Nuff is not Enuff

Rabu, Mac 16, 2016

Boros

Assalammualaikum..

Aku dan boros berpisah tiada..

Padahal kan da start niaga tu kan.. seronok je tengok duit tambah tambah.. mmg sayang nak guna.. sungguhpon bergitu, ari2 tengok website yang jual2 baju, tudung, kasut dengan airmata berjujuran.. T__T.. hahhaha.. tangan dah ketor2 masuk cart, sekali cancelkan order.. Perangai sangat!!

So, semalam ada yang nak beli jubah, die bg cash.. Alamak.. nak g bankin malas, so pegang je la cash in hand.. (tadi transfer kat supplier, dalam akaun da susut T__T)

Maka, bermula la episod boros..

Lunch hayati kata, "jom yu, kita pergi Tesco Cheras.. Teringin nak donut BigApple"

Ok!! *mata bersinar2

sebab kat situ ada jual baju2, aku panggil kedai Thai.. Cadang nak beli skirt lagi.. *Duit cash ada kannnn

Lepas parking, jalan je tengok2 pegang2 skirt.. kejap eh. kejap lagi kita amik awak jd anak angkat eh.. kejap eh

Yati kata "yu, makan dulu nati balik baru beli"

Ok.. g makan kat TEXAS Chicken tu.. padahal tadi dah kenyang sbb bungkus nasi lemak umi *maka episod gemuk pun bermula juga . HAHAHA (RM7)

Lepas dah kenyam, g jalan2 nak beli brooch tudung.. lepastu nampak stokin kaki.. (RM21)

Jalan depan lagi, yati kata nak "tengok je" tudung.. ok aku teman.. kakak tu kata tudung chiffon bubble baru sampai dik.. RM15 jer.. aku bg alasan, malas la nak lilit .. sekali die kata ada yg instant RM20 je dik.. cuba cuba cuba

maka...

Sambar 2 helai T__T.. ok lah kaler dark chocolate ngan maroon takdep lagi kan.. *sedapkan hati (RM40)



Jalan depan lagi jumpa kasut, mmg nak cari kasut sarung murah-murah buat gi keje je.. sbb yang skang susah nak zrapp zrapp la pegang budak.. entah mengapa kalo dah cuba yang baru, yang lama mesti nampak buruk... hahaha (buruk pon Crocodile ok!) - (RM25)

Yati ajak masuk Kings pulak.. Beli ciskek.. tak sedap! - (RM5)

Jumpa kanta pembesar ngan kompas tuk Niyaz.. beli murah2 je sbb die tu beli mahal pon rosak jugak.. - (RM5)

Total damage RM103..

Baiklaaaaahhhhh.... T__T..

Time nak pergi ke kereta, lalu kedai thai tadi, mata sayu jer.. Bye skirt, kita tak berjodohan arini TAPI, mungkin kita berjodohan esok atau jumaat atau minggu depan??

Kita takkan tau sebab jodohkan rahsia ALLAH?

hahaha...





Tiada ulasan: