Nuff is not Enuff

Khamis, Februari 02, 2017

Hobi yang ditinggalkan

Assalammualaikum.

Malam ni rasa nak membebel. Tapi takde topik hangat atau topik tertentu. Kita bual2 random saja ya.. Hikss

Ni tadi sebenarnya berpikir nak baca novel. Dah berapa hari tersadai atas lemari ni ha.. Haritu masa tengah lepak2 boring, teringat nak kelebet lemari buku. Sbb rasanya masa sebelum beranak Inara ada beli novel baru. Tengok2 ada dua  buah novel RAMLEE AWANG MURSHID yang belum baca. Tajuk MAGIS dan lagi satu RAUDHAH. Kalau tak silap masih ada novel baru RAM keluar. Tapi dah tak ikut perkembangan beliau dah. Aduhai.. Rasa cam sekejap rupanya dah dua tahun berlalu sbb masa beli ni tahun 2015.

Haku kalo mengandung je suka baca novel sebelum tido. Tak tau la habit apesal ntah. Lagi satu main sudoku. Eh tapi skang ni aku tengah piyed.. Nenenene.. Ingat masa mengandung Inara, sebelum tido baca buku pastu letak atas kepala. Ngam2 dah sarat nak beranak selesai satu novel, lepastu balik muar, beranak.. Lepastu pindah dari langat ke ampang, mmg tak usik dah semua novel. Berabuk semua ada.. Huwaaa.. Sayang gilerrrr..

Dulu sejenis pengumpul tegar, sampai bapak aku bising.. Ko bayangkan la dulu novel rm19.90 .. Kalo ada 50buah dah berapa? Tak ke dekat rm1k? Itu 50. Kalo 100 buah? Hahahaha.. Padan la bapak aku bising. Ni tengah kira2 nak jual. Tapi cam sayang.. Dah la ada yg kongsi2 beli ngan angah.. Ni die dah kawen pon tak bawak pindah novel. Huhu. IzzahAisyah jangan harap la.. Die generasi korea. Mana la minat baca2 ni. Baik layan video kpop. *mata ke atas

Aritu mak aku kemas2 buku dalam bilik kitorang (aku + angah + izah) tapi skang dah jadi milik izah sepenuhnya sbb kitorang dah pindah. Mak aku jumpa selambak conan dan doraemon yang aku kumpul. Selamba je mak aku suh izzah bg kawan2 die.. Sebab mak aku kata semak..  Dah la tak bgtau.. Haha.. Itupon dapat tau bila ada suatu hari tu kawan izzah datang, pastu nampak izzah bawak komik conan.. Ku tanya nak bawak g mana? Die cakap, umi suh bagi orang.. Oh maiiii.. Akak kumpul kot? Dah terlambat nak halang sebab yg izzah bakal bagi kawan die tu, last koleksi. Sekian, terima kasih. Hahaha

Alah, tapi betul la tu kan? Kalo buku tu ada kat situ pon ko bukan baca. Kalo takde pon bukan ko kisah sangat pun. Move on pliz... 😂😂

Lepasni nak create account shopee atau carousell la.. Nak letgo semua novel ni. Dari jadi tukun baik jual kan? Dapat jugak duit lepastu restok dms. Betol tak? Bijak kan? Otak biz pulak haku ni sekarang 😂😂😂

Ni bercita cita sebenarnya nak beli koleksi terbaru ANDREA HIRATA tajuk AYAH. Sekian lama aku tunggu, hari tu sesaja tengok website MPH dah ada stok. Yeay!!!  Padahal buku ni dah terbit 2 tahun lepas kat indonesia. Aku baru nak beli. Bacanya ntah bila la kan? Takpe, konsep aku beli dulu baca kendian kendian kendian nati kita pikir.. 😂😂

Gudluck diucapkan kepada diri sendiri.. Moga aku kuat menghadap MPH online nanti. Iman senipis kulit bawang ni macam2 aku borong nanti.. Saya ta kuadd awaaaa

Kbye!

Tiada ulasan: