Nuff is not Enuff

Jumaat, Januari 23, 2015

Kesian Zamani

Assalammualaikum..

Dua hari lepas ada kawan share pasal video zamani yang kena nyanyi time kena gari. bila aku tengok, siyes rasa nak menanges.. kesian gile kot.. Cara Zamani nyanyi tu macam malu pon ada, macam separuh sedar pon ada.. Tak sampai hati nak tengok sebab kurus cengkungnya... Kenapa eh ada orang sanggup nak bukak aib orang macam tu? Penjahat la orang yg rekod tu. yang rekod satu hal, yang sebarkan pon satu hal jugak. Kalo tak sebarkan takde la orang ramai tengok dan tahu... Tapi polis kata nak amik tindakan kepada pegawai tu kan??.. haaaa.. padan muka... biadap sangat ni...

Lepas naik makan tengahari tadi, aku ngan yati borak-borak la pasal ni... Lepastu aku cakap la "aku paling suka lagu Rindiani".. Kendian yati kata "pasang yu lagu tu".. Aku pon bukak youtube pasang la.. Alamak, siyes rasa nak nanges.. lagu tu sedih kot? mendayu-dayu jer.. *sedih pasal teringat kisah lama pon iya jugak.. hahhah.. mengenang alam remaja gitu..

Aku ingat kumpulan Slam ni tengah femes masa aku Tingkatan 1 tahun 1997.. Kira zaman kegemilangan tuk Slam la.. Aku ada sorang kawan yang giler ngan kumpulan Slam.. sampaikan die siap buat 1 buku khas tuk kumpulan Slam.. dalam tu siap ada biodata dan segala-mala gamba kecik besor pasal kumpulan ni. dan opkos la yang paling ramai-ramai suka sebab zamani.. die hensem kot. lagi satu Shah yang main gitar tu.. hahaha.. *zaman daif lagi masa ni.. ekekkeke

Lagu-lagu dorang semua sedap-sedap.. tapi yang paling suka Rindiani tu la.. Zamani muka baik sangat kan? Muka macam budak-budak jer.. Lepastu die ni pemalu.. Walaupon die dikenali di antara vokalis yang femes tapi die tak penah pulak nampak sombong.. Plus suara unik, lunak merdu.. Unik.. Jadi kesian la die jadi macam ni.. memang tak sangka.. sebab aritu bila die muncul kat TV tengok kurusnyaaa.. semua ingat die sakit.. ataupon rindu mak die... rupa-rupanya..

Sayang sangat,, ada bakat tapi tersalah langkah.. Kita tak tau apa punca die jadi begitu.. sebab siti ke, sebab mak die ke, sebab dah tak femes ke, sebab salah pilih kawan ke.. Biarlah die dan ALLAH swt je yang tahu.. Kita sebagai masyarakat/peminat bagi la peluang kedua kat die untuk berubah.. dan sentiasa doakan die agar kuat tempuh dugaan ni.. Allahhu

Sedih la plak lagu Rindiani ni.. T__T






Tiada ulasan: