Nuff is not Enuff

Khamis, Januari 26, 2017

Happy 37th Birthday Babah!!

Assalammualaikum..

Perghhh.. Hari2 duk pikir, nak update blog, nak update blog.. Tapi bila pegang phone, tengok wassap dulu, layanzz.... Lepastu tengok FB pulak. Kalo bizi, sempat like post kawan2 je. Tapi kalo tak berapa nak bizi, leh la selit2 iklan. Haa kalo tak bizi langsung baru leh selfie sambil pegang produk. Eh tp tu pon baru dapat amik 6jenis produk je.. Huhu.. Tu campur bizi nak masak, kemas umah, siapkan anak2, bg makan, bla bla bla.. Jadi bila malam tu masa untuk rehat je.. Maka, nak taip blog ni sekadar anganan je.. Haaha

Ni da kenapa melalut pasal ni aje panjang melebar.. Padahal tajuk di atas tu lain 😂😂😂

Ok, ni aku update ni pukul 4.28am tau.

Sebenarnya kan, aku langsung tak ingat arini besday babah.. Huhu.. Teruknya lah kan? Hahahaha.. Tapi mmg iya aku terlupa.

Bukan aku terlupa tarikh besday die 26hb januari.. Tapi aku terlupa yang harini 26hb!!!

Aku duk ingat harini kamis, semalam rabu, esok jumaat.. Gituuu.. Sbb da tak kerja, jadi tak duk depan PC dan kalendar 😂😂 .. Kalo kerja iyerlah, nak tulis apapa mesti tengok tarikh dulu.. Kan?

*** Alamak, babah masuk bilik la pulak.. Tadi die kat bilik opis, buat kerja ***

Ok sambung..

Mmg tak ingat la besday die.. Yg ni baru teringat pon pasal gobek henpon, pastu nampak tarikh 26hb..😂😂

Bagus punya bini.. Hmmm

Nak beli adiah apa eh? Cadang nak g belanja makan kat nandos je la.. Ok tak babah? 😂.. Dah lama tak makan kat situ kan babah? **bini die yg lebih sebenarnya..

Jadi, selamat ulangtahun kelahiran yang ke-37 tahun buat suami!!! Semoga Allah merahmati pertambahan usia-mu , diterima amal ibadahmu, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan, dijauhi dari sebarang bencana.

Terima kasih sbb sabar layan karenah isteri yang angin macam puting beliung ni.. Layan perangai yang tak dapat diduga, yang selalu nak menang dalam segala hal, yang buruk perangai, yang selalu gagal masak sambal, yang tak pernah masak asam pedas sedangkan itu adalah kegemaran, yang itu dan yang ini. Hahahha.. Macam macam hal. Terima kasih abang!!!

Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga. Peluk cium dari Iyaz dan Inara juga!! 😘😘😘

Tiada ulasan: