Nuff is not Enuff

Khamis, Januari 08, 2015

Majlis dzikir, ulang tahun kelahiran dan perkahwinan

Assalammualaikum...

Malam semalam ada majlis zikir bulanan yang ke-2 tuk tahun ni.. Mr.President amik kat tempat keja lepastu g amik Niyaz.. sampai umah opah dah kol 5.30ptg.. Niyaz baruuuuuu bangun tido tengah makan.. mandi pon belom.. haish budak ni.. dah la nak cepat.. hegeh-hegeh jer.. Die juara la semalam tido 5jam.. bukan mainnnnnnnnn... 

Kitorang masa dalam kereta tadi kemain memasing nak cepat, taknak makan kat umah umi.. bajet nak amik Niyaz, balik umah jap bungkuskan kek, tukar baju lepastu gerak.. sekali Niyaz pon tengah kedek2 makan.. acaner? Bukak la tudung saji, saje nak tinjau-tinjau.. sekali nampak ada udang sambal.. aku cakap "huyoooooo,ada sambal udang laa".. terus pandang Mr.President tanya "abg, nak makan?".. Lajuuuuuuuuuu je angguk.. die mmg hantu udang.. tadi sapa ntah yang cakap taknak makan? hahhaha 

Lepastu isteri die ni pon amik jugak la pinggan amik nasi 1 sudu ngan 3 ekor udang.. ala, nak rasa-rasa jer.. padahal tadi sapa ntah yang dalam keta lantang bersuara cakap nak simpan perut tuk majlis la, apa la.. hahhahah.. nasi 1 sudu pon siap pakej 4keping roti kering cicah air teh O panas, sekali pakej kopok ubi opak ngan papadom ngan emping melinja.. ok tak pakej makan camni? hahaha

bila Niyaz da siap mandi.. cepat2 panjat langat.. sampai2 terus boxkan kek.. siapkan beg Niyaz.. Tengah2 kekecohan tu Niyaz berak la pulakkkkkkkkkkkk.. saje je die ni cari pasal tau... hajatnya nak maghrib jemaah kat majlis tu, sudahnya lepas maghrib je la gerak.. Macam-macam la Niyaz ni..

Naseb sampai sana majlis belum start.. jom la layan gambo.. itupon ambik kat pic Zam.. zam, kyu amik ni.. mintak izin yer.. *dah amik baru mintak izin.. hehhe.. Tapi takbest la takde gambo ngan muslimah.. ramai juga yang datang.. tapi kak mija tu tau la.. die datang sbb kek relvet je kan? hahaha..

Majlis bermula
Ni borak benda berfaedah ke tak ni?

Selain majlis dzikir Persatuan Aurametafizik, majlis ni juga buat sambutan ulangtahun kelahiran Cikgu Dr. Jamaluddin Bin A.Jalal , beliau merupakan Guru Silat Sendeng Malaysia dan juga Pengasas kepada Perubatan Islam AuraMetafizik. Kalau nak tau persatuan apa, boleh baca kat SINI.
Happy family.. 
Sambutan yang ke-25tahun katanya.. hahha..Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-25 Dr. Jamal
Kek ni isteri beliau, Yus yang tempah.. Red Velvet cake with Cream Cheese.. 

Dan disekalikan dengan sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-25 buat Ustaz Raja Abdul Hadi dan isteinya kak Ipah.. Akak ipah ni awet muda betul.. kalo tengok anak die tinggi-tinggi dari die.. macam bukan anak pon ada.. Untunglah muka awet muda... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Sehari sebelum majlis Ustaz Hadi nak tempah kek apapa yang sesuai tuk anniversary, kemain die cakap "any price is not a problem".. hahahha..  kira untuk sambut kat majlis ni jugak la.. tapi aku tolak, sbb dah tak sempat sangat.. Kat majlis ni je aku dah buat 3kek.. sampai tido 4 pagi.. huhuhu T__T..
Secret Recipe lagi sodap! 
Red Velvet untuk makan2
Nah, terima lah gambo tuan belog..

Mr.President, Niyaz dan TakKenalMemangSajeLaKan??

Tiada ulasan: