Nuff is not Enuff

Isnin, Januari 30, 2017

Makan di Al-rawsha

Assalammualaikum..

Ni nak sambung cerita pasal sambutan besday babah aritu.. Takde buat apa pon sekadar pergi keluar makan je.. Haha.. Sebab kek ashkar Niyaz aritu ada lagi. Jadi takpayah nak beli kek banyak2.. Nati aku yang gemuk.. Haha..

Ikutkan nak belanja nando's je, tapi malas jejauh.. Yg paling dekat kat ampang point. Babah taknak pulak. Ok lah, pilih nak makan kat KawD burger bakar, kat ampang waterfront tu je.. Dekat.. Siap dah usha semua instagram dan FB die. Terliurr dah.. Aku ajak izzah ngan imran sekali, saja niat nak belanja.. Tapi izzah je free sbb imran esoknya tu ada kolej. Bagus jugak izzah nak, leh jadi bibik 😂😂

Sekali dah sampai KawD, takde seat yang sesuai.. Semua tinggal kusi yg tinggi2 tuk org lepak tu.. Mana la bleh nak duduk situ.. Kan ada inara.. Niyaz mungkin la boleh.. Lagi pon tempat yang berbumbung takde.. Free air banyaklah.. Masa ni baru lepas hujan, ada tibas tibas ujan lagi. Buatnya tgah makan hujan tak memasal.. Dah la ada budak, risau demam je..

Cumanya aku agak bengang la jugak.. Sbb ni 2nd pengalaman aku nak g KawD ni.. Frust sbb service die mmg hampeh.. Staf staf semua buat bodo je lalu lalang kat depan kitorg.. Takkan la tak nampak orang baru sampai, mata meliar cari seat yang available.. Huh.. Yerlah, mungkin terlalu ramai cust kot. Staff tak cukup..*mata ke atas.. Kalo dah tau dapat sambutan tu, upgrade la service, tambah staff.. Nati aku nak p lagi kali ke3.. Kalo masih begitu juga, gudbye forever lah KawD. Menyampah!

Maka, kitorang berambus pergi ke kereta dengan perasaan sebal . eh, aku je yg sebal.. Hahah.. Bengang dalam hati.. Sampaikan babah buat lawak, ajak makan char kue tiaw kat lori tepi jalan tu pon aku rasa hangen .. Grrr.  Kita da plan nak makan kat situ, sekali tak dapat.. Bengang tau tak!!! *** ni emo mengalahkan besday boy pulak kan, die pulak yg menyentan - nyentan.. 😂😂

So dalam kereta, babah pandu je tanpa arah tujuan.. Lalu depan KawD, aku jeling kedai tu, masih tak puashati.. Hahaha. Bincang bincang babah kata g al rawsha la, sebab sesuai la tuk budak, tak kena ujan, lepastu ada nasi. Haa ok lah.. Lagipon besday boy suka, kita on je la.. Mmg ikut tekak die lah, dah kata nak melanja kan... Yg takpaham tu, kg pandan tu nak pusing roundabout lagi jauh dan berliku jalan die takde pon komplen.. Kah kah.. Padahal nando's ampang point lagi dekat kot?

Sampai situ, amik meja yg dalam bilik tu.. Bertutup. Senang bebudak nak lari2 takde siapa marah . tak risau kena culik, tak kena hujan. Kekeke.. Mak pak pon leh makan dengan tenang..

Buku menu

Ni makanan yang aku nak makan sejak beranak kan inara. Fahsa Meat. Lamb masak kari. Rasa die cam kari ayam dalam tin jenama Ayam BRAND tu. Tengok la roti die tu makan 3 org tak habis ni woi!!!

Babah amik Lamb Mandhi. Yang Niyaz memula makan roti, pastu die makan nasi pulak. Bertambah tambah.. Sedap kan Niyaz?

Budak bertuah ni makan apa saja.. Hahaha.. Tolak batu ngan kayu jer.. Ni kaki memula dedua naik atas.. Kemain ko ye adik? Mementang ada bibik!!

Bibik of the day!! Hahha.. Izzah makan Chicken Mandy. 

Pengabisan amik aiskrim. Gila 3 scoop rm12. Rasa aiskrim coklat biasa je.. Huhu 

Habes.. Perut kenyang suka hati.. 😘😘

Gambo dari www.zamato.com

Gamba dari website al rawsha

Restoran ni buka 24jam sehari, 7hari seminggu. Pendek kata non-stop.. Kalo tetiba rasa nak makan timur tengah, pergi sini tau!! Sedapppppppppp..

Ok lah.. Jumpa nati kalo merajin nak taip entry.. Muahahhahaa

Tiada ulasan: