Assalammualaikum..
Harini tak bizi, biasa la hujung2 tahun ni boss bercuti.. Yahoooo... jadi pagi2 ni gugel la perkara-perkara berfaedah seperti kenapa donut serap minyak? kenapa donut berminyak? dan juga anak lambat bercakap. hahahha
Seperti biasa la gugel ni kenkadang membantu, kenkadang buat lagi risau ada.. hahha.. ada blog NI tulis :-
1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yang mudah.
Niyaz dah nak masuk 24 bulan tau.. tapi perkataan tak sampai 5 pon.. selebihnya bahasa german die.. (atuk mak kata bahasa eskimo).. hikkss.. die macam ni "olego odego oligo origo otiko otiko otigo".. Tapi die paham la kalo berak nak basuh tontot, soh pegi bilik air, die pergi berdiri.. kadang2 die tunjuk pintu bilik air, kalo tontot die dah geli, die tarik tangan kita cepat2 soh basuh.. ekekke.. kalo nak susu, die berdiri n tunjuk dekat tin susu ngan botol die.. kalo nak tido die soh baring.. tapi tu la, "uh uh" sambil tunjuk.. camtu je la.. takde la nak sebut "tido" "susu" "makan" ke apa ke..
Padahal macam2 dah ajar, nak tau tak perkataan pertama niyaz apa? TICAK! iaitu CICAK!.. muahahahha... aritu balik umah, masuk je pintu die nampak CICAK kat langsir, lepastu die hentak kaki kanan die die sebut TICAK! dengan gembiranya.. hahahha.. Itu lah perkataan pertama yang die sebut dan die paham.. kalo biasa BABABA tu bukan BABAH tapi saja buat bunyi, so die tak paham lagi.. grrrrrrr
Jadi kene sabar je la eh? ke perlu risau sekali? huhuhu
Gugel lagi, jumpa BLOG ni... bila baca rasa macam lega la jugak... lebih kepada nak tenangkan hati.. ececece
Ni aku kopipes je..
Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:
“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Artikel ni panjang, kalo nak boleh baca sendiri yer, klik link tu.
Tapi banyak2 perkataan kenapa TICAK Niyaz? why why? hahhaha
Tapi banyak2 perkataan kenapa TICAK Niyaz? why why? hahhaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan