Nuff is not Enuff

Khamis, Ogos 20, 2015

Masalahnya nak air apa??


Assalammualaikum...

Malam kelmarin, babah mintak buatkan air milo panas.. Niyaz pon bile nampak babah punya air milo, die pon nak juga.. cakap nak "Ayer, Ayer"..

Yang aku pon ingat die nak botol straw die tu, buh la air masak dalam tu.. ehhh, taknak pulak..

oh, mungkin die nak dalam cawan, so amik la cawan plastik biru die tu.. tanya, nak cawan? Die angguk

Aku tuang la air masak dalam tu, dah menanges meraung-raung.. dah kenapa pulak?

ingat nak tuang sendiri, pon bukan jugak...

Lepastu berguling2 kat depan tv... menanges meraung2.. ngko dah kenapa?

Babah pun pening, tetiba nak menanges...

Nak air milo macam babah ke? eh, bukan jugak..

Bukak petiais tunjuk air sejuk, air susu, air kotak semua pon bukan

Tunjuk QasehGold pun bukan...

Semua pon bukan... 

Bila soh pegang cawan, die buat2 minum air.. (memang haus sangat la tu)...tapi masalahnya nak air apa??

tuang lagi air masak, pon meraung2... pujuk2 taknak

Tetiba, aku ternampak peket teh cameronhighland.. ok, last ikhtiar ni.. 

Celup sikit dalam air panas, buat suam2 tunjuk kat die, nak air teh? air ni? (tak tambah gula, asalkan ada kaler jer).. keke

Lepastu baru angguk2 macam burung belatuk, bawak cawan kat depan TV duduk dengan babah yang tengah minum air milo!!

phewwwwww... Cakap la nak AIR TEH anak oiiiii!!!!

Lain kali bercakap!! *mami tarik rambut...

Hahaha

2 ulasan:

Misz Lovalino Azifa berkata...

Assalamualikum mummy niyaz....

AiUDayu berkata...

hai Misz Lavalino Azifa.. gigih awak komen.. masih aktif blog ker? akak ni pon baru tengok2 jer.. hahahha