana tu tapi jauh pulak nak napak.. da la panas.. itu pon tengok mainan semua dah arwah jer.. syian iyaz..

So balik Muar ni rutin aku cam biasa la.. kalo balik malam tu sampai lebih kurang kol 12-1pg.. kendian tidur.. lepas subuh tu bangun kendian mandi siap2kan niyaz sekali, pegi dapor tengok sarapan da siap hidang.. isk isk iskk.. macam jahat je jadi menantu camni.. hihihih..Itu yang buat segan tu aishhh

permasalahannya Niyaz ni la.. die kira macam pakej ibu anak tau.. mak bangun anak pon bangun.. lepas tu aku nak g mandi menanges2.. ngan babah taknak.. kalo pon nak ngan babah g jalan2 sekejap sementara aku mandi.. lepas tu nak siapkan die lagi.. dah la susah nak pakai baju.. lari sana sini.. nak siapkan die je sarapan pon siap.. hahahha

uhuhuhu.. naseb la balik sebulan sekali.. bukan masalah apa, masalah segan.. sabtu ahad isnin hari2 macam tu... boleh dikatakan tiap2 kali balik macam tu.. so tiap kali balik limit 3 hari je.. lepas 3 hari jadi tak sedap hati.. sian mak..

itu cerita sarapan.. kang da sarapan mak da siap nak masak lunch pulak.. yang aku pon tetap tak boleh tolong sbb nya babah pon ada keje kat muar ni.. jadi terpaksa la jaga die main.. da la tak reti nak main sorang2.. kang da pukul 11-12tgh camtu waktu tido pulak.. kene tidokan die pulak.. hehhehe.. *kenkadang aku pon tertido sama.. tengok2 bangun2 da siap lunch lepas tu makan tengahari.. tengok la.. mana tak segan???

cuma malam la, lepas maghrib tu babah jaga Niyaz main ngan atuk sekali sambil tgok TV.. biasanya mak tak abes solat lagi+zikir.. time tu la aku pegi dapor tolong2 panas lauk + hidang.. kekeke.. amik hati sket la.. lepas semua makan basuh pinggan lepas tu Niyaz pon nanges nak tido maka mula la rutin yang sama macam tadi.. hahahahah

ahad/isnin gerak 9mlm sampail langat 12am-1am.. gitu la catatan hamba sepanjang kat muar.. sekian

*ntah hapa-hapa ending...


Selasa, Ogos 26, 2014

Aura negative lagi

Assalammualaikum......

Sorry la.. arini entry emosi lagi..huh.. ada 2 benda yang buat aku emosi..

First sekali pasal BERAT BADAN...grrrrrrrrrrrrrr...

Memula dari 77kg kan pahtu masa puasa n raya da turun jadi 70kg tau... sekali makan open house tak berenti pahtu da start makan nasi, makan coklat balik semua pon da jadi normal..perut pon kalo tak makan nasi rasa nak fengsan.. padahal sbelum ni sebulan lebih elok jer.. arghhhh.. lepas tu berat pon naik sekilo... 

sekilo tu banyak weh.. ko bayangkan la aku bersusah payah diet seimbang hampir 2 bulan baru dapat turun 7kg.. tp ni makan openhouse 2 hari berturut2 (sabtu ahad minggu lepas) terus naik sekilo.. bayangkan 2 hari naik sekilo??? haishhhh.. sakit hati tau tak!!

Emosi kedua pasal kerja la.. boringnya lahai.. bila la dapat greenlight nak jadi surirumah ni... emosi ni.. pegi kerja rasa macam nak seret je kaki ni.. Semalam masa tgah kemas2 jumpa pulak resign letter yg aku da tulis awal2 siap sign lagi.. tgok tarikh 30Aug sebulan notis, jadi 30Sept last day.. perghhh... tengok kertas da konyok2.. Aku pon cengang jer, ni bila masa aku tulis ni, macam tau2 je aku nak berhenti ni.. hahha... takkan aku taip tampa sedar.. sekali tgok rupanya tahun 2013.. haaaa.. nampak tak? bulan yg sama tahun lepas pon perasaan nak berhenti kerja berkobar2 siap tulis surat lagi... hahhaha.. da bertahun simpan ni.. tapi tak berhenti2 jugak...

haishhhhhhh

Sekian entri beraura negative dari saya pada hari ini.. terima kasih

Jumaat, Ogos 22, 2014

Aura negatif

Assalammualaikum..

Kita skip pasal raya boleh tak? da malas pulak nak cerita raya.. dah nak abes raya dah pon.. ni nak meluahkan perasaan.. cececece

Harini, masuk2 kerja terus bukak web cari kerja.. sbb ada la kejadian kebelakangan ni buat opis sekarang ni tak best.. aku sebenarnya seboleh2 tak nak cerita pasal hal kerja kat sini.. tapi da tak boleh tahan nak simpan, nak luah jugak.. grrrrr

Salah satu puncanya group wassapp.. hei, berbulu je.. ko bayangkan time bulan puasa ritu, da nak bukak puasa, semua orang pon da duduk kat meja makan nak bukak puasa, eh boleh pulak mesej tanya pasal kerja.. tak bengang?? dan lagi satu kadang2 sampai ke tengah malam pon masih nak wassap pasal kerja.. ehhhh.. tolong la.. bawak mengucap sket.. title boss tu kat opis hour, lepas tu masing2 ada their own life.. so plez get yours.. eeeeeeeeee gerammmmmmmmmmmmm

Ni mensebab 1 hal, jadi tak puas hati tu la tu, meleret2 sampai ke wassap.. da tak puas hati cakap depan2.. nak bentikan keja pon boleh la.. aku tak kisah aku lagi suka jer.. kan dapat jadi suri rumah?? hahhaah... tak bercita2 tinggi betul..

kadang2 kalo aku biar aura negatif ada kat sekeliling aku kan, mula la aku pikir bembukan.. cadang nak buat pasal kat opis ni seperti datang lambat berturut2 selama sebulan, lepastu dapat notis amaran kendian dapat surat DIBERHENTIKAN kerja.. kan best.. kalau apply elok2 kang susah pulak aku nak kene cari pengganti.. lepas tu tunjuk surat tu kat Mr.President, beliau mesti tak boleh buat apa sbb DIBERHENTIKAN.. hahhaha.. bile dah jobless bole la jadi suri rumah.. hahahahhaha.. *yesss, akhirnya cita2 tercapai

tak pon, aku nak tulis surat letak jawatan, tapi aku soh member HR taip jugak yg aku ni DIBERHENTIKAN kerja..  lepas tu tunjuk surat tu kat Mr.President, beliau mesti tak boleh buat apa sbb DIBERHENTIKAN.. hahhaha.. bile dah jobless bole la jadi suri rumah.. hahahahhaha.. *yesss, akhirnya cita2 tercapai lagi

bongok kan? hahahaha... ni aku cari kerja semua pon tak memenuhi kriteria da cemanaaaaa? nak bujang, bawah 30, pandai mandarin, bla bla bla.. haishhh susah nya nak cari kerja baruuuuuuu.... ke da memang suratan takdir nak kene kerja sini & kena kerja sampai tua???

Nak jadi suri rumah so badly.. T__T... Mr.President please paham...............

Selasa, Ogos 12, 2014

Raya Day 2014

Assalammualaikum...

Lamanyaaaa.. dah 2 minggu raya baru da hegeh2 nak update blog? hehehhe... Hari ni baru ada mood nak naip le.. malas bebenor..

Tahun ni beraya kat Muar.. Suka la Babah ngan Niyaz sebab balik kampung memasing.. Mummy jugak takdek kampung... T__T... Kitorang gerak lepas subuh hari Sabtu tu.. so jalan mmg clear je walaupon kerata banyak tapi tak jem..

Sampai dalam kol 9.30pagi... lepas tu tidokan Niyaz, lepas tu adik ipar datang pulak nak anta budak Qhaliff tu... ibu abah die keja so anta die kat kampung la beraya.. memula taknak anta kampung, tapi sian pulak tak beraya takkan nak dok umah je kan.. Lagi pulak die cakap "dah beli baju raya (baju melayu) tapi tak raya".. sentap hati makpak die.. hahahha.. so kena la anta jugak kampung.

Esoknya ahad, Tok Abah, Tok Mak, Babah & Niyaz yang tak mandi pegi pasar beli barang nak masak. Qalip tido lagi time dorang pegi, makpak die da gerak lepas sahur.. Sian die tak tahu kene tinggal.. heheh... Tetiba tengah kensunyian tu dengar budak menangis.. Ah sudah, die bangun tengok semua orang takde terus mengamuk... Siap hempas pintu tu.. huh.. jenuh pujuk.. dalam 3minit atuk pon balik.. Pahtu Tuk Abah cakap, "atuk ada beli bunga api.. malam kang kita main".. dan Qalip, terus benti nanges.. hahahah

Aku tak buat apa pon, jaga dorg berdua la.. teman main, buat susu n tido kan.. kesian jugak kat mak, masak sensorang kat dapo.. tapi nak tolong pon tak boleh.. Tengahari camtu Mr.President tolong cucuk satay.. geram je nak tolong.. baru nebeng da Niyaz menanges.. aghhh geram... Tapi merasa la jugak dulu boyot2 3bulan (Raya 2012) sempat la tolong cucuk.. Raya 2013 raya kat Ampang pulak.. Lepas tu bila tengok Mr.President mengaduh sakit pinggang bila abes cucuk, terus rasa lega sbb tak buat.. kikiki.. Tengs Niyaz & Qalif..

Eh, ni baru mukadimah.. cerita raya esok2 la sambung.. macam panjang je cerita.. hiksss