Nuff is not Enuff

Rabu, November 26, 2014

Itu Buaya

Assalammualaikum...

Baru je lepas tepon Niyaz, tanya die buat apa.. sebab pagi tadi masa hantar die kat umah opah, masuk2 umah terus tuju kat TV bukak TV.. pandai je.. lepastu kita babai-babai pon die buat tak tau.. siap silang-silang kaki lagi.. amboi, kemain sangat..

Geramnyaaaaa.. bila la die nak pandai cakap.. tak sabar nak gaduh mulut sebenarnya.. grrrr.. Bila tepon rasa tak puas, sbb die tak pandai cakap lagi.. cuma opah je la yang report apa die buat.. lepas 1jam kol kang aku mula la rasa nak kol lagi.. padahal rutin die sama jer.. hasihh... Bila la nak pandai cakap ni Iyaz? Kang kalo da pandai bercakap pot-pet-pot-pet tu yang seronok tu.. ekekkeke

Macam semalam kan, ayah cik die (adik lelaki no.5, Imran @Acik) pasang la cerita binatang2 tu, animal planet ke hapa ntah.. kebetulan pulak cerita pasal buaya.. Niyaz nampak buaya die jerit-jerit.. "TICAK TICAK".. hahahhahaha.. gelak guling-guling kitorang.. bila opah betulkan "itu BUAYA la, bukan CICAK".. die balas balik "TICAK! hkjahgjhaljrajajrklajrajl" ntah hapa lagi die bebel marahkan opah.. konon die betul lah tu.. hahhahaha

Harini apa lagi perangai die tu.. babab bontot kang!!

Lupaaaaaaa....

Assalammualaikum..

macam best pulak blogging time santai2 malam2 ni.. sambil2 tido kan budak niyaz ni, sesambil tu boleh la type luahan perasaan kat sini.. ececece

kalo kat opis tu, depan PC mencari idea berkematu tak tau nak mula dr mana.. pikir tajuk je pon dah 1hari belum isi die lagi.. heheh

ni nak cerita, tadi dapat wssap dr kawan, tanya pasal kek die nak amik 29/30hb ni.. alamak, cuak aku sbbnya minggu ni aku balik muar.. jumaat tu aku cuti pulak, cadang nak gerak awal.. kalo balik malam bole jugak jumpa kat memana..

patutnya balik muar minggu depannya, 5hb tp sbb mr.president ada training ngan muzium negara, jadi die awalkan.. bila die tanya ada order kek tak? aku pon konpiden jawab takde.. hmmmmm

yang aku ni pon, ntah mcamana boleh tak write down.. memang aku terlepas pandang sangat2.. minggu ni mmg pack order.. kelam kabut jugak aku nak handle.. macam ni kata nak slow baking? nampok benor menipunya pon.. hhahaha

sian kawan aku tu, padahal order sebulan awal, mesti die gembira terbayang2 kek anibesari die, choc banana tu.. ah, kejamnya rasa.. die mintak postpone hari khamis depan.. Tapi aku rasa ralat la hampakan orang..

ni aku tgah pikirkan penyelesaian la ni, samada ajak mr.president balik malam jugak (for sure kene marah, amik cuti tapi balik malam jugak, serupa takpayah cuti jer) ataupon buat je nextweek.. arhhgggg.. jahat la rasa.. tak patutkan?

Selasa, November 25, 2014

Bebel di tengahmalam


Assalammualaikum..

haaa, nampak? tak pepenah nak update blog memalam buta ni.. skang da pukul 12.33am pon.. dah pagi..

skang tengah baring rehat2 badan sementara tunggu kek masak.. ada lagi 1 loyang belum masuk.. kang da masuk kene tunggu masak, kene tunggu sejuk pulak.. 

malam ni bakar 3 jenis kek.. sepatutnya 4 tapi tak sempatlah.. sambung sok2 la.. macam ni la oven kecik, tak boleh masuk sekali harung.. kalo dapat oven yg industri berat haxabedah tu best tu.. sekali zrappp setel 8loyang.. pergh.. mcam oven mak mertua.. cool je bila die buat tart nenas bertray-tray.. tp yg tak best kalo rentung, rentung semua lepastu bebel tart nenas die keras.. ekkeke.. omel kan? hihihi

jadi, meh pasang angan2 nak beli oven pulak... dah dah.. die dah mula lagi.. hahhaha.. mixer tak beli lagi, mesin jait pon ntah kemana.. ni nak oven pulak..

cakap pasal mixer kan, siang tadi terajin la nak kol cust. service pensonic tu, nak tanya pasal nak beli extra bowl.. sbb mixer tu motor die ok lagi, cuma bowl je pecah.. lepastu budak tu cakap ada, kene walk-in kedai die kat PJ tu, depan bangunan Amway.. saja la tanya harga, sekali budak tu cakap rm12++ jer!!! rm12 jerrr!! mendengarkah itu kawanku? 

gila.. seb baik aku tak beli kat kedai cina yang cakap die boleh tolong order rm80.. gila markup.. aku boleh dapat 6biji bowl baru ok! aku cerita kat budak tu, terkejut die.. hahha.. fuh naseb baik mendengar kata suami, soh kol dulu

jadi saya jimat ratus/ribu la sbb tak beli mixer baru.. so good bye kenwood, cornell, berjaya dan lain2.. hahaha.. ai is tak sabar, tp kene pegi sabtu minggu depan sbb dorang ada sale hujung taun 5-7hb 12.. ah, can't wait!!! jom serbu!

Rabu, November 19, 2014

Ticak!

Assalammualaikum..

Harini tak bizi, biasa la hujung2 tahun ni boss bercuti.. Yahoooo... jadi pagi2 ni gugel la perkara-perkara berfaedah seperti kenapa donut serap minyak? kenapa donut berminyak? dan juga anak lambat bercakap. hahahha

Seperti biasa la gugel ni kenkadang membantu, kenkadang buat lagi risau ada.. hahha.. ada blog NI tulis :-

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.
Niyaz dah nak masuk 24 bulan tau.. tapi perkataan tak sampai 5 pon.. selebihnya bahasa german die.. (atuk mak kata bahasa eskimo).. hikkss.. die macam ni "olego odego oligo origo otiko otiko otigo".. Tapi die paham la kalo berak nak basuh tontot, soh pegi bilik air, die pergi berdiri.. kadang2 die tunjuk pintu bilik air, kalo tontot die dah geli, die tarik tangan kita cepat2 soh basuh.. ekekke.. kalo nak susu, die berdiri n tunjuk dekat tin susu ngan botol die.. kalo nak tido die soh baring.. tapi tu la, "uh uh" sambil tunjuk.. camtu je la.. takde la nak sebut "tido" "susu" "makan" ke apa ke..
Padahal macam2 dah ajar, nak tau tak perkataan pertama niyaz apa? TICAK! iaitu CICAK!.. muahahahha... aritu balik umah, masuk je pintu die nampak CICAK kat langsir, lepastu die hentak kaki kanan die die sebut TICAK! dengan gembiranya.. hahahha.. Itu lah perkataan pertama yang die sebut dan die paham.. kalo biasa BABABA tu bukan BABAH tapi saja buat bunyi, so die tak paham lagi.. grrrrrrr
Jadi kene sabar je la eh? ke perlu risau sekali? huhuhu
Gugel lagi, jumpa BLOG ni... bila baca rasa macam lega la jugak... lebih kepada nak tenangkan hati.. ececece
Ni aku kopipes je..
Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Artikel ni panjang, kalo nak boleh baca sendiri yer, klik link tu.

Tapi banyak2 perkataan kenapa TICAK Niyaz? why why? hahhaha

Isnin, November 17, 2014

Slow baking


Assalammualaikum...

ok la.. cerita sedih.. sob sob.. aku dah kena kurangkan baking skang ni.. kalo dulu seminggu 5 kek sekarang mungkin sebulan 2 biji kek je.. dan jangan nak peramah tamah pergi upload gambo kek lagi.. kang orang meliur lepas tu tak sampai ati nak amik order.. kekekeke


Ni bukan apa, pasal aritu dalam kereta masa on the way amik Niyaz la.. borak2 ngan Mr.President pasal budak2 zaman sekarang, lepastu ada la contoh anak kawan die dibesarkan memang penuh nilai2 islam sangat.. bertudung labuh, masa senggang mengaji hafal quran, tak banyak cakap, suka belajar, paling penting mendengar kata ibubapa die.. ko imagine eh, jarang ada budak-budak zaman skang umur 15tahun pompuan pulak tu, nak keluar berjalan ngan ibu bapa, ngan adik2 kecik kecuali dibesarkan ngan penuh keislaman di dada gitu...

So aku tanya la Mr.President, macamana eh nak didik anak macam tu?.. rapat anak beranak walaupon si bapa kuat mengusik sampai tarap menangis, tp budak tu cool jer.. kalo aku memang aku melenting ku cakap ko.. hehehe.. Pastu Mr.President jawab la, die kan ikut contoh orang sekeliling die.. Lepastu aku balas "Jadi Niyaz akan ikut opah, makusu, ayah der, ayah yop la" sebab itu yang die selalu ada..

Perbualan menjadi panas bila die balas "kita pon tak buat, macamana nak jadi contoh".. eh, aku balas "tapi kan Niyaz banyak masa kat sana, kat sini hujung minggu jer, tak kesan pon".. lawan suami neh.. hehehe.. Lepastu mula la kata-kata keramat "dah sibuk baking la ngan Niyaz takde masa. kata kesian nak tunjuk contoh bla bla bla"... Aku balas lagi "Ala, kurang2 dapat la side income.."

Dengan lembut Mr.President balas "kene la berkorban, anak ngan biz mana penting?"

hmmm.. hmmm.. tak puas ati nih.. tetiba mulut gatal sebut "kalo camtu biar je la ayu jadi surirumah, boleh biz kek ngan jaga anak sekali, kan? kan? *impian jangan lupa selit sekali.. ekekkee

Mr.President tak balas, sebabnya papapun mesti pusing balik kat die.. ayoooo.. die dah marah.. ekekeke

Rabu, November 12, 2014

Out of Stock la pulekk

Assalammualaikum..

Semalam kan dah kata ada sale kat LAZADA satu hari jer.. kecewa la.. barang yang sale tu ape jer.. barang biasa2 jer.. macam shake n take tu rm39++ kot.. biasakan rm55-60.. lepas tu baju starting rm18.90.. n apa2 ntah lagi..

Mesin jait yang aku nak jenama GLOBAL tu takde dah.. tak tau lah dah discontinue kot.. die ada la kembar die.. kembar tu maksud die sama tapi jenama lain.. jenama XMA ngan OMI.. macam sama je.. tapi semua pon da out of stock.. hoih... ni semua pakat2 beli mesin jait mini ke apa ni? 

Cepat la re-stock sementara Mr.President bagi kebernaran ni.. kang die tak bagi kang acaner... eh, bukan die soh beli mixer dulu ke? kan? hahahhaha.. A'ah la die soh beli mixer lepastu baru mesin jait... ok la.. nak survey mixer dulu.. lepastu pening lepastu konpius lepastu tak jadi beli lagi? kan? dah tau dah perangai ko ni ayu.. sama je... lepastu cerita pasal mesin jait balik.. tau dah perangai ni..

Selasa, November 11, 2014

Macam tu express?

Assalammualaikum..

Ni nak cerita.. (amboi kak nam sangat!) hahha..

Semalam aku dikejutkan dengan gambar nasi ayam seorang rakan kat FB.. Nasi ayam tu biasa je lah, yang luar biasanya die masak pagi2 untuk bekal tengahari die.. weh kagum weh.  terlagi kagum sebab die kata dah 4bulan bawak bekal.. apa??? *tamparan hebat kat muka sendiri..

Padahal die anak dah 2 tu.. yang aku ni Niyaz sorang je.. Sorang jer??? jaga die macam jaga 5 orang ok.. hahhaha.. Babah die pon surrender jaga die.. ni tangan ni dah 2 hari sakit sebab pangku die tido dalam kereta.. macam ada bengkak je ni.. Semalam ngadu kat babah, "abang, tengok ni pangku Niyaz tido, abdomen ayu dah sakit dah".. Pahtu babah balas "situ bukan abdomen, abdomen lain"... hahhaha.. pon bolehhhhh

eh, sambung tadi.. haaa, aku bangun pagi nak selet roti ngan jem pon makan masa 30minit.. ni lagi nak masak nasi ayam.. mana Niyaz nak berdukung lagi, nak teman tengok TV lagi.. nak bukak mainan itu ini, ngok ngek ngok ngek.. tengok jam da pukul 7.30pg.. owh, da lambat nak g keja... *ini semua alasan je ni.. hehhe

Lepastu malam pulak member ni upload gambo 4 jenis lauk dengan caption, 

:: express menu, mata ngantuk... Selamat malam... ::

Perghhhh.. macam tu express? terkagum lagi sekali.. *tamparan hebat lagi sekali..

Meh sini aku bgtau mu kawan, express ni macam aku.. Balik kerja amik anak kat umah mak, pakej makan sekali.. itu baru express.. mengertikah kau itu?.. hahahha... aku kalo balik umah mmg tak sempat nak masak... naseb la Mr.President mmg bukan jenis yang makan malam.. aku pon (sebab jaga badan, tp badan macam tu jugak)... 

Jadi aku rasa kalo aku anak 2-3 nanti kitaran hidup aku pon berlangsung macam tu jugak.. melainkan aku jadi suri rumah..


Persoalannya sekarang... Mr.President.. bila saya bleh jadi suri rumah??.. hahhahhaa

Tapi memang kagum la semangat macam tu.. SubhanAllah... hebat kawan aku ni.. To kak pah... I salute yuuuuuuuuu... teruskan usahamu itu ok.. biar aku terinspirasi dengan semangat kau.. mudah-mudahan aku terikut2.. 

Isnin, November 10, 2014

Anda baca blog saya kah?

Assalammualaikum..

Hari ni je dah approve kan beberapa orang yang request nak follow kat IG .. Maksudnya?.. maksudnya ramai lagi la yang tahu dan akan tahu aku ada blog... Jadi aku yakin sekali, (wahhh) yang mana tahu aku ada blog ni mesti lah dikalangan followers IG sbb kat situ je aku letak link.. ehehehe.. Aku sebenarnya buat blog ni sebab aku nak menceceh je.. tak bajet pon ada orang nak baca ke apa ke.. (dah tau tak bagi orang baca tapi promot kat IG dah kenapa?).. hahaha

so hai! *sambil lambai-lambai.. anda baca blog ni? yes anda la.. Jangan nak senyum-senyum eh.. ekekkek.. korang baca je jangan hadam sangat eh.. sebab kat dalam ni cerita pasal diri sendiri dan family.. kalo korang rasa tak suka jangan teruskan bacaan.. kalo sakit hati klik X kat hujung atas kanan tu.. kalo menyampah, buat2 tak nampak aku ada blog eh.. ehhhe

Aku nak pesan awal2 ni.. korang yang masuk zon aku.. Jadi, aku taknak la korang rasa nyampah, 'eh, die ni asik cerita anak die jer, best ke Niyaz tu kan?'.. "ye la, anak kau je la yang terpaling pandai bla bla bla'... (contoh la).. tehehehe.. so kalau ada rasa2 mcam tu jangan teruskan bacaan eh.. Aku warning nih!

pehtu kalo rasa nak cari bahan bacaan berkualiti, bukan kat sini eh.. aku menaip pon dengan ayat berterabur, ejaan salah (memang sengaja kadang-kadang), hehhe.. Kat sini sampah semata-mata.. sume pon cerita pasal aku aku jer.. kalo korang rasa life aku tak best, aku tak kisah pon.. sebab tak semua cerita detail pasal aku aku nak taja kat sini.. yang best2 aku tunjuk kat family members je.. barulah ada privacy.. gitu..

so, selamat membaca!






Jumaat, November 07, 2014

Nak beli mesin jahit (pulak)

Assalammualaikum..

Aku ni kan, ada 1 je masalahnya iaitu tak FOKUS.. kejap nak buat itu, buat ini.. Lepastu semua pon tercicir.. betul lah tu, peribahasa "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".. peribahasa tu memang dicipta untuk aku lah tu...hahhaha

Skang ni bercita2 nak belajar menjahit pulak.. eh bukan, dari dulu lagi nak belajar jait, tapi setakat macam tu je la.. itu pon sebab terpengaruh ngan felt craft (dedulu masa felt craft tgah IN).. Kendian buat jahit manik pulak.. lepas tu sibuk kawen segala sampai skang sibuk biz kek pulak.. bila mcam dah bosan buat kek hari-hari (ape ko ingat tak jemu? jemu ok!).. saja la nak beralih angin..

Mr.President pon dari dulu memang cadang nak beli, tapi tak beli-beli.. die tu sebab kadang2 nak jait kaki seluar la, jait sampin la, bengkung silat la.. die siap beli benda jahit yang macam stepler tu.. RM15 kot.. da jahanam dah pon.. benda tu tuk benda2 kecik boleh la.. hahha.. terus patah bila die cuba-cuba nak jait seluar kot?

Kendian sekarang aku suka pakai skirt berbanding seluar.. Kalo aku beli skirt kat 1 kedai ni aku borong semua kaler.. ada jugak kaler yang takde bila datang balik, da habes dan takkan restok.. frust giler.. jadi ada 1 skirt ni memang kesayangan sgt.. aku cakap ni kalau koyak ke cemana ni.. terus bentang kain tu kat lantai, godek2 eh, rupanya senanggggggggggggggg gilaa je jait skirt ni.. gunting kain bentuk V 6 keping, cantumkan buh getah dan jait bawah kaki.. giler senang.. kat luar jual RM40-RM60 sepasang.. mahal kan?

Selain tu aku suka pakai shawl.. kau tau la shawl kat luar ni mahal,cantik tapi pendek (aku kan ustazah, ustazah kene pakai labuh-labuh).. hehehe.. Ada yang wide tapi RM50++ tak masuk pos lagi tu.. dah takkan nak beli selai je kan?.. jadi aku beli Glitter Wide Shawl memang lebar siap boleh buat alas meja tau.. hihihi.. RM10 je.. tapi itulah, dah nama murah, die cepat retas.. dah la Niyaz jenis bergayut kat tudung.. abes la yang terpin tu koyak.. grrrrr

Pahtu datang la idea kalo beli mesin jait ni boleh la buat shawl ngan skirt sendiri.. Jimat dop? Bukan nak buat jual pon.. tapi tuk pakai sendiri jer.. dah bagi cadangan kat Mr.President dah.. die setuju.. Jadi aku nak tunggu 11hb ni kat Lazada.. die ada buat sale SATU HARI je.. mintak2 la mesin jait mini tu murah.. Die ada yang RM55 paling murah la, tapi taknak amik yang tu.. nak amik yang cam gambar bawah ni.. sebab semalam aku google review blog kebanyakkan kata yang model ni best..

Global.. tunggu ai yer.. Muahhh
Kemain.. nak beli mesin jait bagai.. Mixer tak bebeli lagi.. hahahha... 

Rabu, November 05, 2014

Bizi keje opis dan kucing Niyaz

Assalammualaikum..

Alamak, sejak sehari dua ni bizi sket la keje kat opis lambak2.. (baru ni pon je la hahaha).. Nak update kek dekat FB pon tak sempat ni.. bukan tak sempat apa, tak sempat nak edit je la.. hehehhee

Sejak manager nak berenti ni kelam-kabut sket la. nak interview org baru la apa la.. lepastu ada company baru (kira anak company la).. staff2 die pon keje kat sini jugak.. termasuk ni ada 4 jenis company ada dalam satu bumbung.. laga-laga vontot segala.. Biasalah company melayu cam gini la, kalo boleh cut cost selagi tu laaaaaaaaaaaaaaaaa.. 

Kat offer letter job description lain, tapi yang kene buat keje, keje lain.. kadang2 takde kene mengena.. Ni kalo report kat tenaga buruh boleh kene saman ni.. eeeeeeeee... bila la aku dapat berhenti kerja ni.. sakit jiwa tau tak!!

Dah la.. kita cita pasal lain lah..

Sekarang waktu rehat so boleh la luah perasaan kat sini.. Baru lepas tepon Umi tanya budak debob.. Die skang tengah obses ngan Kucing yang pasar malam tu.. yang harga RM 10 tu.. dia kan ada macam2 kaler putih, oren, kelabu ngan hitam.. 

Deduluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, jap attach gambo jap.. gambo kat bawah ni.. die baru belajar duduk.. Usia 7 bulan baru.. Rambut tu dari lahir cukur tak tumbuh2.. hahahah... Eh, nak cita pasal kucing tadi kan? hahah.. tu ada badan kucing kaler oren tu kat tangan kiri die tu.. (kucing ni pemalu sebab tu tak tunjuk muka)... Opah beli kot.. tapi masa ni die takut ngan kucing tu. tak pasti la sebab kaler ataupon mata die lampu berkelip-kelip.. Kalo kucing tu datang dekat die campak baling sekuat hati.. tengok la tangan die masa tu macamana.. hahahha.. Tak sampai sebulan sebab kena campak je, maka arwah la kucing tu.. beliau mengalami kepatahan tengkuk yang kritikal.. otot2 wayar badan pon berkecai.. kalo goncang dengar bunyi2.. Sian.. kematian yang maha dasyat.. eekekke

EEEEEEEEEEE geramnya die masa ni.. geget vontot kang!!!
Jadi masa balik Muar baru2 ni.. kitorang jalan2 malam2 masa orang sibuk ngan bola JDT lwan Pahang tu.. best woooo jalan lengang je.. parking pon banyak.. pergi la jalan2 kat downtown tu.. sekali nampak ada orang jual mainan, kitorang berhenti kat situ.. Niyaz nampak kucing ni.. die amik peluk2 cium2.. sayang la sangat.. tak nak lepas.. kene la beli dah dia suka sgt..

Masuk kerete terkekeh2 gelak sebab suka sgt.. sampai umah mainnnnnn je sampai abeh bateri kawan tu..Esok dah kene beli bateri baru.. dah satu hal pulak nak kene stanby bateri.. kucing ni pon sampai 3nyawa die.. kemainnn..

Umi kata die suka sayang sangat ngan kucing ni.. kalo tido tak lepas pegang kucing.. kucing tu hidup pulak tu mengiaw-giaw.. bila Niyaz da lelap, umi saja la off, terus terbukak mata die.. bila on balik baru tido pejam mata.. lena sampai sekarang.. hahahah.. pulak tu sebelum tido kene tengok cerita pasal kucing dulu.. amik mood barangkali.. ekekkee.. Kang kalo da bangun tido, mesti carik kucing dulu.. lepastu bila kucing gerak jalan2 tu, die usap-usap.. dah macam bela kucing betul pulak dah.. Nyesal pulak beli satu je.. buatnye rosak tak pepasal..