Nuff is not Enuff

Khamis, Januari 22, 2015

Jangan Menyampuk!!

Assalammualaikum dan hai!! miss me?? ahaksss

Haritu baalik umah kan, terserempak ngan jiran (lelaki) umah atas ni ngan anak die.. Gaya nak keluar..

Kendian Mr.President ramah tamah la tanya...(sesambil bukak pintu umah)

Mr.President : nak keluar ke bang?

Jiran : A'ah, nak pergi hospital

Mr.President : Eh, sapa sakit?

Jiran : Tengok isteri demam denggi (Yang aku ni pekak, salah dengar.. aku dengar "tengok isteri dengan baby".. so, aku pon excited nak cakap "wah! tahniah"... tapi belom sempat cakap Mr.President dah bersuara menyembang

Mr.President : La, yeke..  

Jiran : Sekarang ni kan banyak kes.. bahaya tu.. (aku pikir pasal kes kematian baby sebab kecuaian hospital.. Dan aku masih lagi berhasrat nak ucap tahniah ni.. sambil tunggu peluang nak menyampuk)

Mr.President : Hospital mana?

Jiran : Hospital Ampang (huh, memang la HA tu memang banyakkk kes, sambil membebel dalam hati).

Pahtu jiran pon mintak diri, dan pintu uamh pon dah terbukak, kitorang masuk umah tanpa sempat aku ucap tahniah kat jiran.. cer cuba kalo aku cakap tahniah masa mula-mula tadi? mana aku nak menyorok? hahaha.. Yang lagi malu Mr. President la.. dapat binik pekak..hahaha.. Lepastu tak memasal bergaduh bermasam muka ngan jiran kang.. 

Kendian aku cerita kat Mr.President pasal ni.. Tergelak-gelak bila pikir.. tapi die sempat la nasihat.. "lain kali jangan menyampuk".. hahha.. EH belum sempat menyampuk pon ok? Baru niat je kan??.. *melawan suami ayu, melawan?.. Yerlah, lain kali tak nak menyampuk ORANG-ORANG TUA bercakap.. ok? hahaha


*ORANG TUA tu Mr.President la.. buwekkk

Tiada ulasan: