Nuff is not Enuff

Jumaat, Februari 13, 2015

Meh selesaikan soalan ni!!

Assalammualaikum..

Aku suka betul kalo bab-bab menyelesaikan benda2 puzzle macam soalan matematik, IQ test yang melibatkan nombor.. Kalo nampak kat newsfeed, laju je aku nak selesaikan.. Macam semalam aku nampak ada orang share soalan KBAT.. Kemahiran Berfikir Aras Tertinggi katanya.. Ini soalan utk budak sekolah tu eh? gila la bebudak kene jawab soalan macam ni.. aduhaiii.. Ngeri bila pikir, nanti zaman Niyaz macamana la agaknya.. huissshhh

Jadi, ini lah soalannya..


Mari kita selesaikan, ayuh!

1)  Wan sedang pikir no 00000, dan no itu berada diantara 50000-80000.. so bermaksud 50000-60000-70000-80000.

2)   Digit nilai tenpat puluh ribu, adalah dua kali tempat sa.. Ini bermaksud tempat puluh ribu adalah genap sebab boleh bahagi 2.. jadi ia adalah la bermula samaada 60000 atau 80000. 50000 dan 70000 tak boleh, sebab kalo bahagi 2 die akan dapat nilai perpuluhan kat sa.. paham tak? hehhe..

maka 6 bahagi 2 akan dapat 3.. = 60003
dan 8 bahagi 2 akan dapat 4 = 80004

3)   Nilai 8 berada pada tempat ribu.. iaitu samada 68003 atau 88004.

4)   Beza antaran digit pada nilai tempat ratus dan puluh adalah 3, dimana digit pada tempat puluh adalah lebih kecil daripada tempat ratus.

    kita listkan no yang bila kita tolak akan dapat nilai 3.. dari nilai besar ke kecil

9(besar) - 6(kecil) = 3 (beza)
8(besar) - 5(kecil) = 3 (beza)
7(besar) - 4(kecil) = 3 (beza)
6(besar) - 3(kecil) = 3 (beza)
5(besar) - 2(kecil) = 3 (beza)
4(besar) - 1(kecil) = 3 (beza)
3(besar) - 0(kecil) = 3 (beza)

Ini bermaksud no yang wan fikir adalah diantara nombor-nombor berikut..

68963, 68853, 68743, 68633, 68523, 68413, 68303

atau

88964, 88854, 88744, 88634, 88524, 88414, 88304

5)   Semua digit bila ditambah berjumlah 22

Jadi, marilah tambah.. aku amik jumlah rawak je.. malas nak kira semua..

contoh 68303

6+8+3+0+3 = 20

up lagi amik nombor 68413

6+8+4+1+3 = 22

ting!! dah dapat.. ngeeee

no lain2 tak mungkin la sebab kalao tambah dah terlebih jumlah die..

contoh 88854

8+8+8+5+4 = 33.. so semua nombor dalam lapan puluh ribu tak boleh guna, sbb dah terlebih jumlah die..

best tak? best kan?? hihi.. ni yang rasa nak google semua soalan KBAT ni.. ngeeeee

Tiada ulasan: