Nuff is not Enuff

Selasa, Mac 22, 2016

Pengalaman bersalin Inara - Part 3

Assalammualaikum..

Sebenarnya part 3 ni aku nak tulis camni..

8.20pm ditolak masuk ke labour room.. selepas 9jam bertarung nyawa, tepat 5.45pg, lahir lah inara nuha ke dunia..

Tapi mcm bongok pendek sangat.. nati tak insaf pulak kalo baca (read : insaf beranak).. hehe
.........................................................................................................

ok cerita benarr

Lepas maghrib, nurse pesan soh standby kemas2 barang & call suami sbb nak masuk LR (labour room).. 

8.20pm ditolak masuk.. masa ni kecoh la, sbb aku baru 1cm dah masuk LR kan.. haha.. special needs maaaa.. baby da makan taik

Baring je atas katil, dos induce pertama mendapat.. orang kata induce sakit gilaaaa wooo.. sbb aku tahan sakit, jd layannnzz.. sbelum tu patutnya kena buang air kencing, pakai straw (mesin penyedut).. tp ada dua org doktor pompuan sibuk menyembang pasal makan mcd la apa la, tak dapat cari lubang kencing..

So pundi kencing aku penuh

Dorg pon tak bg aku ubat berak ke apa.. maka, usus besar aku juga penuh.

Mesin CTG tunjukkan mild constaction.. tiap kali datang sakit, zikir je la penawarnya..

masa ni mula la pikir mati. dah la tak mintak maaf lagi kat suami. huhu.. tak lama pastu, babah muncul. eh? boleh pulak masuk? kan tak dapat pass? klik sini tuk baca..

Rupanya nurse kesian.. dapat masuk sekejap je.. lepas mintak maaf, doa sikit2, babah kena keluar.. huhu.. gpon, niyaz ngan tok mak duk tunggu kat luar.. dorang ingat aku nak bersalin sangat dah tu... haha..

Padahalllll selepas 2jam masih lagi 1cm.. selagi tak beranak, setiap 2jam kena buat VE ya.. sakit berulang pergi.. masa ni mula la rasa, ok ini last.. tak nak ngandung lagi.. haha

Bilik kiri kanan, hujung sana  sini semua dengar bunyi baby.. aku je tak beranak2.. oh ya, kat sini ada sorg staff nurse teman.. baikkk sgt.. kalau aku dtg sakit, die usap2 badan.. kesian sangat die tgok aku..

4jam dah berlalu pergi.. aku masih 1cm.  masa ni aku berdialog dalam hati.. apa dosaku ya Allah? permudahkan urusanku ya Allah... Ampuni dosaku ya Allah.. aku berdosa dengan suami, dengan ibubapa, dengan sahabat.. maafkan aku ya Allah :'(.. dan mcam2 lg dialog hati aku

Akhirnya dos pertama habes.. doktor berkampung dan dorg cadang, masuk dos kedua.. aku doa2 cepat la beranak.. kalo tak aku kene czer wehh!!!

Sakit dtg lagi, kali ni lagi menggilaaaaa.. nurse tolong pujuk baby soh keluar 'baby  keluar sayang, sian mama sakitt'.. *sayu je rasa

Aku serba tak kena, mengiring kiri  mengiring kanan, menggeletar satu badan tahan sakit.. sakit sakit sakittttt...berpaut pada besi..

Dah 6jam masih 1cm.. doktor bincang dengan jururawat veteran, nama che som.. che som suh cek urine aku.. sbb kalau urine penuh, menjadi punca jugak jalan tak bukak.. sbb kena block la gitu.. tapi doktor taknak terima, doktor pelatih yg bercerita pasal mcd td tu kata aku dah takde urine.. (padahal tak jumpa pundi)

Masih sakit.. lepas 8jam buat lagi VE.. baru 3cm!!!! dah pukul 4.45am ni.. lama dah ni.. sampaikan aku dah naik marah kat baby..cepatlah keluarrrr.. tak tahan...

Nurse yg jaga aku tu tgok aku punya contraction dah tahap tinggi dah.. patutnya mmg dah boleh beranak ni.. tp ada yg block.. kebetulan doktor yg tugas tu handle patient lain, nurse dpat panggil che som tu jer.. che som tu tgok aku, die tanya dah kencing? dah buang urine? aku cuma mampu geleng sbb sakit sangat ..

Pasti che som tu pasang alat buang kencing tu, lepas sedut semua urine tu, baru la aku rasa nak terberak.. masa ni aku ingat aku nak berak.. aku jerit sambil ketor-ketor 'saya nak berakkkkkk''

Che som ngan staff nurse yg jaga aku tu, kelam kabut, sbb dah nampak rambut baby hoi!!! aku teran, baby keluar najis pon keluar.. opssss.. masa ni aku tak pikir malu ke, nak koyak banyak, tak kangkang, kepit kaki ke, nak angkat vontot ke.. yg aku pikir, baby mesti keluar.. aku taknak czer..dah tak tahan sakit..

Akhirnya  penantian 9jam, ngam2 azan subuh berkumandang, lahirlah Nur Inara Nuha bin Nazrullizam.. disambut oleh 2 org tu je.. takde ramai mcam niyaz dulu kat 20org tgok.. haha.. Yang bestnya, bila baby dah keluar die letak kat dada.. bonding gitu.. nurse tu cakap, haaa inilah budak yang taknak keluar tadi tu.. hiksss.. Perasaan masa ni adalah tak terucap. dapat tgok die.. walaupon muka, telinga penuh taik.. haha.. sayu jer,, akhirnya anak mami keluar jugak.. comel bangat!!!

Sekali doktor yg tugas tadi datang jengok, (sbb dengar aku dah beranak)..  che som tu cakap sambil tunjuk bekas, nampak ni urine die, penuh.. aku cakap taknak percaya, mementang aku ni nurse jer, taknak percaya cakap aku.. *membebel die kat doktor tu.. haha

Part menjait pulak, patutnya tak perlu sbb tak koyak.. to die jait sikitttt jer.. sikit sangat.. Alhamdulillah.. tak sampai vontot cam niyaz.. haha.. inara masa ni dah mandi, die letak soh nyusu, pandai je tak payah ajar... sama cam Niyaz gak..

Yg babah kat luar, baru lepas solat subuh, nurse panggil.. suami idayu, sila azankan baby.. Niyaz ngan tokmak dah balik kol 2pg, sbbnya Niyaz da tertido kat kerusi.. mak pon senguk-senguk, tp aku beranaknya tidak.. last2 balik jer.. nasib niyaz tak meragam.. babah citer, bukan main penuh org yg tunggu semalam, tinggal babah sorg jer yg tunggu.. ajer iye, mmg aku sorg je yg tinggal dalam LR. Paling awal masuk, paling lambat keluar.. hahhaha

Inara, pukul 9.46am
Dalam kol 9am dah masuk wad.. Ahad, Umi, ayah ngan izzah dtg dr KL, semata2 tgok baby, 2jam lepastu balik KL semula.. sabor je la.. haha.. pukul 5ptg dibenarkan pulang...

Inara pukul 1.43pm
tapi, kegembiraan sebentar cuma.. inara jaundice teruk..  :'(

Tiada ulasan: