Nuff is not Enuff

Khamis, Mac 16, 2017

Penghianat dalam grup sendiri

Assalammualaikum.

Haha.. Ape2 aku gelak dulu. Bukan apa, perangai orang ni macam2 ragam kan? Padahal depan bukan main baik macam kawan. Tapi belakang macam musibat.

Aku tak pernah sangka la aku akan kena camni sebabnya semua orang pun aku layan baik je. Kecuali kalau kau sombong tak bertempat memang tak lah.

Ok la.. Ni nak cerita pasal agen. Sebenarnya taknak cerita, nampak macam tak profesional pulak. Tapi takpe kot citer kat sini, kan blog personal aku? Sebagai tanda ingatan dan buat aku berhati2 lepasni.

Citer ni pasal balik muar aritu, adelah sorg agen aku si A ni katanya nak order produk. Aku kan kat muar, tengah pikir2 cemana nak arrange, tetiba die bgtau dah deal dengan sorang lagi agen aku si S. Aku pun bersangka baik la.. Ala, cam aku la kalo tak cukup stok aku deal je ngan adik beradik agen aku yg lain.

Tetiba bila aku da sampai KL satu malam tu si S ni call. Die marah-marah aku, katanya aku ni tak pandai jaga agen. Biar je sesiapa datang dan jumpa agen sendiri. Kau tak takut agen kau kena sailang lagi ke? (Oh, aku ade sorg agen kena sailang, tp takpe tak kisah pun yg ni.. Haha)

Ok sambung..

Aku macam "eh? Siapa pulak yg jumpa kau?". Bukan ke kau kata si A datang nak tukar produk? Takkan lah.........

Pastu S kata "haaaa, kau rasa?".. Pastu si S kata die tak sedap hati masa nak jumpa si A ni, die dapat rasa sesuatu. (Die ni pandai baca2 orang). Rupanya betul. Datang umah memalam, nak tarik si S ni join grup die. Nak jadi stokis la katakannn.. Sales rm5-6k bila stok tak jalan pun dah meleseh2, ade hati nak naik stokis.. 😂

Tapi cita cita tu bagus lah. Cumanya nak tarik agen orang lain tu perangai busuk la beb. Agak bijak la cari yg agen sales lebat, tapi tak berapa bijak sebab die pikir semua orang cam die mata duitan. Haha.. Ade yg lebih berharga dari tu ya. Iaitu erti persahabatan.. Aku kenal S lagi lama dari aku kenal kau. Dan kami rapat bukan setakat produk ni je, tp suami memasing pun kawan.

Haku walaupun terkejut rasa nak mencarut semua ade, tp buat lek buat cool sbb aku pikir aku bawak nama grup je. Lepastu aku melayannnn je die lagi. Saja nak tengok drama apa.

Yang si S pun pandai la korek korek bg info.. Haha.. See, orang baik Allah tolong. Tak perlu la aku nak susah payah. Ade je yg bg info.. Haha

Kemain aku baca semua wassap die kat S. Kelakar nak mampos. Nak bg percent die kat orang.. Lawak apakah itu? Aku leader die ke kau leader die? 😂😂

Tak ada dalam grup leader nak kecik hati. Dah nama grup leader, kau bukan leader. Grup tu pun buat sebab ajk event lavender hall tempoh hari. Dah berkubur dah pun. Kau ingat kau create scene tu si S akan curiga kat aku la? Tolong la.. Tak kelakar tau?

Yg pasal pilih mummy leader yg baru pun nak jadi hal. Kecik hati sebab tak ajak bincang.. Bincang waklu, bukan aku ketua. Biarlah die nak pilih sapa pun. Grup die. Kau dah kenapa? Pastu kata tak telus. Sailang agen orang tu telus sangat kah?

And macam2 lagi la.. Rasa nak muntah tengok pembohongan segalanya ni. Aku tak kisah kalau kau setahun tak contribute sales. Kau nak duk dalam grup tu lama mana pun ok. Jenis aku mmg tak suka push org buat sales. Kau buat, kau dapat. Tapi sejenis pelik la, 3 bulan tak beli apa tetiba cakap stok lama tak laku. Ke restok ngan orang lain? Ade hati nak tukar stok botol lama, dengan nak beli sekotak produk baru gamba pengasas. Eleh, nak selfie lettew. Sori, tak layan. Haha

Nak layan orang bermuka, dengan aku jadi bermuka tapi sekejap je la.. Haha..

Walhal dah mendidih ni tp layan cam biasa.. Dalam grup semua da perli2 sebab semua dah tau. Hahha.. Aku mmg sengaja cerita kat org supaya berhati2 dengan spesis camni. Semua cam OMG, tak sangka!!!

Ade sekali tu aku rasa aku da fedap nak layan, aku bg bluetick je.. 2 kali die tanya aku buat keras. Esoknye tergempar, die left grup.. Ahahahaha.. Semua suka tepuk tangan.. Drama keling dah habes. hahaha.. Tapi kat wassap personal aku berjela die membebel. Well orang dah salah kan? Takut lettew org tau rahsia.. Padahal dah mmg tahu.. Saja nak tengok kebodohan.. Jap ..tepek sini.


Lawak gila.. Dah salah menuduh aku pulak tu.. ade ke menuduh bembukan.. Siap kata handle staff 50 org.. Kat si S cakap nak uji la apa la.. Hahahaha.. Lawak gila.. Oleh sbb die kata suh kopipes punca die left, aku pun tepek la tu kat grup. Cam biasa, mengundang la.. Semua kata, ape die merepek? Hahahah

Bab tuduh aku dengar cakap org tu kelakar.. Yg die pulak cakap tak selesa dengan mummy leader tu kenapa pulak? Pernah jumpa? Die pun sama gak dengar dari mulut2 org. Lepastu tuduh si D dan L gado.. Padahal org tu bff. Hahahaha.. Aku citer je semua kat mummy leader. Naseb die cool. Dah riki2 rerupanya memacam cerita dapat.. 😂😂. Naseblah.. Da ludah jangan telan balik tau.

Aku mmg rasa lega sangat sangat sbb tak payah nak mengadap die lagi. Lagi satu takpayah nak simpan penghianat. Dalam grup sendiri pulak tu.. Orang yg jahat, mesti Allah jauhkan. Alhamdulillah. Oh lagi satu.

Tadi mak ratu saja scroll frenlist kat FB, tengok mak si A die dah unfren. Lepastu si A pun da unfren. Mak ratu tanya kat grup. Ntah la, aku cakap tak tau sbb aku da unfolo. Masih fren tp unfolo je. Tetiba tergerak hati nak cek tadi.. Dah block sbb tak jumpa. Hahahahahaah.. Ade tersakit hati dengan apapa post ai kerrr?

Ke sakit hati ku dah temui pengganti lagi banyak? 😂😂.. Lanttak lah labu.. Bebila nak stalk leh je, sbb FB ai public yuuu.. Kalo terbaca ni, nak bgtau ai lagi 5% je nak naik stokis. Takpayah susah payah nak kumpul modal sampai 40k semata2. Hahaha.. Baju rm30 pun kata nak korek sana sini. Padan la apehal rasa sengkek sangat sampai baju tshirt tu pun nak kena korek... Oo rerupanya nak cukupkan lagi 2-3k nak naik stokis. So dah pos baju percuma haritu sebagai adiah, sikit pun tak cakap terimakasih atau dah sampai ke apa ke..? Hahaha.. Yerlah kan tak perlu terkorek sana sini rm30 😜😜.. Siannya...

Banyak lagi sebenarnya cite.. Takpe lah.. Ni pun dah cukup kot. Nati kalo jumpa next event jangan la lari lari.. Nampak sangat buat salah. Cam kat terengganu aritu? Ecececececce


Selasa, Mac 07, 2017

Asam Pedas kedua kalinya menjadi!!!

Assalammualaikummmm...

Alhamdulillahhh dan yeay!!! Akhirnya percubaan kedua buat asam pedas berjaya!!!

Kan da kata, die punya trick tu tang nak kena garingkan cili je.. Kalau da berjaya atasi step tu mmg terer laaaaa...

Clap clap tuk diri sendiri.. Clap tuk asam pedas je la.. Yg sambal tumis itu kendian kita pikir. Sebab itu adalah sejenis ngeri.. 😂😂

Ok lah.. Nak take note kat sini sebagai rujukan aku jer.. Dah pro jgn kondem. Kau nak kondem pun kisah pulak haku kan.. Blog aku, aku punya sukaaaaa laaaaaa.. Hahaha

Masa nak masak pastikan babah takde.. Supaya kau masak bertenang-tenang.. Tenang tak tenang la jugak sambil kuntau anak anak.. Tapi itu lagi bagus daripada kau susah hati laki kau ade, pastu menggelabah jadi ke idak masak ni, nak impresskan laki. (Padahal laki tak kisah pun).. Haha.. Kalo dapat laki kaki komplen dan kondem, masak time die takde supaya rasa nebes berkurangan. Ok?

Pastu tadi aku buat pes asam pedas tu on the spot nak masak. Bukan pakai cili yg da siap blender homemade tu. Saja kisar fresh fresh.. 😂😂 .. Amik 20 tangkai cili kering pastu rebus dan buang biji semua. Tunggu sejuk kisarkan ngan 3-4biji bawang merah, 3ulas bawang putih, belacan seinci ngan kunyit idup secoit.. 😂😂... Trrrr jgn letak air.. Letak minyak..

Pastu panaskan kuali, buh minyak banyakkkk sket.. Ni la petua die kalau nak cili garing yaaaa ayu! Jgn nak healthy sangat kalo nak sedap 😂.. Tunggu minyak panas pastu tuang semua cili.. Kacau bagi sebati.. Biar api kecik pastu tunggu sampai naik minyak.. Jangan kau salah masak lagi kang kau yg naik minyak 😂😂

Caranya ialah kaler merah tu tukar dari merah dara ke merah merun. Pastu minyak pun bertakung kat atas.. Bila da wongi naik bau semua masukkan air sikit pastu biar lagi sampai garing lagi.. Pastu baru la masukkan air asam jawa, bendi ke,  daun kesom ke, pastu biar didih. Lepastu masukkan ikan, garam dan rasa cukup masam tak? .. Kalo tak cukup, tambah la asam jawa pes tu.. Biar didih lagi.. Tutup periuk tu.. Api kecik je tau ayuuu.. Kau nak bukak api besar2 kau nak pi mana? 😂😂

Gula jgn mandai2 nak tambah walaupun laki kau suruh. Asam keping pun jangan.. Hahah.. (Laki aku ni suka menambah..) Pastu tak sedap.(sebab tu kena masak time die takde, ok?).. Serai tak payah. Jgn ikut resepi yg kau tak pernah buat, jintan ke, biji ketumbar ke. 😂😂.. Itu da pro, biarkan.. Kau ni baru masak asam pedas dua kali.. Biar pro dulu ok?

Hahah.. Bongok je cakap ngan diri sendiri.. Ok lah.. Masa da masak tu bau die sedappp mintak hampon. Aku pon cedok nasi, tp tak amik ikan.. Makan kuah je.. Konon nak rasa laaaa kuah die jer.. Aku tambah nasi 2kali.. Makan ngan kopok ikan jer.. Perghhhhh mehbeles wa cakap luuuuu

Tak sabar pulak tunggu babah balik.. Siap kol lagi tadi kol 3 tanya kat mana.. Die kata ontheway balik.. Hahaha.. Mesti die pelik apesal pulak nak kol tetiba.. Hahhaa

Setengah jam camtu die sampai umah.. Pastu cedok nasi dan bukak periuk cedok lauk sendiri.. (Aku tgah susukan inara).. Babah duduk makan diaaamm je..

Sesambil tu tanya die "sedap tak asam pedas tu? Jadi tak ayu masak?' sesambil tanya muka nyorok separuh dibalik meja..haha

Pastu babah senyum simpul..die cakap, "mintak resepi mak ker?".. Ceh ceh   itu tandanya apa? Muahahahahaha.. Tu tanda sedap la tuuuu.. Tambah dua kali..

Siap cicah roti kendian siap cakap "esok, bleh la buat lempeng'.

Kau rasa??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa 😂😂

Petang tu aku buat karipap, tapi karipap tu plain je tuk budak2. Tak pedas. Cakap ngan babah "ni kalo ade cili padi potong sedap ni". Pastu babah balas, "ade sambal tumis pun sedap." Cecepat aku sampuk, "tu ade asam pedas tu".. Hahaha

Babah gelak .. Die cakap "tak habes2 nak promot asam pedas dieeeeee"

Haruslah.. ai dah berjaya yeay, masak satu lauk kegemaran..

Esok die kata nak beli kacang hijau pulak.. Nak buat bubur.. Hamboi kemain eh task die skang... Dah lepas asam pedas, bubur pulak.. 😂😂

Btw yg langkah2 di atas tu tuk diri aku sendiri tau. Yg pro takyah nak ikut step ni .. Korang mesti lagi power masak.. Kasik chan plizzzz...

*pescili tu guna je semua sampai habes.. Tak perlu simpan sbb tadi kuah tak banyak tuk dua potong ikan .

#notadayu #untukdirisendiri