Nuff is not Enuff

Sabtu, September 17, 2016

Masak?? Pikir Semula...

Assalammualaikum..

Aku skang kan tak boleh masak benda minyak2 sbb Inara kan kena campak, jadinya kol adik bongsu mintak simpati, supaya dapat anta makanan.. Haha

Tapi die kata mmg ontheway nak antar.. Mmg umi dah masak lebih sesiap. Awwww.. Rasa dimanjai.. Phui

Ahhaha .. Bukan pasal malas, tp aku bukan pandai masak pon sbenarnya 😭😭😭

Huhu.. Kalo baking inshaAllah, tengok resepi sekali imbas, tengok teknik kat youtube, dah boleh buat. Cakap je nak buat apa, inshaAllah boleh.

Tapi kalo masakkkk lauk paukk, kesian sangat.. Da print resepi, beli buku masak, gugel, baca blog. kadang lagi sedih, ikut bulat2 resepi belakang peket rempah, kedaung jugak rasa die.. Grrrr

Paling aku fail, tp paling suka makan, ialah sambal tumis. Padahal duk tanya n belajar ngam umi dah beribu kali, tetap fail. Baca blog, hadam satu2 gagal jugak. Tak sama cam yg kita bayangkan.. Grrrrrrr..

Ada resepi sambal kena bawang lebih, tp aku tak pandai bajet, bau bawang pulak.. Pahtu tak reti garingkan bawang. Mesti die bau macam mentah. Fail.Kalo dah api kecik tak kacau, mesti hangus dan hangit. Fail lagi. Lepastu nak ejas masam, tak pandai bajet asam jawa, fail. Kang tambah gula, terlebih manis. Fail. Kang tambah garam termasin . fail.. Bila dah gaul2 semua campur tak balance tambah gula lagi, garam lagi, asam lagi, air lagi minyak lagi.. Hazabedah gilerrrr rasa die makin aku oter. Sudahnya ke singki. Goodbye my fren.. Haha.. Frustt gilerrrr..

Ikan 3 rasa? Paprik? Rendang? Kari? Usah harap la.. Hahahaha.. Tu buku chef hanieliza 1 hari 1 resepi, harammmm menjadi satu pon. Padahal resepi ringkas je.. Tgok blogger masakan lain ok je menjadi..

Tu yg buat frust dan malas giler nak masak. Sbb mmg tak sedap. 🙄

Ingat dulu masa jadi tunangan Babah, mak mertua dtg pastu lepak rumah adik ipar .. Masa tu mak masak makanan tengahari. Die nak buat asam pedas.

Aku ilek jer main ngan alip kat depan, tp babah suh g dapor belajar masak asam pedas. Aku tak berapa suka sangat asam pedas, tp sebab die suka gilerrrr belajar la jugak.. Haha

Pergi dapor, luah perasaan

'Mak, ayu sebenarnya tak pandai masak'

Bahahaha.. Jujur gilerrr.. Depan bakal mak mertua, ko mampu?? Kahkah

Tp mak ok je.. Mak kata, tak pandai meh belajar.. Maka aku pon tgok la cara2 pembuatan pes asam pedas, tumbuk apa eh? Kunyit kot? Tumbuk tumbuk sambil garingkan cili dalam periuk, tumis2 masuk air asam jawa kacau-kacau.. So lepas tgok tu aku pergi la hidang pinggan, pahtu jemput semua makan.

Dah makan, lepak jap, balik umah.

So setakat itu je la pembelajaran. Ko rasa aku belajar ke tak? Hahahaha

Bile dah kawen, nak masak asam pedas tuk babah sorg je, aku beli pes adabi tu je.. 🙈🙈.. Pecah rahsia.. Hahah.. Jangan beli wei, tak sedap!! Dah la aku masak guna ikan pari hancing, terus muntah. (Masa ni pregnant kan Niyaz).. Jadi sampai nak masuk 5tahun kawen ni, tu je sekali aku masak asam pedas. Kalo nak sangat balik muar makan puas2. Hari hari mak masak asam pedas.. Kiki

Tu tadi tgah lapa2 ni nampak memember FB tayang makanan yg dorg masak, aduhai.. Jelesnya.. Pandainya lahai masak.. Ai is sad.. 😥😥.. Macamana nati Niyaz nak cakap yg makanan mami yang tersedap didonia kalo tak pandai masak?? 😥😥

Dulu masa kerja, ada la alasan, jarang masak, thats y tak sedap, sbb bukan hari2 prektis. Tp ni da suri rumah apee cer???

Tiada ulasan: