Nuff is not Enuff

Selasa, Oktober 28, 2014

Budak Pegawai Perhubungan Awam

Assalammualaikum..

Pagi ni bila lalu je kedai kat bawah yang jual sarapan RM7 tu terus rasa loya-loya nak muntah.. Mr.President tanya kenapa nak muntah pulak? Sebab die MAHAL.. boleh? hahhaha

Ni nak cerita pasal Niyaz.. Boss kat opis ni panggil die Budak Pegawai Perhubungan Awam.. Macam haritu die dtg meja tanya, ayu, Budak Pegawai Perhubungan Awam tu sihat ker? hahaha. sebab die asik sengihhhhhhhh senyummmmmm simpul jer, peramah-ramah sangat masa open house raya rumah opismate ritu.. Itu pestime dorang jumpa Niyaz.. Jadi itulah first impression dorang terhadap Niyaz.. budak peramah-tamah.. ekkekeke

Tapi memang pon, tadi pagi sepanjang naik tangga gi umah opah tu, asal bertembung ngan orang turun tangga, die buat eye contact lepas tu senyummmmmmmmmmmmmmm tunjuk gigi karat die tu.. ekkeke... Naik lagi jumpa org lagi, senyummmmm sengih-sengih.. mata dah la sepet.. Lepas tu orang tegur eeee, senyummm jer.. ikut sapa la peramah sgt nih Niyaz? hahaha

Semalam pon masa singgah Speedmart tu, die nak duk dalam troli.. kan ada tempat duduk juntai kaki tu kan, taknak kat situ.. nak masuk dalam troli juga.. bila da masuk duduk la sandar dalam tu diam2.. budak cashier tu gelak je tengok perangai die tu.. tersenyum senyum.. so bila kita tolak troli, kira macam buat lawatan, die kemain relekkkkss je duk sandar dalam troli.. eeee.. meh gigit sikit..

Hari ni seronok la die.. M.ngah die cuti lepastu nak pergi beli barang-barang dapur.. suka la die kalo dapat berjalannnnnnnnn.. Ni telepon opah dari tadi tak jawab2 ni.. bizi shopping ler tu... :P

Tiada ulasan: