Nuff is not Enuff

Rabu, Mac 18, 2015

Nak makan karipap

Assalammualaikum..

Aku arini teringin sangat makan karipap.. Tadi lalu kedai bawah tu, naseb tutup.. Eloklah die tutup pon sbb bukannya ada jual karipap.. Dah lah aku baru terkena ari isnin ritu..

Aku amik bihun kosong ngan sotong sambal sejemput jer die caj rm4.50!!!! Biadap gila!!! Pastu aku cakap 'mahalnya??', die boleh kata 'bihun rm1.50 sotong rm3'.. Aku cakap lagi 'amik sikit macam ni rm3?????'.. Eeee hangen jer aku rasa..

Baik aku kaut semua sotong je macam tu.. Naik opis aku merungut2 kat yati.. Die teka patutnya rege tu rm2.50 jer.. Terus takde mood nak makan.. Hishhhhh.. Dah la muka eksyen gila, berlagak la ko eh?? Org kalo dah komplen tu bg la murah ke apa, ni buat selambaaaaaaaa jer..eeee, sakit ati tau tak????

Ok, sambung cite karipap tadi.. Aku singgah la foodcourt beli karipap kat kedai no.3 sebiji ngan nasi lemak.. Lepastu singgah kedai no.2 nampak karipap panas2 beli 2 (rm1)..

Pahtu aku naik opis la.. Bila makan yg kedai no.2 tu masam intinya..dua2 inti masam.. Masa nak minum air, tersedar botol air tinggal kat foodcourt.. Turun la balik.. Sebab nak makan karipap sangat, aku singgah kedai no.4 pulak.. Karipap pusing garing.. Aku malas beli kat sini sbb kadang inti masam, kadang ok.. Itu yg malas tu.. Tp sebab nak jugak, beli la karipap sardin 2biji (0.80sen)..

Naik opis makan, masam jugak!!!! Eeeee... Aku pelik la, lidah aku ke masam, tekak aku ke.. Atau mmg inti masam je memasing.. Terpaksa la buang, kang sakit perut tak memasal jer..

Teringat masih ada lagi karipap sebiji yg aku beli ngan nasi lemak tadi.. Makan la sambil berharap inti tak masam.. Anehnya, mmg tak masam.. Ok je walaupon takde la sedap sangat, tapi boleh laaaaaa...

Biadap la kedai no.2 (melayu) ngan no.4(mamak).. Meniaga nak untung jer.. Lagi2 kedai melayu tu, dah lah mahal 20sen tak sedap pulak tu.. Mana lah nak maju meniaga macam tu?? Kedai no.3 kedai indonesia.. Kalo time lunch mmg kedai die yg penuh dulu.. See, tengok org asing meniaga???

Haishhhh, balik ni rasa semangat nak buat karipap.. Inti sardin.. Harap la aku tak melepek tido awal macam selalu.. Kiki

Tiada ulasan: