Nuff is not Enuff

Rabu, Julai 16, 2014

18 Ramadhan dah

Assalammualaikum..

Hmmm.. dah 18 hari kita berpuasa.. pejam celik pejam celik da nak raya dah.. Persiapan raya tak siap apa pon.. kekekke.. umah bukannya ada sesiapa nak datang, jadi tak perlu la nak berhias bagai.. *pemalas.. Lagipon taun ni raya kat Muar..

Kalau pasal baju pulak, just siapkan baju Niyaz jer.. meriah la die ada berlai-lai baju baru.. Cuma kasut je belum beli...Cadang nak beli kat JJ sbb situ nampak kasut cantik dan ada sale.. Hari tu da beli baju kat Dewan Dato' Ahmad Razali, ada The Store buat promosi up to 70% tau!!.. memang borong habis la baju kat situ..

Seperti taun lepas tak de tema pon.. Aritu jalan malam2 kat bandar muar, jumpa jual baju melayu budak.. tengok size yang ada untuk Niyaz ada 3 kaler je.. Coklat, Hijau terang, ngan Merun.. hahhaha.. Jadi amik merun la.. jadi itulah tema raya.. kekekke.. senang tak payah pikir dari awal.. hiksss.. Mr.President dah ada baju kaler Merun, so ulangpakai je la.. die kata taknak baju baru.. *jimat!!.. Tang aku pulak belum beli sepasang pon baju kurung.. kekekke..Nati la hujung2.. sbb kaler Merun tu macam susah nak sama.. kalo idak pon aku pakai je baju yang lama2.. kata dah kurus???

Cakap pasal kurus ni kan... Puas dah berdiet ni.. dari 77kg kan, da turun jadi 71kg tau!!! suka!! tapi tak tau la itu pasal air kurang dalam badan atau apa.. huhuh.. sebab bulan puasa kan kurang minum... Ade lagi 12 hari nak diet kaw2 ni.. nak buang angka 7 tu... Moga berjaya kepada diri sendiri..!!!

Tahun ni pulak aku diberi mandat tuk buat biskut raya.. sekali tuk 4 rumah.. ko mampu? buat sorang2 pulak tu.. kalo dulu berebut2 nak tolong.. siap bagi upah kat adik sorang RM5.. skang ni buat la sorg2.. Semalam buat biskut coklat cip, lepas tu Niyaz sebuk manjat meja.. die main la coklat cip tu.. Rupanya die nak tolong letak kat atas biskut.. alolololo... baiknya hati anak mummy ni nak nolong... bijak betul la die ni.. issshhh ni yang sayang ni.. walaupon rebeh biskut tu die buat sememeh lagi..tapi effort nak menolong tu terharu sungguh dibuatnya... Ntah2 die nak tolong supaya cepat siap kot so that mummy bleh main ngan die... *sob sob.. 

Setakat ni baru buat 3 jenis biskut.. Coklat Chip, Cornflakes Crunch ngan Samperit.. Cadang nak buat Bangkit Cheese sekali... kalo sempat la... kalo sempat lagi nak buat Untaian Kasih.. cewahhhh... Yang 3 ni pon baru siap tuk 1 umah.. ada belen 3 umah lagi.. Itu pon ada org nak beli.. *pitam

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam Mr.President balik Muar sekejap.. lepas tu mak kirim 2 jenis lauk.. aku pulak nasi da masak awal sbb budak Niyaz gebob tu kan tak puasa.. hahha.. Kendian aku masak daging black pepper pulak.. da jadi banyak lauk.. semua lauk pedas pulak tu.. tu pagi ni sakit perut memulas2...

Da tu jiran pulak bagi mee goreng basah.. semalam mmg diet aku ke laut laaa.. makan nasi, ada sambal petai.. rugi la tak makan nasi kan? daging black pepper da la sedap!! *puji lauk sendiri.. Lepas tu makan mee goreng jiran yang mmg sedap.. Laju2 g timbang tengok masih 71kg... *legaaaa... hahahha

Niyaz masa dapat mee goreng tu kan, aku letak atas meja.. pahtu aku kedapur, sekali tengok die da manjat kerusi, dengan mee goreng da terbukak dah.. hahha.. die main tepuk2.. agaknya nak makan tak reti amik guna tangan.. tengok meje bersepah dengan daun sup+bawang goreng.. Amboi, da siap asing tak nak sayur tuuu... hahaha.. Rupanya nak makan laaaa.. Lapa... Amik nasi setel satu senduk.. lauk sup telur+carrot pahtu letak kicap.. die suka la cenggitu.. makan kicap hari2 pon takpe.. Patut hitam.. hahahhaha

Tiada ulasan: