Nuff is not Enuff

Khamis, Mac 24, 2016

Aiskrim Malaysia versi Sumi, Oreo, Choki-Choki & Jem Strawberi

Assalammualaikum..

Kan aritu kata ada buat aiskrim malaysia kan.. Resepi memana sama jer.. 

Bahan-bahan :-
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

Cara-Cara :-
Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
Masak air sampai garam hancur
Masukkan 3 tin air kosong
Kacau rata

Tapi sebab aku malas nak masak atas api, aku gantikan susu cair kepada susu segar Dutchlady.. haha.. pon bolehhhh.. sedap jugak per...

Ni kira resepi asas la.. yang flava tu boleh letak kendian..

Yang sumi, letak sumi yang dah potong 2,4.. nak letak sebiji2 pon bolehhhh.. ikut suka

*takde pulak gambo aiskrim sumi..


Terpaling zedap! Aiskrim Oreo

Atas ni oreo.. hancurkan masuk dalam plastik.. pahtu curah bancuhan susu tadi.. macam ni aku guna 2keping biskut.. krim buang separuh sbb aku tak suka manis.

Yang bawah ni aku letak choki-choki. satu choki-choki belah dua.. masukkan choki-choki tu, pahtu tekan bagi keluar coklat, kendian benyet2kan kat plastik aiskrim.

Choki2 tu pon zedap.. Strawberi tak dapat rasa, dah habes :'(

Yang jem stroberi tu tak sengaja buat.. sbb Oreo, Choki-Choki ngan Sumi dah habes, takkan la nak buat susu kosong.. Ting! nampak jem stroberi tu yang buat tu.. ehehehe.. Tapi habes dulu sbb 3 batang je, tak dapat rasa :'(

Beku sudah :)
Atas : Choki-Choki
Tengah : Sumi
Bawah : Oreo

Masa memula buat adunan, ingatkan sikit.. sekali bila bancuh, mak ai banyak gigilsss.. itupon aku tambah susu segar lebih, sbbnya resepi asal tu aku rasa manisss melampau.. tak tahu la kalu tekak korang kan..

pasni kalau buat tuk makan sendiri, family kecik pakai 1/4 tin susu pekat je ya.. 

Tapi aku takpe terbuat lebih pun, umah umi tentera ramai.. 2hari dah gone.. Kalau aku repeat buat, aku nak buat oreo je.. sbb tu paling sedap.. Choki-choki pon sedap tapi takyah belah dua.

Dah, sekian terima kasih.. 

Tiada ulasan: