Nuff is not Enuff

Isnin, Mac 28, 2016

Cerita Sabtu Ahad

Assalammualaikum..

Cerita simple jer..

Angah. Adik ipar yang sama nama tu (Ayu), masuk hospital Putrajaya jumaat lepas.. sebab operate buang cyst. auchhh.. so, mak metua ada kat sini, tolong tengok2 kan, masak ke apa yang patut. mak dtg dari hari kamis.

Jadinya, angah discaj hari sabtu pagi.. jadi petang tu nak melawat, dah alang2 tido sana terus.. (Dengkil).. Niyaz mensuka la jumpa alip&dira.. Yang alip pon tak sabar nak jumpa Niyaz. Padahal lepas jumpa, memasing bergaduh.. haha 

Angah tunjuk tempat operate, doc skang main tebuk-tebuk je eh? takde la die potong jait macam czer tu.. ni tebuk 3 tempat pastu sedut cyst guna apa? vaccum kot? hahaha.. memandai2 je aku ni.. tengok tu je dah ngeri.. macamana la orang operate beranak tu?

Hoi Inara, seb baik cepat keluar, mengkalau tidak, mami ada xperience kene 'potong.. Hihi

Ahad tu, adik sekupu dorang datang melawat. Campur anak die 3org lelaki kesemuanya.. *pitam.

Dengan Niyaz yang menangesssss jer, ntah apa mainan nak berebut.. dah ramai2 macam tu la kan..

Inara dalam ribut2 tu tidoooo.. kisah pulak aku kan? hahaha

aku makan banyak gileeeeeerrr.. sama je kalau ada mak, dimana-mana pon makan banyak.. pagi tadi timbang, fuh, masih menten.. ekekek.. saiko kan? takut gemokkkkk la weh!!

Lepas maghrib, gerak balik ampang.. Konon nak singgah memana, tesco atau giant nilai ker, saja ajak niyaz berjalan. Tapi huh, masuk keta, seminit lepastu tido! haaaaa.. tau ngantuk..

die ngan alip mmg tak tido.. dah kalo berdua tu mmg la.. Petang tu nak kena libas dah, baru nak angkat rotan tetinggi Niyaz kata "erak".. hahah.. terbantut nak rotan.. kalo idak, dah kena sedas..

Sampai ampang, Niyaz bangun, die kata lapa.. so singgah Fatimah Ghous. mamak jugekkkk... Aku pesan roti boom. Niyaz kalo datang sini tak sah tak order Nasi Lemak.. Skang dah up, pandai order air hijau berperisa KIWI.. habes pulak tu.. Dah pandai skang nak order air segala.. hahhaa..

Habes separuh jugak nasi lemak, orang makan ngan sambal, die makan ngan kuah dhal.. pencinta kuah dhal, macam mami jugak

Babah tak makan sbb mak ada bungkus meehon goreng petang tadi, banyak gilaa.. tak habes pon.. semua dah kenyang..

so, itulah cerita cuti saya yang lepas..

Jumpa lagi nect entry :)

Tiada ulasan: