Nuff is not Enuff
Rabu, Februari 24, 2016
Pendosa yang bizi
Alamak, ada yang tunggu pasal sambungan pindah umah? nantilah.. bizi lah ngan kerja opis.. Banyak benda nak cerita, banyak gambo nak share.. Cita pasal besday Niyaz, pam susu yang best, cerita veranakkan Inara, pasal muasal nama Inara tu, pasal mcam2 lagi laaaaaaaaaa...
Sabar menunggu ya
Lev lev,
AiuDayu
*padahal sapa je baca blog sendu ko ni.. hahaha.. Verangan
Khamis, Februari 18, 2016
Pindah Rumah
Kelam kabut la masa tu.. dengan aku baru veranaknya.. PakDin bagi tempoh 2bulan kosongkan rumah.. Babah pulak dah teman aku 3minggu kat Muo, jadi bila masa la nak cari rumah.. So cari kat mudah.com sesambil umi tolong jugak. Jiran lama pon tolong cari area situ, tapi takde lah pulak.. T__T..
Maka, gerakla kami ke KL.. Seronok la umi masa tu cucu baru (Inara) sambung pantang kat umah... Esoknya, adik sepupu aku TERlalu depan rumah bakal disewa tu tengok2 dah ada orang masuk ko!!!.. Sampai ati kakak tak bgtau tak jd sewakan kat kitorang.. Bila kol cakap penyewa lama nak sambung sewa.. Arghhhh!!!! Sian tengok babah, stress die.. Dah la die ulang alik langat-ampang sebab nak packing.. Aku mmg takleh tolong, semua pon die buat sorang.. Sian dia..
Bermula episod kelam kabut nak cari rumah balik.. ada pulak tingkat bawah blok A1, tepi tangga RM600.. ok la sbb die bawah sekali kan.. mahal pon takpe la sbb dah terdesak sangat ni.. kol, mesej, kol, mesej, tuan umah tak layan, rupanya sedara nak die pindah duk situ..
Tapi ktorang dah sesak sangat nak umah, kol abang tu letak booking RM100 (dengar cita ada org lain nak jugak).. walaupon umah die basic gilaaaaaaaaa, macam memula dapat rumah, sebiji apa pon tak renovate, pintu toilet plastik die tak bukak la, lepatu tingkat atas sekali tapi sewa RM600 woi. nak tak nak amik je la sbb tinggal 3minggu je nak pindah ni.. hmmmmm.. bukak2 pintu nampak sinki.. arghhh dengan takde kipasnya RM600 ko.. Aku merungut la pulak masa tu, tp Babah termarah pulak.. Iyalah, die kan da penat nak packing, nak pindah nak ulang alik langat-ampang.. Nak taknak bersyukur lah.. haha.. Bagi depo api+air, RM1400 dapat la kunci..
Aku bukan boleh buat apa, kan tengah pantang.. so semua babah buat sendiri.. SEMUA ok.. ada sekali tu balik cekap Inara sebulan, sempat la singgah rumah lama, rinduuuuuu.. tengok semua barang kecik, baju, etc dah siap seal kotak.. siap semua susun kat pintu.. bilik semua dah kosong.. Tetiba teringat la masa baru kawin masuk rumah kosong tu, basuh rumah, mop rumah.. letak perabot.. Ai, kenangan mengusik jiwa la pulak.. *sob sob
.................. Pasal pulang kunci tu PakDin tu tak bg depo RM 1000 umah api+air (RM400+RM400+RM100+RM100) .. katanya kitorang ada miss 2 bulan tak bayar.. tak logik la tak bayar, sbb die tu cengil tau.. lambat sehari pon dah bising. mesej tanya bila nak bankin.. biadap gila.. patutnya bulan nov dan dec tak perlu bayar. tapi babah bayar 2 bulan tu ok!! sbb malas nak fight ngan orang tua, plus takde itam putih aggrement, slip bank pon pudar.. kalau bayar pakai cheque ada la buktinya.. hissshh.. berapi je aku ngan orang tua tu.. TNB sebulan rm50, so bil nov & dec tak bayar, tolak depo.. Tapi bil air, ya ALLAh tak paham aku Pak Din ni.. Bil air sejak 4tahun lepas tu negative.. Negative RM-36.20.. aku telebih bayar bulan pertama duk umah tu.. die tak pulang ok depo RM100 busuk2 pon bg la kan.. biadap kan die? Babah sakit hati gak, tp die lagi pentingkan pasal nak pindah ni.. Takpe Pak Din, semoga halal la yer.. tak kaya pon aniaya orang macamni.. pepandai la mengadap Tuhan nanti? *gerammmm
dah siap pindah, Babah ulang alik A1-A4 sbb nak ngemas pulak.. Babah kata baju aku je amik masa 2 hari nak gantung, lipat.. kiki.. Sian babah.. aku harap nak tolong pon tak boleh.. so kiranya masuk cuci kaki la aku ni.. Haha
Dari apartment masuk flat, mmg sempit la.. selama ni tak nampak barang banyak.. bila masuk umah kecik, aduhai.. banyak barang rupanya... itu pon aku belum abis kemas sbb buntu nak kemas kat mana.. stress iya jugak.. dapur gas memasak tu bebetul kat tepi pintu masuk.. tak paham aku cemana la arkitek umah ni design.. atleast buat la kubikel ke... Tuan umah pon tak prihatin, sewa RM600 buat la cecantik sikit. ini rumah kosong je gitu kipas seketul pon takde.. sinki pon nak roboh dah.. dah la tangki air kalo penuh je bocor.. Air bukan auto masuk tangki, kena buat manual, bukak paip utama, tadah sendiri.. kalau penuh, sekian, air menitik.. kene tadah air, kene mop.. Grrrrrrr
Tapi yang paling benci yang paling bengang ngan umah tu ialah........................................ (sambung next enrty)
Selasa, Februari 16, 2016
Memakciks yang vongok & Tag Roti Gardenia
Pepagi tadi masa idupkan hpon nampak ada wassap group Sepupu Sepapat.. Group ni bertujuan tuk mengeratkan siraturrahim diantara sekupu, dua kupu, dan kekupu.. haha.. Umi ngan adik veradik die seramai 5org itu (Ibu, MakTeh, Mokde, MakNdak & Makcik Lela) serta hanak2 mereka semua kompol kat sini.. Tapi jangan memain eh, aku Anak/anak buah paling sulung, jadi aku adalah ketua.. *lantik diri sendiri nampak?? hahaha.. Sapa bising kena amik nama.. haha
kekonon nak buat havoc la tu |
haha... tengok aku dah kenakan die |
Macik kata boleh buat kenduri.. Dah kalah ker? haha |
Mengumpul tanpa sebab |
Isnin, Februari 15, 2016
Masak Sabtu & Ahad
Aku terus terang, aku jarangggggggggggggggggggggg masak.. jadi atas sbb tu aku tak pandai masak.. masak tu boleh la tp tak secanggih mak-mak kita.. huwaaaaa... dah cemana nak prektis dah mengkalau masak Sabtu-Ahad.. Itupon baru minggu lepas je pon sejak tahun 2016 ni..hebatkan? kadang Sabtu atau Ahad pergi keluar jenjalan.. takdenya nak masak.. kiki
Time kerja Isnin-Rabu, balik makan petang (dinner) umah umi jer.. Die pon masak banyak.. Jadi jangan membazir.. jadilah seperti saya.. haha.. *biadap sangat kan?
Makan ni teringat time kerja McD dedulu |
Sbb Inara bagus sangat, mentidooooo je kejanya.. kol 10pg terus masak lunch.. omai, tak sangka.. kol 12.30pm dah siap masak ok!.. dulu Niyaz kan kalo tak makan lunch kol 4-5ptg tak sah.. Sbb die kan tak suka tido? sape ingat kisah die? banyak terlalu banyak kisah die tak suka tido dalam blog ni.. haha.. Sampai skang perangai die tu... Haha
Lunch Sabtu, cendawan+brokoli sup, ikan goreng utk Niyaz dan sotong masak kicap. gambar takde.
Babah kalau dengan udang berantu die weh.. ada sekali tu, eh banyak kali.. kalau masak udang apa2 pon die mesti abeskan.. tak taruh tuk malam.. apatah lagi tinggalkan untuk aku.. T__T.. Time kita nak makan, tengok2 udang dah abis!! Lepastu selamba je cakap "Ingat sayang dah makan".. Banyak kali yer jadi camni..
So lepas ni kalau taknak bg die makan udang, kita masak telur masin je la yer? HAHA
Sedap weh.. Harus cuba ya! |
Ni kang ada yg kata aku dekut atau tak ikhlas.. kisah pulak beta kan? hihi
Sabtu, Februari 13, 2016
Tuumpah
Assalammualaikum..
Salam sabtu.. Tadi lepak bilik kejap tidokan Inara, Niyaz senyap je kat luar.. Lepas Inara dah lena, keluar la menjenguk..
Kelam kabut die berlari pergi singki, basuh tangan.. Tengok tangan putih je.. Da pahal pulak budak ni..
Rupanya.....main garam!!!!
Abes separuh garam dalam bekas tu tumpah.. Baru letak time masak lunch tadi.. Garam halusssss pulak tu .
Dada da turun naik dah ni.. Rasa nak tibai je, lepastu ingat pulak motivasi, psikologi, kaedah didik anak cara Rasullulah s.a.w, terus cool.. Tarik napas dendalam..
Cakap, Niyaz buat apa ni??? (nada geram)
Die jawab 'tuumpah'.. (muka selamba)
Sumpah, tak tau nak gelak ke nak nanges.
Menjawab pulak tu!!!!
Lepastu die kan basuh tangan kat singki sendiri, pijak kerusi.. Aik tadi tak nampak pulak ada kerusi kat situ.. Maksudnya apa? Maksudnya sejak dari tadi la die main air singki dulu, lepastu baru kaut garam.. Sbb nampak garam basah tadi..
Eeee. .. Kalo lepas main kotor atau makan, tak pandai basuh tangan sendiri.... Kalau buat kerja sendiri, tak payah di ajar!!!
Ni dah main petias pulak, makan kicap.. 'cikap cikap' katanya....
Eeeeeee... Gerammmmmmmmmm
Jumaat, Februari 12, 2016
Cookies rm5.50
Terkena lagi lunch td.. Minggu lepas aku ada beli butter cookies kat 1 kedai makan foodcourt nih.. Masa bayor aku dengan dia cakap rm2.50 so aku bayar la.. Pastu berlalu pergi dengan gembira.. Sampai atas sekian, tak sedap.. Dah la hancur sbb terjatuh td..
Arini lepas makan ayam penyet, nak cuba cookies choc chip pulak..masa nak bayar tu dah siap koyak plastik dah.. Tazzabar.. Sekali time bayar die kata rm5.50!!! Aik? Butter cookies sama ker? Die kata sama so tambah lagi rm3 sbb bayar ritu rm2.50 jer . *kene jujur sbb benda makan, dah la inara susu badan lagi..
Mahalnya hoi! Pakkal la aku dah bukak plastik, mengkalau tak aku dah letak balik. Di sini menyesal!! Huh
Ayam penyet rm6.50
Cookies choc chip rm5.50
Belen cookies butter rm3.00
Total damage Rm15..
Dah la cookies kecik je.. tak senonoh lak tu.. semata2 letak choc chip kat tengah2 macam
cookies penjahat!! |
huh!
Khamis, Februari 11, 2016
Tetiba pageviews tinggi
Rabu, Februari 10, 2016
Dayu is back!! Haha
Dah berzaman tinggal kan blog kan? haha.. Nantikan kemunculan ai semula ya.. Banyakkkkkkkkkk benda nak cerita.. kalau dulu ada cerita Niyaz je, sekarang nak tambah cerita Inara pulak.. perangai die pon samaaaaaaaaaaa naik ngan Niyaz..
Pitam..