Nuff is not Enuff

Selasa, Jun 17, 2014

Nak jadi surirumah lagi.. lagi??

Assalammualaikum & hello?

Bilakah kali terakhir aku update? owh jumaat lepas.. Biasa sabtu ahad duk umah tak buat apa... kendian semalam teman kelig pegi KWSP jalan raja laut.. nak register E-Caruman.. sekarang mudah la semua pon di hujung jari.. da kalo semua pon kita buat, yg pekerja KWSP tu kerja apa jer? *dengki padahal tak dapat keje KWSP.. hhehe

Aku paling suka kerja jumpa2 org ni, macam duk2 kat kaunter tu.. macam best je jadi pegawai.. kekeke... pegawai perhubungan awam.. kerja aku skang keje duk opis, duduk jerr, minda tak berkembang.. balik2 jumpa org yg sama.. macam semalam, masa tengok pegawai tu terangkan satu2 pasal system.. ah sukanya.. 

Dulu tiap kali isi borang SPA tu kan, tang jawatan aku isi Jabatan Pentaftaran Negara la, Perpustakaan Negara la, Arkib Negara la.. benda2 yg jumpa ramai org ni.. lepas tu kelulusan Akauntansi.. memang tak la nak dapat.. hahhahah

So kerja jer la skang ni apa adanya.. huhuhuhu.. Nak jadi surirumah lambat lagi.. bila ni Mr.President????

Da jemu la kerja weh... macam nak duk umah meniaga kek ke apa ker? nak jaga anak2 depan mata.. masa hantar Niyaz kat mak aku , aku kesian sgt.. satu kesian kat mak aku.. die da tua, sepatutnya berehat dan menikmati hari tua dengan tenang.. dulu da penat jaga kitorang 6 beradik.. sekarang nak kene jaga cucu.. dengan sakit lutut nya lagi.. nak bangun duduk bangun duduk, itu tak masuk kalo Niyaz debob tu ketuk atau hempap kaki opah die.. lutut yg kanan sakit, lutut itu la ditujunya.. kahkah..

Lagi satu opkos kesian ngan Niyaz la.. patutnya aku mak die yang mandikan die, suap die makan, masakkan die, tidokan die.. Dah la budak sekarang ni cepat besar.. tak sedar tengok die da boleh berjalan, berlari.. perkataan pertama pon, opah die yg dengar dulu.. sedih laa... Tapi Mr.President mana paham.. Yerla, mana nak paham hati seorang ibu.. awak paham tak hati seorang pengantin ? hahaha.. tetiba selit Cikgu Iskandar

Bila kitorg bincang,

Abang, kesian la umi tak larat nak jaga Niyaz, kalo ayu tak kerja boleh jaga.. umi da la sakit lutut bla.. bla.. blaaa

Takpe la.. kadang2 itu yg buat die gembira.. jaga cucu.. kita tak tau

Kan ke tanda2 kiamat kata, di akhir zaman nanti, anak akan menjadi tuan kepada ibunya sendiri (kes macam anak suh ibu jaga cucu)

Memang la.. kita memang da ada kat akhir zaman pon, bukan boleh halang, kiamat tetap terjadi.

T__T *nanges sbb tak tau nak terangkan macamana lagi

Tiada ulasan: