Assalammualaikum...
Hari ni hari jumaat, jadinya ada 2 hari lagi nak beraya.. gulp...
Baju raya aku takde nih.. cadang nak pakai yg lama punya jer.. hiksss... Pehtu kebetulan bos pulak kata hari ni half-day, maka aku da plan siap2 nak pegi SOGO, Jalan Tar & Masjid Jamek.. Nak pegi kamdar sbenarnya nak cari baju kurung.. lepas tu nak cari T-shirt laki ku sekali.. die tu kalo soh beli manjanggggggggggggggggggg la kata nak pakai yg lama.. Cisss.. Aku ni bukan tau beli pon.. huhuhu.. so pejam mata je la dak?
Ni da pukul 11.44am dah ni.. aduh kecut pulak perut sbb pikir nak kene pegi jalan TAR sensorang.. Takut!!
Malam tadi ingat plan nak kemas umah bagai.. tak tau mengapa badan letih benar.. so semalam umpan Niyaz tido dengan aku2 sekali tido.. sedar2 da nak abis waktu sahur!!! aaaa... nanges, da la arini nak marathon shopping jalan merata.. abes la haus kang... Umah tak kemas, baju Niyaz lansung tak lipat lagi ni.. ayooooo
Dah la sabtu pagi tu nak bertolak balik muar.. besar harapan aku ni tido dalam kereta.. hahahah.. Tak bleh la nak teman Mr.President borak2.. Dah kalo teman die borak2 lepas tu aku ngantuk , nati da sampai Muar takkan aku nak tido pulak kan?? Segan kat mak mertua aihhh... Mesti la kene tolong masak kemas umah bagai.. kan?? hahha
Ok la.. Selamat pulang ke kampung halaman bagi yang ada kampung & nak beraya kat kampung.. Bagi yg takde kampung cecepat kawen ngan orang yang ada kampung supaya setiap kali raya, tak kisah la Raya Cina, Deepavali, Krimas hatta hari gawai sekalipon akan balik kampung pasangan.. hahah.. Macam aku la, sebab Mr.President sorang je ada kampung, die la pemenang.. Niyaz pon sama la tu, balik kampung die.. Kan die beranak kat sana.. T__T
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan