Nuff is not Enuff

Isnin, Januari 30, 2017

Makan di Al-rawsha

Assalammualaikum..

Ni nak sambung cerita pasal sambutan besday babah aritu.. Takde buat apa pon sekadar pergi keluar makan je.. Haha.. Sebab kek ashkar Niyaz aritu ada lagi. Jadi takpayah nak beli kek banyak2.. Nati aku yang gemuk.. Haha..

Ikutkan nak belanja nando's je, tapi malas jejauh.. Yg paling dekat kat ampang point. Babah taknak pulak. Ok lah, pilih nak makan kat KawD burger bakar, kat ampang waterfront tu je.. Dekat.. Siap dah usha semua instagram dan FB die. Terliurr dah.. Aku ajak izzah ngan imran sekali, saja niat nak belanja.. Tapi izzah je free sbb imran esoknya tu ada kolej. Bagus jugak izzah nak, leh jadi bibik 😂😂

Sekali dah sampai KawD, takde seat yang sesuai.. Semua tinggal kusi yg tinggi2 tuk org lepak tu.. Mana la bleh nak duduk situ.. Kan ada inara.. Niyaz mungkin la boleh.. Lagi pon tempat yang berbumbung takde.. Free air banyaklah.. Masa ni baru lepas hujan, ada tibas tibas ujan lagi. Buatnya tgah makan hujan tak memasal.. Dah la ada budak, risau demam je..

Cumanya aku agak bengang la jugak.. Sbb ni 2nd pengalaman aku nak g KawD ni.. Frust sbb service die mmg hampeh.. Staf staf semua buat bodo je lalu lalang kat depan kitorg.. Takkan la tak nampak orang baru sampai, mata meliar cari seat yang available.. Huh.. Yerlah, mungkin terlalu ramai cust kot. Staff tak cukup..*mata ke atas.. Kalo dah tau dapat sambutan tu, upgrade la service, tambah staff.. Nati aku nak p lagi kali ke3.. Kalo masih begitu juga, gudbye forever lah KawD. Menyampah!

Maka, kitorang berambus pergi ke kereta dengan perasaan sebal . eh, aku je yg sebal.. Hahah.. Bengang dalam hati.. Sampaikan babah buat lawak, ajak makan char kue tiaw kat lori tepi jalan tu pon aku rasa hangen .. Grrr.  Kita da plan nak makan kat situ, sekali tak dapat.. Bengang tau tak!!! *** ni emo mengalahkan besday boy pulak kan, die pulak yg menyentan - nyentan.. 😂😂

So dalam kereta, babah pandu je tanpa arah tujuan.. Lalu depan KawD, aku jeling kedai tu, masih tak puashati.. Hahaha. Bincang bincang babah kata g al rawsha la, sebab sesuai la tuk budak, tak kena ujan, lepastu ada nasi. Haa ok lah.. Lagipon besday boy suka, kita on je la.. Mmg ikut tekak die lah, dah kata nak melanja kan... Yg takpaham tu, kg pandan tu nak pusing roundabout lagi jauh dan berliku jalan die takde pon komplen.. Kah kah.. Padahal nando's ampang point lagi dekat kot?

Sampai situ, amik meja yg dalam bilik tu.. Bertutup. Senang bebudak nak lari2 takde siapa marah . tak risau kena culik, tak kena hujan. Kekeke.. Mak pak pon leh makan dengan tenang..

Buku menu

Ni makanan yang aku nak makan sejak beranak kan inara. Fahsa Meat. Lamb masak kari. Rasa die cam kari ayam dalam tin jenama Ayam BRAND tu. Tengok la roti die tu makan 3 org tak habis ni woi!!!

Babah amik Lamb Mandhi. Yang Niyaz memula makan roti, pastu die makan nasi pulak. Bertambah tambah.. Sedap kan Niyaz?

Budak bertuah ni makan apa saja.. Hahaha.. Tolak batu ngan kayu jer.. Ni kaki memula dedua naik atas.. Kemain ko ye adik? Mementang ada bibik!!

Bibik of the day!! Hahha.. Izzah makan Chicken Mandy. 

Pengabisan amik aiskrim. Gila 3 scoop rm12. Rasa aiskrim coklat biasa je.. Huhu 

Habes.. Perut kenyang suka hati.. 😘😘

Gambo dari www.zamato.com

Gamba dari website al rawsha

Restoran ni buka 24jam sehari, 7hari seminggu. Pendek kata non-stop.. Kalo tetiba rasa nak makan timur tengah, pergi sini tau!! Sedapppppppppp..

Ok lah.. Jumpa nati kalo merajin nak taip entry.. Muahahhahaa

Detox

Assalammuaikum..

Huaaaawww bestnya dah boleh letak banyak2 gamba lepastu leh description bawah gambo tu.. Sebab sebelum ni tak boleh tau.. Ni ntah tetiba pulak boleh.. Mengada la blogger apps ni..

Ok.. Sebab ramai tanya, nak detox cemana masa makan MissSlim tu. Yerlah, kadang berat kita ni susah nak turun walaupon dah berbotol telan. Ataupon dah turun tp sampai satu tahap die statik. Takmau turun dah.

Die salah satu puncanya ialah, usus kita ni  kotor, tak bersih. Banyak toksin daripada makanan2 kita terdahulu.. Oleh sebab itu, penyerapan zat zat ni slow ataupon tak terjadi langsung. Ko telan la berapa kotak serbuk mutiara pon, tetap tak putih.. Sebab zat2 tu tak dicerna.

Jadinya kita kena buat detox lah. Bersihkan usus tu.

Kalo gugel banyak cara nak detox. Buat air rendaman lemon, halia, timun, buah2an dan macam2 lagi.

Oleh sebab aku ni tak suka (malas) maka aku telah pilih tuk buat detox pakai detox tea yg ada dijual di farmasi je.. Muahaha

Ni brand yg aku minum. Beli kat watson je. Rm30++. Satu uncang bleh buat 2-3kali minum. Kalo taknak yg ni, leh je minum jenama lain, asalkan detox.


Tapi jarakkan 8jam tau. Misalkata nak g toilet esok kol 6pg, ko kena minum kol 9-10malam hari sebelumnya. Kalo tidaaak nanti membuang dijalanan ke tempat kerja. Haha

Lepas membuang tu ko akan rasa badan ko ringan. Perut pon kempis. Tak percaya cuba la minum sendiri.. Hihi. Setakat ni puas hati!! 👍👍👍

Lepastu, kalo makan ngan MissSlim ni, lagi cepat kurus. Betullllllll.. MissSlim rm100 ada 30biji. Die tahan 15hari je kalo makan 2biji sehari.. Tp aku makan sebiji sehari pon masih turun.. Cuma lambat la..  

Hello? Kurus cepat cepat nak g mana? Hahah.. Jangan turun cepat naik pon cepat. Biar lambat asal selamat hokey?

Nak order MissSlim meh wassap ayu 0129163656. Ready stok .. 😘😘. Kalo pandai bodek, dapat lah harga spesial.. Jom kurus sebelum raya!!!



Sabtu, Januari 28, 2017

Fobia setiap kali CNY

Assalammualaikum..

Saja nak tulis sementara masih mood CNY. Mood wakluuuu.. Hahaha

Ok camni.. Aku ada satu rahsia. Tak ramai yang tahu tapi orang yang rapat tahu lah... Iaitu aku fobia pada tarian singa/naga tu.

Bukan takat aku takleh nampak die nari2 depan mata, dengar bunyi gendang pon aku takleh.. Apatah lagi kalo dalam kereta, kat trafic light tu boleh pulak benti sebelah atau belakang lori bawak alatan persembahan tu.. Memang mengundang laaaa.. Kalo terkejut aku jerit selamba je dalam keta.. Mr.President (masa tu belom kawen) pelik, dah kenapa pompuan gila ni tetiba menjerit.. Hahaha

Maunyer idak, terngangaaaaa je kepala singa tu kan.. Eeeeeee.. Seram la.. Jangan la mimpi malam ni..

Tadi kat belakang rumah ni ada tarian.. Tiap2 tahun kedai runcit cina belakang ni buat. Tak nampak tp ada la dengar gendang2 ngan bakar mercun. Yang si Niyaz nanges2 nak tengok.. Dah, jangan buat pasal. 😂😂.. Mak kau ni sejenis penakut .. Jangan la die suatu hari nanti ajak tengok live, terkencing aku agaknya.

Teringat masa time kerja haritu.. Masih lagi dalam minggu CNY jadi kat area opis ada la jemput persatuan ni tuk buat persembahan. Aku ngan yati makan kat luar masa ni, tak ingat pergi mana.. Tapi masa dah balik opis tu, kat parking dengar gendang kuat gilaaaaaa.. Ko tau la gema kat parking cemana kan?

Masa ni dah seriau dah.. Mata kejap kiri kejap kanan.. Takut tetiba die muncul depan kereta tak ke pitam kat situ? Aku dah mengeletar macam nak gila.. Kaki lutut semua.. Yang si yati leh gelak2 kan aku.. Die ingat benda ni kelakar agaknya.. Ade ke orang takut kostum kepala singa tu? dalam pada ketawa ketawa, yg aku da menjerit2 lepastu die diam sbb die tengok muka aku pucat.. Haaa baru tau aku bukan main2 acah2 takut.. Hahhaha

Lepastu bunyi tu dah berenti, aku pon baru nak kumpul kekuatan, cadang nak bukak pintu keta nak keluar nak lari cepat2 naik lift. Tapi terpikir pulak, macamana kalo die buat depan lift? Matilaaaaweiii.. Tengah pikir pikir sekali bunyi gendang lagi kuat.. Kah kah.. **bongok bila ingat.. 😂😂.. Terus mereput lagi dalam keta.. Lepas berapa lama baru benti, cepat2 naik opis.. Yati pon dah tak gelakkan aku, tp kadang2 ada la perli2 sket.. Hahaha

Adoi, rindu pulak masa kerja sama-sama.

Korang tak takut ke? Seram wei mata die kedip kedip gitu.. Walaupon aku tau la tu orang je kat dalam die.. Tapi takut la.. Ade yg cakap best, best jadahnya? Tang mana best? Eeeeee..

Ok.. Ni nak cerita punca kenapa aku fobia benda ni.. Ikutkan dulu aku takde la takut sangat sbb ada sekali dulu masa kekecik, ayah ada bawak tengok depan2.. Tp ok je.. Seronok tengok persembahan, lepastu dalam tv pon ok.. Cuma yang start ni sejak form2@3 gitu.

Masa tu aku ikut kawan aku tolong ayah die buat katering. Saja la cari duit lebih.. Walaupon sekadar rm10-20, kira banyak wooo zaman tu.

Nak dijadikan citer, kitorang dapat job tuk CNY ni. Tempat maaf tak ingat kat mana tapi dalam komuniti cina la. Sedang2 tengah makan tu, ada persembahan tarian ni la.. Dengan gendang apa ke semua.

Aku masa ni kan tak takut lagi. So duk je tengok, bukan ada keja pon. Tetengah tengok tu, tetiba salah sorang team tu datang bg limau kat semua org yg terhampir la.. Yg aku mmg tak suka makan limau (sebab masalah asma). Jadinya aku pegang je la limau tu.

Tetengah khayal pikir apa ntah, tetiba terpacul kepala singa tu sambil nganga nak makan/amik limau yang aku pegang.. Gila terkejut wei. Meloncat aku.. Terus la aku lari, terperanjat punya pasal.. Yang jadi lagi takut tu sebab die kejar weh!!!!!!! Die kejar limau yg aku pegang tu.. Rerupanya tadi yg aku termenung tu, mmg singa ni g kat org2 yg pegang limau tu pastu mintak balik.. Haku pon tak paham, dah bagi mintak balik.. Buruk siku jugak singa ni ya? Hahaha

Eh, tak kelakar la.. Sambung balik detik cemas.. Die kejar aku sampai aku nyorok dalam van katering tau, menggeletar.. Siyes.. Aku tak tipu.. 😂😂.. Duk la situ, sampai la ku dengar persembahan habes.. Kawan2 panggil suh keluar ke, jangan harap la! nak kenakan aku la tu!! Haha.. Setelah ku pastikan semua penjahat2 tu balik, baru la tolong kemas semua. Yang bangang sangat, panik tak sempat nak pikir .. Apesal la aku tak baling je limau tu.. Yg genggam sambil bawak lari tu yang dah kenapa???.. Haha

Jadi, itulah ceritanya.. Sebab tu tak boleh dengar gendang tu semua.. Otomatik dada aku berdebar2, tangan geletar.. Mungkin masa tu mmg aku terkejut sangat sangat, tu yg membawak ke hari ni.. Aduhai.. Tapi limau dah boleh makan, sbb sejak tua ni asma da jarangggg datang.. Cuma kena jaga je la makan tu.. Jangan kau balun berkotak2 sudahlah..

Jadi, selamat tahun baru cina!! Selamat bercuti buat semua.. Aku duduk rumah saja lorrrrr.. Taknak keluar nanti .......... (Sila isi tempat kosong 😂😂)

Byeee.


Niyaz cepet. (Gambar hiasan)

Khamis, Januari 26, 2017

Dah turun 6kg!! Yeay!!

Assalammuaikum...

Haaa kali datang sejenis rajin, makaaaaaa rajin la update blog ni ha..

Ok.. Nak share pasal produk kurus dms ni weh!!

Aku sejak beranak Inara ni berat 72kg.. Statikkk tu jer.. Lepastu dah benti keja, duk umah naik ke 74-75kg.. Sampai la aku ketagihan gula tahun lepas.. Berat badan naik hampir 80kg!!!! Aku mmg ketagih gula. Aku sarapan kek, lepas lunch kang dessert kek, petang kek, atau kalo rajin order donut choquat si mimi tu, malam kang dah makan malam disudahi dengan kek lagi. Eee scary woooo

Pastu yg lagi teruknya, aku hantu milo/oldtown hazelnut yg 3in1 tu.. Bancuh guna air panas sikittt je, sengaja bancuh pekat.. Lepastu tuang aisss penuh.. Kendian, baru letak ais sejuk coway tu.. Nyaman gilerrrrrr.. Buat lah .. (Siap share cara cara yang tak bleh blah tu.. Haha 😂😂)

Mmg hari hari.. Sampai mmg nampak berat aku naik gila gilaaa.. Perut macam tgah tunggu hari beranak.. Jumpa dak dak ratu mmg komplen.. Mmg nampak naiknya.. Lengan macam apa je.. Beli baju sangkut kat situ.. Hahahha..

Bila aku pikir, sampai bila nak jadi camni.. Pastu aku pon insof.. Mula la aku tak minum 3in1 dan cut sugar. Aku start amik MissSlim. Oleh sebab Inara menyusu, maka aku amik sebiji. Lepas 30minit, minum kopi monatox. Kenyang sampai petang kooooo.. Terbaik wa cakap luuu..

Setelah amalkan lebih kurang 3bulan, akhirnya berat aku kembali 73kg.. Jadinya aku cuma turun 5kg je 😂😂.. Ini sebab, aku tak cut sugar sepenuhnya.. Masih amik tp berpada2 lah.. Kek makan, biskut butter pon makan, roti makan, nuttella tu pon makan. Pendek kata, aku tak pantang cam yang sepatutnya, macam aku guide cust kan.. Guide je pandai.. Diri sendiri haprak.. Hahahha.. Agaknya, kalo aku pantang bebetul kan, mesti lagi banyak turun kan? Huhuhuhu

Tapi takpelah.. Biar lambat, asalkan ada penurunan.. Tinggal 3kg lagi.. Bai bai angka 7. Aku target nak 69kg dulu.. Lepastu baru usaha buang angka 6 pulak.. Kekekeke..

Perut dah kempis u olsss.. Badan da rasa ringan sket.. Seronoknyaaa..

Ok.. Next entry nak bgtau apa yg aku minum tuk detox ya.. See u when i see u bebeh.

Nak order? Wassap ayu 0129163656..

Testimoni adik kandung hoccay!! Agen dms gak ni!! Kalo nak tengok gambo die yg dulu, cari kat entry tahun 2009. Hahah
Jom kurus sebelum raya, u olsss


Babai.. 😘😘

Happy 37th Birthday Babah!!

Assalammualaikum..

Perghhh.. Hari2 duk pikir, nak update blog, nak update blog.. Tapi bila pegang phone, tengok wassap dulu, layanzz.... Lepastu tengok FB pulak. Kalo bizi, sempat like post kawan2 je. Tapi kalo tak berapa nak bizi, leh la selit2 iklan. Haa kalo tak bizi langsung baru leh selfie sambil pegang produk. Eh tp tu pon baru dapat amik 6jenis produk je.. Huhu.. Tu campur bizi nak masak, kemas umah, siapkan anak2, bg makan, bla bla bla.. Jadi bila malam tu masa untuk rehat je.. Maka, nak taip blog ni sekadar anganan je.. Haaha

Ni da kenapa melalut pasal ni aje panjang melebar.. Padahal tajuk di atas tu lain 😂😂😂

Ok, ni aku update ni pukul 4.28am tau.

Sebenarnya kan, aku langsung tak ingat arini besday babah.. Huhu.. Teruknya lah kan? Hahahaha.. Tapi mmg iya aku terlupa.

Bukan aku terlupa tarikh besday die 26hb januari.. Tapi aku terlupa yang harini 26hb!!!

Aku duk ingat harini kamis, semalam rabu, esok jumaat.. Gituuu.. Sbb da tak kerja, jadi tak duk depan PC dan kalendar 😂😂 .. Kalo kerja iyerlah, nak tulis apapa mesti tengok tarikh dulu.. Kan?

*** Alamak, babah masuk bilik la pulak.. Tadi die kat bilik opis, buat kerja ***

Ok sambung..

Mmg tak ingat la besday die.. Yg ni baru teringat pon pasal gobek henpon, pastu nampak tarikh 26hb..😂😂

Bagus punya bini.. Hmmm

Nak beli adiah apa eh? Cadang nak g belanja makan kat nandos je la.. Ok tak babah? 😂.. Dah lama tak makan kat situ kan babah? **bini die yg lebih sebenarnya..

Jadi, selamat ulangtahun kelahiran yang ke-37 tahun buat suami!!! Semoga Allah merahmati pertambahan usia-mu , diterima amal ibadahmu, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan, dijauhi dari sebarang bencana.

Terima kasih sbb sabar layan karenah isteri yang angin macam puting beliung ni.. Layan perangai yang tak dapat diduga, yang selalu nak menang dalam segala hal, yang buruk perangai, yang selalu gagal masak sambal, yang tak pernah masak asam pedas sedangkan itu adalah kegemaran, yang itu dan yang ini. Hahahha.. Macam macam hal. Terima kasih abang!!!

Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga. Peluk cium dari Iyaz dan Inara juga!! 😘😘😘

Rabu, Januari 04, 2017

Bertabah lah duhai hati

Hmmm.. 

Kadang2 korang tengok dia tu happy go lucky je.. Macam takde masalah je.

Post pon semua yg baik2 je.. Yg best2 yang kelakar2

Tp korang tak tau dalaman dia cemana?

Aku da kenal banyak org gitu.. Sampai tanya, "Eh ko ni takde masalah ke?"

Tp bila kita da nampak sisi sedih dia, di saat dia mula bercerita.. Kita takkan tahu dugaan apa yg dia hadapi.

Dia happy bukan sebenarnya dia happy. Tapi nak memujuk hati. Baginya biar dia je yang tahu. Buat apa nak tunjuk kat orang?

Tahu tak kenapa ramai artis2 luar negara ramai yg bunuh diri? Dorg penghibur, menghibur orang ramai. Tapi dalam hati, sunyi.. Asik kita hiburkan orang, siapa pula nak hiburkan kita?

Aku bersyukur sebab dapat dengar masalah2 orang sebegini. Sebab ku selalu pikir, masalah ku berat. Dugaan ku hebat. Ujian ni buat rasa dada nak pecah.

Tapi... bila kita dengan masalah orang lain, sebenarnya masalah kita tu tak besar mana pun.

Bertabah lah kawan, dan juga untuk diri sendiri..

Isteri berdikari

Suami,

Jangan biarkan isterimu terlalu berdikari,
Cari duit sendiri,
Pergi kemana2 sendiri,
Makan pakai tanggung sendiri,
Keperluan rumahtangga sendiri,
Keperluan anak2 juga sendiri,
Buat apapa pun semua sendiri.

Suatu hari, kalau isterimu dah tawar hati, jangan lah ditanya kenapa terjadi?

Kerana, bagi dia. Kau ada atau tiada, dah takde maknanya. Sama je. Tiada keperluan.

Untuk apa ada suami? Kalau semua sendiri?

******************************************

Sebenarnya aku ada baca status FB kawan aku tak lama dulu.

Die cita pasal isteri yg berdikari. Aku cari balik tak jumpa sbb dah lama. Tp status die tu 3baris je.. Ringkas padat tepat!

Apesal aku cuba tulis balik jadi berbaris2 eh? Hahaha

Takpe lah asalkan maksud die sampai.

So suami, hati hati ya.. Perempuan ni die diam diam simpan dendam tau! Jangan sampai die rasa kosonggggg.. Lepastu die blah, sikitttt pun takde simpati nanti. Hati die dah kerass...