Nuff is not Enuff

Sabtu, Disember 09, 2017

BIG BAD WOLF 2017, 8hb-18hb December 2017

Unplanned visit.

Tiba The Mines 11.20malam. Balik 3.20 pagi!!

Memang ramai beratur time nak bayar tu, tapi sebab kaunter banyak so urusan cepat.

Pengguna DIGI redeem reward kat My Digi App dan dapatkan ekstra 3% off.

Menjelang pagi tak ramai orang, so kalau nak enjoy pilih pergi la pukul 2-5pagi camtu.

Ramai tanya tutup pukul berapa? Sini tak tutup, 24jam sampai lah pukul 11.59pm 18hb. Datang je bebila dari tarikh 8hb-18hb.

Banyak buku baru tapi harga agak mahal juga.

Kami bajet rm100-150 but end up total semua rm320+ (selepas tolak diskaun BBW membership + 3% Digi).

😭😭😭 tu pun dah banyak pilih pilih tapi letak tepi time nak bayar. Amik yang peperlu sahaja. Muahahahaha

So biarlah gambar berbicara. Auchhh.

Ahad, Disember 03, 2017

Meh sini aku viralkan kau. Order kek tapi tak reti nak amik ye??

Assalammualaikum.

Wow dah lama teringin nak update blog ni tapi takde masa.

Ni sebab geram punya pasal, haa aku nak viralkan no budak yang kuang ajar dan babiadap. Ni bukan aku je kena. Ramai lagi yang kena ok?

Sangat tak bertamadun. Sungguh sesuai tahap muka longkang ngan tahap otak kau tu berfungsi. Keja nak buat taik je.

Selama ni takde siapa nak viralkan kau? Haa meh sini aku tolong femeskan kau lagi. Agaknya selama ni mangsa diam je, so berani lagi la kau buat pasal ngan orang lain? Kau jangan sampai aku kumpulkan bukti & mangsa lepastu buat report polis. Perangai cam hannatttt.

Atas ni order die. 

Memang die dah banyak kali order, tapi tiap kali die order ku rasa tak sedap hati. Sebab aku pernah dapat pesan dari seorang baker, die ni memang jahat. Selalu kansel order.

Tiap kali dapat order die memang rasa resah dan tak sedap hati.

Pasal haritu aku berani terima order die, sebab keesokan harinya mmg ade orang order kek. Jadi kalau die kansel pun mmg aku tak kisah.

Tapi sebab geram, dan nak bagi pengajaran. So aku kena la kongsi kan jugak benda ni supaya ramai lagi tak kena cam aku ni ya.


Pesan dari seorang otai baker kat ampang ni, sejak ku tahu memang aku sentisa berhati2

4kali terkena beb

Bajet kaya. Mulut manis. Tapi berlagak. Cakap nak up je. Tak pernah kalah. Tak mampu tu tak yah la berlagak sangat. Bodoh sombong.


Lagi seorang mangsa. Akak ni jual kuih muih dan kek bajet je. Pernah kena jugak dengan si Emma Vavi ni.

Ni lagi sorang mangsa adik M (jual kuih muih dan kek bajet) serta kawan mangsa (jual makanan). 


Termasuk aku ni ade 6 orang terkena ngan die. Kuang ajar sangat perangai tu.


Kau tak kisah yer? Haa harap tak kisah aku viralkan no fon kau kat sini. 

Untuk semua baker ampang, atau peniaga makanan kat ampang ni. Kalau ade no ni nak order, jangan ambik order die. Sangat babiadap.

Khamis, Mac 16, 2017

Penghianat dalam grup sendiri

Assalammualaikum.

Haha.. Ape2 aku gelak dulu. Bukan apa, perangai orang ni macam2 ragam kan? Padahal depan bukan main baik macam kawan. Tapi belakang macam musibat.

Aku tak pernah sangka la aku akan kena camni sebabnya semua orang pun aku layan baik je. Kecuali kalau kau sombong tak bertempat memang tak lah.

Ok la.. Ni nak cerita pasal agen. Sebenarnya taknak cerita, nampak macam tak profesional pulak. Tapi takpe kot citer kat sini, kan blog personal aku? Sebagai tanda ingatan dan buat aku berhati2 lepasni.

Citer ni pasal balik muar aritu, adelah sorg agen aku si A ni katanya nak order produk. Aku kan kat muar, tengah pikir2 cemana nak arrange, tetiba die bgtau dah deal dengan sorang lagi agen aku si S. Aku pun bersangka baik la.. Ala, cam aku la kalo tak cukup stok aku deal je ngan adik beradik agen aku yg lain.

Tetiba bila aku da sampai KL satu malam tu si S ni call. Die marah-marah aku, katanya aku ni tak pandai jaga agen. Biar je sesiapa datang dan jumpa agen sendiri. Kau tak takut agen kau kena sailang lagi ke? (Oh, aku ade sorg agen kena sailang, tp takpe tak kisah pun yg ni.. Haha)

Ok sambung..

Aku macam "eh? Siapa pulak yg jumpa kau?". Bukan ke kau kata si A datang nak tukar produk? Takkan lah.........

Pastu S kata "haaaa, kau rasa?".. Pastu si S kata die tak sedap hati masa nak jumpa si A ni, die dapat rasa sesuatu. (Die ni pandai baca2 orang). Rupanya betul. Datang umah memalam, nak tarik si S ni join grup die. Nak jadi stokis la katakannn.. Sales rm5-6k bila stok tak jalan pun dah meleseh2, ade hati nak naik stokis.. 😂

Tapi cita cita tu bagus lah. Cumanya nak tarik agen orang lain tu perangai busuk la beb. Agak bijak la cari yg agen sales lebat, tapi tak berapa bijak sebab die pikir semua orang cam die mata duitan. Haha.. Ade yg lebih berharga dari tu ya. Iaitu erti persahabatan.. Aku kenal S lagi lama dari aku kenal kau. Dan kami rapat bukan setakat produk ni je, tp suami memasing pun kawan.

Haku walaupun terkejut rasa nak mencarut semua ade, tp buat lek buat cool sbb aku pikir aku bawak nama grup je. Lepastu aku melayannnn je die lagi. Saja nak tengok drama apa.

Yang si S pun pandai la korek korek bg info.. Haha.. See, orang baik Allah tolong. Tak perlu la aku nak susah payah. Ade je yg bg info.. Haha

Kemain aku baca semua wassap die kat S. Kelakar nak mampos. Nak bg percent die kat orang.. Lawak apakah itu? Aku leader die ke kau leader die? 😂😂

Tak ada dalam grup leader nak kecik hati. Dah nama grup leader, kau bukan leader. Grup tu pun buat sebab ajk event lavender hall tempoh hari. Dah berkubur dah pun. Kau ingat kau create scene tu si S akan curiga kat aku la? Tolong la.. Tak kelakar tau?

Yg pasal pilih mummy leader yg baru pun nak jadi hal. Kecik hati sebab tak ajak bincang.. Bincang waklu, bukan aku ketua. Biarlah die nak pilih sapa pun. Grup die. Kau dah kenapa? Pastu kata tak telus. Sailang agen orang tu telus sangat kah?

And macam2 lagi la.. Rasa nak muntah tengok pembohongan segalanya ni. Aku tak kisah kalau kau setahun tak contribute sales. Kau nak duk dalam grup tu lama mana pun ok. Jenis aku mmg tak suka push org buat sales. Kau buat, kau dapat. Tapi sejenis pelik la, 3 bulan tak beli apa tetiba cakap stok lama tak laku. Ke restok ngan orang lain? Ade hati nak tukar stok botol lama, dengan nak beli sekotak produk baru gamba pengasas. Eleh, nak selfie lettew. Sori, tak layan. Haha

Nak layan orang bermuka, dengan aku jadi bermuka tapi sekejap je la.. Haha..

Walhal dah mendidih ni tp layan cam biasa.. Dalam grup semua da perli2 sebab semua dah tau. Hahha.. Aku mmg sengaja cerita kat org supaya berhati2 dengan spesis camni. Semua cam OMG, tak sangka!!!

Ade sekali tu aku rasa aku da fedap nak layan, aku bg bluetick je.. 2 kali die tanya aku buat keras. Esoknye tergempar, die left grup.. Ahahahaha.. Semua suka tepuk tangan.. Drama keling dah habes. hahaha.. Tapi kat wassap personal aku berjela die membebel. Well orang dah salah kan? Takut lettew org tau rahsia.. Padahal dah mmg tahu.. Saja nak tengok kebodohan.. Jap ..tepek sini.


Lawak gila.. Dah salah menuduh aku pulak tu.. ade ke menuduh bembukan.. Siap kata handle staff 50 org.. Kat si S cakap nak uji la apa la.. Hahahaha.. Lawak gila.. Oleh sbb die kata suh kopipes punca die left, aku pun tepek la tu kat grup. Cam biasa, mengundang la.. Semua kata, ape die merepek? Hahahah

Bab tuduh aku dengar cakap org tu kelakar.. Yg die pulak cakap tak selesa dengan mummy leader tu kenapa pulak? Pernah jumpa? Die pun sama gak dengar dari mulut2 org. Lepastu tuduh si D dan L gado.. Padahal org tu bff. Hahahaha.. Aku citer je semua kat mummy leader. Naseb die cool. Dah riki2 rerupanya memacam cerita dapat.. 😂😂. Naseblah.. Da ludah jangan telan balik tau.

Aku mmg rasa lega sangat sangat sbb tak payah nak mengadap die lagi. Lagi satu takpayah nak simpan penghianat. Dalam grup sendiri pulak tu.. Orang yg jahat, mesti Allah jauhkan. Alhamdulillah. Oh lagi satu.

Tadi mak ratu saja scroll frenlist kat FB, tengok mak si A die dah unfren. Lepastu si A pun da unfren. Mak ratu tanya kat grup. Ntah la, aku cakap tak tau sbb aku da unfolo. Masih fren tp unfolo je. Tetiba tergerak hati nak cek tadi.. Dah block sbb tak jumpa. Hahahahahaah.. Ade tersakit hati dengan apapa post ai kerrr?

Ke sakit hati ku dah temui pengganti lagi banyak? 😂😂.. Lanttak lah labu.. Bebila nak stalk leh je, sbb FB ai public yuuu.. Kalo terbaca ni, nak bgtau ai lagi 5% je nak naik stokis. Takpayah susah payah nak kumpul modal sampai 40k semata2. Hahaha.. Baju rm30 pun kata nak korek sana sini. Padan la apehal rasa sengkek sangat sampai baju tshirt tu pun nak kena korek... Oo rerupanya nak cukupkan lagi 2-3k nak naik stokis. So dah pos baju percuma haritu sebagai adiah, sikit pun tak cakap terimakasih atau dah sampai ke apa ke..? Hahaha.. Yerlah kan tak perlu terkorek sana sini rm30 😜😜.. Siannya...

Banyak lagi sebenarnya cite.. Takpe lah.. Ni pun dah cukup kot. Nati kalo jumpa next event jangan la lari lari.. Nampak sangat buat salah. Cam kat terengganu aritu? Ecececececce


Selasa, Mac 07, 2017

Asam Pedas kedua kalinya menjadi!!!

Assalammualaikummmm...

Alhamdulillahhh dan yeay!!! Akhirnya percubaan kedua buat asam pedas berjaya!!!

Kan da kata, die punya trick tu tang nak kena garingkan cili je.. Kalau da berjaya atasi step tu mmg terer laaaaa...

Clap clap tuk diri sendiri.. Clap tuk asam pedas je la.. Yg sambal tumis itu kendian kita pikir. Sebab itu adalah sejenis ngeri.. 😂😂

Ok lah.. Nak take note kat sini sebagai rujukan aku jer.. Dah pro jgn kondem. Kau nak kondem pun kisah pulak haku kan.. Blog aku, aku punya sukaaaaa laaaaaa.. Hahaha

Masa nak masak pastikan babah takde.. Supaya kau masak bertenang-tenang.. Tenang tak tenang la jugak sambil kuntau anak anak.. Tapi itu lagi bagus daripada kau susah hati laki kau ade, pastu menggelabah jadi ke idak masak ni, nak impresskan laki. (Padahal laki tak kisah pun).. Haha.. Kalo dapat laki kaki komplen dan kondem, masak time die takde supaya rasa nebes berkurangan. Ok?

Pastu tadi aku buat pes asam pedas tu on the spot nak masak. Bukan pakai cili yg da siap blender homemade tu. Saja kisar fresh fresh.. 😂😂 .. Amik 20 tangkai cili kering pastu rebus dan buang biji semua. Tunggu sejuk kisarkan ngan 3-4biji bawang merah, 3ulas bawang putih, belacan seinci ngan kunyit idup secoit.. 😂😂... Trrrr jgn letak air.. Letak minyak..

Pastu panaskan kuali, buh minyak banyakkkk sket.. Ni la petua die kalau nak cili garing yaaaa ayu! Jgn nak healthy sangat kalo nak sedap 😂.. Tunggu minyak panas pastu tuang semua cili.. Kacau bagi sebati.. Biar api kecik pastu tunggu sampai naik minyak.. Jangan kau salah masak lagi kang kau yg naik minyak 😂😂

Caranya ialah kaler merah tu tukar dari merah dara ke merah merun. Pastu minyak pun bertakung kat atas.. Bila da wongi naik bau semua masukkan air sikit pastu biar lagi sampai garing lagi.. Pastu baru la masukkan air asam jawa, bendi ke,  daun kesom ke, pastu biar didih. Lepastu masukkan ikan, garam dan rasa cukup masam tak? .. Kalo tak cukup, tambah la asam jawa pes tu.. Biar didih lagi.. Tutup periuk tu.. Api kecik je tau ayuuu.. Kau nak bukak api besar2 kau nak pi mana? 😂😂

Gula jgn mandai2 nak tambah walaupun laki kau suruh. Asam keping pun jangan.. Hahah.. (Laki aku ni suka menambah..) Pastu tak sedap.(sebab tu kena masak time die takde, ok?).. Serai tak payah. Jgn ikut resepi yg kau tak pernah buat, jintan ke, biji ketumbar ke. 😂😂.. Itu da pro, biarkan.. Kau ni baru masak asam pedas dua kali.. Biar pro dulu ok?

Hahah.. Bongok je cakap ngan diri sendiri.. Ok lah.. Masa da masak tu bau die sedappp mintak hampon. Aku pon cedok nasi, tp tak amik ikan.. Makan kuah je.. Konon nak rasa laaaa kuah die jer.. Aku tambah nasi 2kali.. Makan ngan kopok ikan jer.. Perghhhhh mehbeles wa cakap luuuuu

Tak sabar pulak tunggu babah balik.. Siap kol lagi tadi kol 3 tanya kat mana.. Die kata ontheway balik.. Hahaha.. Mesti die pelik apesal pulak nak kol tetiba.. Hahhaa

Setengah jam camtu die sampai umah.. Pastu cedok nasi dan bukak periuk cedok lauk sendiri.. (Aku tgah susukan inara).. Babah duduk makan diaaamm je..

Sesambil tu tanya die "sedap tak asam pedas tu? Jadi tak ayu masak?' sesambil tanya muka nyorok separuh dibalik meja..haha

Pastu babah senyum simpul..die cakap, "mintak resepi mak ker?".. Ceh ceh   itu tandanya apa? Muahahahahaha.. Tu tanda sedap la tuuuu.. Tambah dua kali..

Siap cicah roti kendian siap cakap "esok, bleh la buat lempeng'.

Kau rasa??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa 😂😂

Petang tu aku buat karipap, tapi karipap tu plain je tuk budak2. Tak pedas. Cakap ngan babah "ni kalo ade cili padi potong sedap ni". Pastu babah balas, "ade sambal tumis pun sedap." Cecepat aku sampuk, "tu ade asam pedas tu".. Hahaha

Babah gelak .. Die cakap "tak habes2 nak promot asam pedas dieeeeee"

Haruslah.. ai dah berjaya yeay, masak satu lauk kegemaran..

Esok die kata nak beli kacang hijau pulak.. Nak buat bubur.. Hamboi kemain eh task die skang... Dah lepas asam pedas, bubur pulak.. 😂😂

Btw yg langkah2 di atas tu tuk diri aku sendiri tau. Yg pro takyah nak ikut step ni .. Korang mesti lagi power masak.. Kasik chan plizzzz...

*pescili tu guna je semua sampai habes.. Tak perlu simpan sbb tadi kuah tak banyak tuk dua potong ikan .

#notadayu #untukdirisendiri

Ahad, Februari 12, 2017

Sejenis sayang barang

Assalammualaikum..

Aku selalu bercita-cita nak buat umah lebih kemas dari sebelum ni.. Maksudnya nak buang barang2 yang tak perlu, nak besarkan ruang sikit, nak pastikan benda2 yg ada adalah betul betul perlu SAHAJA!

Tapi aku tak boleh la.. Sebab aku jenis sayang barang. Seboleh mungkin aku nak simpan. Kecuali kalo da bebetul rosak baru aku buang.. Contohnya tadi, masa lipat2 baju inara yg dah kecik (Yang sebenarnya baju tu pun recycle dari Niyaz 😂).. Aku nak simpan, tp untuk siapa? (Ehem, inara bongsu ya) .. Misalkata nak bg org, org nak ke pakaian terpakai. Kat mata aku masih cantik, tp kat mata org mungkin layak buat kain buruk jer.. 😂😂.. Nak bg rumah anak2 yatim pun tak sesuai pulak.. Better bagi yang baru kalau niat sedekah.. Betul tak? Nak buang sayang.. Sebab baju tu ada memori.. Niyaz dan inara jalan kedek2. Ahhhh cepatnya memasing membesar .. Rinduuuuuu

Haritu masa buang baju newborn kat rumah opah, aku campak dalam tong sampah lepastu belek balik, campak balik , amik balik.. Last2 mak aku campak, tutup plastik tu dan buang.. 😂😂.. Haha

Hati tersiat sayuu gitu..

Sama jugak dengan baju2 aku yg dulu. Zaman pakai baju kurung tp kain belah.. Nak jual/bagi orang, nati yg pakai tu dapat dosa, aku pun dapat dosa.. 😂😂 tapi kalo nak buang cantik kot? Ada yg fully beads tau. Semua jahit sendiri.. Berat pulak tu.. Baju ikut cutting. Almaklom, walaupon dulu chubby tp masih cutting menarik ok? Hahaha.. Cuba kalau sekarang? Koyak la kalo pakai.. 😂😂

Baju nikah pon terperuk je kat situ.. Padahal yg baju pengantin lelaki dah naik lusuh siap ada tahi lalat lagi sbb selalu berpakai 😂.. Apesal lelaki badan mesti menten? Jawapannya sebab die tak beranak.. PAHAM??? * tetiba garang.. Haha

Pastu aku selalu pikir, benda ni kena simpan.. Kalaupon tak perlu sekarang, mesti perlu kemudian.. Nati bila suatu hari nak pakai, baru lah cakap "haaa, naseb baik simpan. Naseb tak buang".. 😂😂.. Konsep die simpan dulu, guna kemudian. Yang penting bila nak guna dah ada. Paham tak? Hahaha

Mainan bebudak pun sama. Padahal benda kecik je tp sentimental value tu buat aku mental tau.. Ade sekali tu kemas2 lego kekecik tu.. Niyaz dulu bukan jenis pengutip, tp si inara pengutip tegar. Semua nak masuk mulut. So bahaya la.. Nak taknak kena buang, sbb da banyak hilang. Lagipun asik terpijak je.. Sakit.. Jadinya masa nak buang tu, imbas la kenangan. Yess, aku ingat semuanya..
Lego ni, mak usu Izzah die beli. Mak usu baru tingkatan 1. Die ada kelas sukan dekat bangunan futsal depan aeon big tu. Jadinya masa nak balik tu, die menyinggah la kejap. Masuk dalam aeon big die jumpa set lego ni, toys yang paling murah kat situ.. Die beli guna duit yg die kumpul, tuk bagi adiah kat Niyaz sebab anak buah sulung. Terharu kan baca? Ape la perasaan mak usu kalo tahu dah buang  yang tu? Mesti sedih kan? 😭.. Die tak tahu ni, jangan bgtau die ya ..haha

Sis sedar rumah sis kecik, tapi sis masih hidup dalam memori ni.. Cemana sis nak buat ya?? 😂😂.. Ade aku tengok org hati kering.. Baju padahal masih baru , pakai 2-3 kali leh asing tepi nak bagi org.. Aduhai.. Kalo aku kaya pun aku tak rasa nak buat camtu. Membazir dan sayanggggggg sangat..

Setiap satu ada memorinya.. Nak ditinggal sayang. Nak dikenang, rumah bersepah.. Hahaha

Babah bebaru ni ada la kemas bilik opis die tu.. Masa die kemas aku tak tengok, tapi die keluar bawak beg plastik besar.. Aku masa tu tengah masak.. Konon nak intai sikit apa la yg die buang.. Tapi aku usaha tuk keraskan hati.. Jangan tengokkkk.. Kang kalo ada benda aku, mesti aku nak simpan dan bawak keluar.. Hahaha.. Bukan boleh aku ni.. Jadi biar je die buang.

Trust me. Benda yang aku simpan tu sbenarnya bukan nya aku pakai pun.. Baju yg tak pakai ni pun semua dah la tak muat, memenuhkan almari je pulak tu. Kan bagus kalo 2 pintu baju aku, jadikan 1 pintu baju babah, dan 1 pintu baju aku? Kan da jimat ruang? Betol tak?

Aishhh.. Dalam pala otak nak buat macam2 nak hias rumah..babah tak bg sebab bukan rumah sendiri. Tapi nak tunggu umah sendiri bila? Kan bagus kalo prektis dulu.. Hahaha.. Tapi kalo nak kemaskan sekarang pun tarak guna, sebabnya anak2 tengah melasak mintak hampon.. Terutama inara.. Aku punya meja makan, kusi dah naik atas terbalikkan.. Macam kita susun kat sekolah tu, kalo nak menyapu lantai.. Haa, camtu lah buat sbb die memanjat je skang.. Dah jatuh pun tak serik.. Eeee geram!!!!


Tengah usaha nak beli kabinet dapur nak simpan semua periuk2 loyang2 masa baking dulu, plastik2 tipuware yg takde tutup, nak buang je. Tapi tulah, kalo buang, susah pulak nanti nak tapau apapa... Huwaaaaaaaaa.. Tensennya..

Eric cheong tu da tak buat deco deco ke eh? Nak upah die mahal tak? Hahaha


Selasa, Februari 07, 2017

Sebab tu aku tak suka masak.

Assalammualaikum.

Benci. Eh bukan benci kat korang.. Cuma aku benci kat diri aku ni.. Bebal sangat part masak2 lauk ni... Arghhhhhhhh

Sakitnya hatii!!! Dah la tak kenal jenis ikan.. Ikan ni pon dapat free je masa babah gi terengganu aritu, die ade pergi jeti. Nelayan baru naik. Die beli ketam je, dengan ikan sikit2.. Lepastu tetiba ada nelayan lain, hulur plastik sebungkus, org tu kata "amik la bang .. Rm10 je".. Babah pon beli la. Bila tengok dalam tu berlambak ketam.. Ade dekat 15 ekor kot? Tp tak besar sangat.. Lepastu ada sekor ikan besar dan 2 ekor ikan kecik.. (Tak tau jenis ikan, maafkan saya 😂😂).. Murahkan? Kalo kat sini mesti dah rm50++ tu.

Jadinya ikan yg besar tu dapat la belah 4 . semalam goreng tp masyaAllah banyaknyer tulang.. Aku ni dah la juara tercekik tulang.. Makan semalam siap pakai cermin mata sbb nak suap inara dan Niyaz.. Manis isi ikan tu.. Sedap.

Jadinya tadi, pagi2 pergi kedai cari daun kesum tomato, kunyit hidup. Cadang nak buat asam pedas sebab sesuai sangat isi ikan tu manis2 buat asam pedas. Aku ni pestime masak ni tau! Sepanjang 5 tahun kawen.. Hahahaha

Sebelum masak tu, bg msg kat umi tanya ikan jenis apa.. Saja nak tau. Lagipun senang nak gugel resepi nya.. Haha.. Yerlah, mana la tahu asam pedas setiap ikan kena masak cara lain2 ker.. Hahahah.. Bongok jugak aku ni kan? Hahaha..


Umi kata ikan parang.

Oklah mari masak.. Cara die kebanyakkan semua sama je.. Tumbuk itu ini, goreng terbit minyak. Tapi tadi aku rasa tak garing sangat lagi la.. Dah tu tuang air dan air asam jawa.. Kacau2 tapi rasa die pelik la.. Siyes.. Gugel lagi ada yg suh masukkan sesudu gula *ni bila kenang ni yg rasa nak sedih nak marah semua ni.. Grrrr..

Lepastu bila da didih tu rasa die tak sedap wei.. Aku cakap ngan babah, "cer rasa.. Kalo tak sedap ayu nak buang.. Sebab belom masuk ikan.. Ikan tu kang goreng je la. senang! " **fedap dah ni

Babah tak tau la amik hati ke apa.. Die kata "ada rasa dah ni. Takpe, tunggu die mesra" katanya.. Siap sambung "jangan buang, nati leh masukkan mi ke".. Buat lawak ke abang oi?? Ke perli???!!!

Ok lah.. Aku pon didihkan lah lagi dan masukkan ikan dan tomato. Bila rasa semua cam ok je. Boleh laa.. Tapi ada yg kurang, tak tau kat mana ntah..

Kendian, tibalah waktu makan malam.. Babah pun makan.. Die diammm je.. Aku tanya, "bagi lah komen!" Die cakap, "boleh la, ada jugak rasa ni".. Pastu aku pon cuba, yarkk apesal leh manis ni? Asam pedas tapi manis? Mungkin rasa isi ikan tu kot + gula sesudu td? Ni yang buat aku bengang ni

Huwaaaa benci sebab frustkan babah.. Benci benci!!

Babah kata "takpe, nanti masak lagi"..

Huh, cakap senang la. Ni mesti tak sedap sebab die suh aku letak buh asam keping. Die kata mmg kena letak asam keping.. Apesal aku gugel blog dan tengok buku resepi takde letak asam keping? Asam jawa ajerlah! Mandai2 je babah ni! 

Ikutkan ati aku nak buang je.. Menyampah la heh.. Tu tadi masa kemas2 dapur lepas makan tadi tu, aku tenggekkan balik periuk tu, bancuh air asam jawa, letak lagi dan tambah garam sebab nak kurangkan rasa manis tu.. Huh

Pastu aku rasa cam ok.. Aku harap esok makan cicah lempeng sedap la.. Kalo tak aku humban je kat sinki, dah pergi lah kau dengan tenang. Gudbye forever asam pedas. Huh!

Buruk perangai kan? Sendiri tak pandai masak tapi nak emo2 salahkan makanan.. 😂😂.  Ai is sadddddd tau tak!!! Grrrrrrr

Yang resepi ni pon banyak sangat versinya heh. Takleh ke sejenis je resepi? Sambal tumis pon tak habes lagi khatam lagi versi2 yg ada, dah masuk versi asam pedas pulak. Matilamakkkkkkk..

Hate cooking! 


Nah la asam pedas pestime masak. Rupa ada, tapi rasa takde.. Ape yang kurang pon tak tau lah. Mungkin sebab aku tak suka masak kot? 😂😂😂

Jumaat, Februari 03, 2017

Tak pernah menjadi kalau masak sambal tumis, kecuali.....

Assalammualaikum..

Muahahaha.. Tajuk tak agak2. Ok la.. Aku mmg bebal tahap mintak hampon bodohnya kalau bab masak sambal tumis. Mmg bengap la pendek kata.. Haha

Tak tau nak sedih ke nak gelak.. Kalo aku kompilasikan pasal sambal tumis aku, mesti korang gelak guling guling.. Bongok nih. Sampaikan aku selalu kagum kalo nampak orang buat sambal petai udang, sambal bilis, dan sambal2 lain tu.. Siap tenung lama2 gambar dorang tu.. Apesal aku tak pandaiiiiiiiii...

Ade sekali tu, masa tengah cod produk dms kat tukang masak ni, siap tanya tips lagi. Anak2 die pon pandai masak sambal. Ajerrr gerammmmm je nengoknya.. Pastu macik ni kata, "ape yang susah, blend cili kering, bawang, belacan, goreng terbit minyak bla bla bla....". Yerrr, yang senang tu la susah bagi saya tau.. Huwaaaaaaa

Dah la kalo gugel (yes, aku gugel) ada macam2 versi. Takyah g jauh la.. Umi aku ngan mak mertua je dah dua versi.. **pitam 😂😂..

Cam umi, rebus cili kering pastu blend dengan bawang banyak2, lepastu terus masak dalam minyak panas atas api yg kecik, lama berejam rejam sampai terbit minyak. Sampai bau wangi. Lepastu die just simpan dan bila nak masak, amik secedok lepastu bubuh binatang dalam tu, dan kacau2 siap dah. Ni versi ready made la umi buat. Kalo nak buat mee goreng, nasi goreng semua senang dah. Sebab tu dulu masa belom kawen, aku berlagak la sbb aku masak apapapon sedap.. Padahal guna sambal umi.. Kahkah *pecah rahsia

Manakala, yang mak mertua pulak. Rebus cili kering, lepastu blend dan tapis biar kering airnya kendian terus simpan dalam peties. Misalkata nak masak, baru tumbuk bebawang. Tp masa nak masak tu makan masa la sebab nak tunggu sampai pecah minyak..

Tapi kalo ku malas nak blend, aku beli je cili kisar yang brand puteri tu. Gugel kata (gugel lagi .. Haha) cili kisar ni sedap dah ada garam, asam gula semua. Tapi tetap tak sedap jugak aku masak 😂😂

Selalu aku buat versi umi, tp ntah la apesal tak menjadi. Kadang macam lebih bawang, rasa maung je.. Kang kalo lebih cili pedas pulak. Lepastu kalo masak api kecik pun selalu hangus, api besar lagi lah. Pastu kang nak masuk air asam jawa dah satu hal lagi. Terlebih masam, terkurang takde masam pulak. Gula lagi satu penjahat! Grrr!! babah kata nak sedap bubuh gula, tapi aku tak suka manissssss.. Tapi kalo buh sikit, rasa die tak naik dan tak kilat.. Pendek kata aku mmg bengang la kalo masak sambal tumis. Ade tu masak sambil menanges.. Rasa sikit tak sedap. Tambah itu ini tak sedap. Last2 buang je.. Tak tau salah kat mana 😭😭.. Memang tak sedap lah everytime masak sambal. Rasanya punca garingkan sampai pecah minyak lah kan?  Fedap!!!

Ni tadi blend cili kering, lepastu blend asing dengan bawang, kendian letak belacan sikit. Ikut cara mak mertua pulak. Takyah masak. Terus simpan peties. Nati cuba yang ni pulak. Mana tau sesuai.. **sesuai waklu, ingat ni set dms ke? Hahaha..

Tapi, dalam pada tak pandai masak sambal tu, rasanya yang sejenis lauk ni je ku expert. Iaitu sambal sardin 😂😂.. Dan hari ni terasa cam terlebih sedap pulak.. Mungkin sebab buh belacan kot? Hahaha

Dan bawah ni, antara gamba2 sambal yang syodoh .. Tengok pon dah tau tak sedap.. 😂.. Ade lagi tapi banyak dah buang sebab bengang.

Atas ni telur masak sambal kicap. Siap pesan kat babah.. Ni bukan hangus tp sebab kicap.. Sebab ade sekali masak hitam camni, terhangus.. Lepastu rasa die dah split. Ada part yg masin sangat, ada yang manis sangat, ada yg pahit. Babah lagi biadap, die siap cakap 'uwekkk'.. Hamboi.. Daku siap bg jelingan maut lagi.. Haha


Yang ni masak nasi lemak lauk sambal telur puyuh. Guna banyak minyak konon kata sedap.. Konon je.. Yg ni babah take over sebab die yg ejas. Manisssss tp die kata sedap. Ingat ni manisan ker? 😂😂

Ok lah.. Kalo berjaya masak sambal sedap guna cara mak mertua tu, nanti ku bgtau ya.. Takpe la, bodoh bodoh dulu, pandai2 kendian.. Lagipon semua ni kena prektis. Dah siapa yang malas belajar masa remaja? Hakuuuuu jugakkkkk...

Kbye..






Khamis, Februari 02, 2017

Hobi yang ditinggalkan

Assalammualaikum.

Malam ni rasa nak membebel. Tapi takde topik hangat atau topik tertentu. Kita bual2 random saja ya.. Hikss

Ni tadi sebenarnya berpikir nak baca novel. Dah berapa hari tersadai atas lemari ni ha.. Haritu masa tengah lepak2 boring, teringat nak kelebet lemari buku. Sbb rasanya masa sebelum beranak Inara ada beli novel baru. Tengok2 ada dua  buah novel RAMLEE AWANG MURSHID yang belum baca. Tajuk MAGIS dan lagi satu RAUDHAH. Kalau tak silap masih ada novel baru RAM keluar. Tapi dah tak ikut perkembangan beliau dah. Aduhai.. Rasa cam sekejap rupanya dah dua tahun berlalu sbb masa beli ni tahun 2015.

Haku kalo mengandung je suka baca novel sebelum tido. Tak tau la habit apesal ntah. Lagi satu main sudoku. Eh tapi skang ni aku tengah piyed.. Nenenene.. Ingat masa mengandung Inara, sebelum tido baca buku pastu letak atas kepala. Ngam2 dah sarat nak beranak selesai satu novel, lepastu balik muar, beranak.. Lepastu pindah dari langat ke ampang, mmg tak usik dah semua novel. Berabuk semua ada.. Huwaaa.. Sayang gilerrrr..

Dulu sejenis pengumpul tegar, sampai bapak aku bising.. Ko bayangkan la dulu novel rm19.90 .. Kalo ada 50buah dah berapa? Tak ke dekat rm1k? Itu 50. Kalo 100 buah? Hahahaha.. Padan la bapak aku bising. Ni tengah kira2 nak jual. Tapi cam sayang.. Dah la ada yg kongsi2 beli ngan angah.. Ni die dah kawen pon tak bawak pindah novel. Huhu. IzzahAisyah jangan harap la.. Die generasi korea. Mana la minat baca2 ni. Baik layan video kpop. *mata ke atas

Aritu mak aku kemas2 buku dalam bilik kitorang (aku + angah + izah) tapi skang dah jadi milik izah sepenuhnya sbb kitorang dah pindah. Mak aku jumpa selambak conan dan doraemon yang aku kumpul. Selamba je mak aku suh izzah bg kawan2 die.. Sebab mak aku kata semak..  Dah la tak bgtau.. Haha.. Itupon dapat tau bila ada suatu hari tu kawan izzah datang, pastu nampak izzah bawak komik conan.. Ku tanya nak bawak g mana? Die cakap, umi suh bagi orang.. Oh maiiii.. Akak kumpul kot? Dah terlambat nak halang sebab yg izzah bakal bagi kawan die tu, last koleksi. Sekian, terima kasih. Hahaha

Alah, tapi betul la tu kan? Kalo buku tu ada kat situ pon ko bukan baca. Kalo takde pon bukan ko kisah sangat pun. Move on pliz... 😂😂

Lepasni nak create account shopee atau carousell la.. Nak letgo semua novel ni. Dari jadi tukun baik jual kan? Dapat jugak duit lepastu restok dms. Betol tak? Bijak kan? Otak biz pulak haku ni sekarang 😂😂😂

Ni bercita cita sebenarnya nak beli koleksi terbaru ANDREA HIRATA tajuk AYAH. Sekian lama aku tunggu, hari tu sesaja tengok website MPH dah ada stok. Yeay!!!  Padahal buku ni dah terbit 2 tahun lepas kat indonesia. Aku baru nak beli. Bacanya ntah bila la kan? Takpe, konsep aku beli dulu baca kendian kendian kendian nati kita pikir.. 😂😂

Gudluck diucapkan kepada diri sendiri.. Moga aku kuat menghadap MPH online nanti. Iman senipis kulit bawang ni macam2 aku borong nanti.. Saya ta kuadd awaaaa

Kbye!

Isnin, Januari 30, 2017

Makan di Al-rawsha

Assalammualaikum..

Ni nak sambung cerita pasal sambutan besday babah aritu.. Takde buat apa pon sekadar pergi keluar makan je.. Haha.. Sebab kek ashkar Niyaz aritu ada lagi. Jadi takpayah nak beli kek banyak2.. Nati aku yang gemuk.. Haha..

Ikutkan nak belanja nando's je, tapi malas jejauh.. Yg paling dekat kat ampang point. Babah taknak pulak. Ok lah, pilih nak makan kat KawD burger bakar, kat ampang waterfront tu je.. Dekat.. Siap dah usha semua instagram dan FB die. Terliurr dah.. Aku ajak izzah ngan imran sekali, saja niat nak belanja.. Tapi izzah je free sbb imran esoknya tu ada kolej. Bagus jugak izzah nak, leh jadi bibik 😂😂

Sekali dah sampai KawD, takde seat yang sesuai.. Semua tinggal kusi yg tinggi2 tuk org lepak tu.. Mana la bleh nak duduk situ.. Kan ada inara.. Niyaz mungkin la boleh.. Lagi pon tempat yang berbumbung takde.. Free air banyaklah.. Masa ni baru lepas hujan, ada tibas tibas ujan lagi. Buatnya tgah makan hujan tak memasal.. Dah la ada budak, risau demam je..

Cumanya aku agak bengang la jugak.. Sbb ni 2nd pengalaman aku nak g KawD ni.. Frust sbb service die mmg hampeh.. Staf staf semua buat bodo je lalu lalang kat depan kitorg.. Takkan la tak nampak orang baru sampai, mata meliar cari seat yang available.. Huh.. Yerlah, mungkin terlalu ramai cust kot. Staff tak cukup..*mata ke atas.. Kalo dah tau dapat sambutan tu, upgrade la service, tambah staff.. Nati aku nak p lagi kali ke3.. Kalo masih begitu juga, gudbye forever lah KawD. Menyampah!

Maka, kitorang berambus pergi ke kereta dengan perasaan sebal . eh, aku je yg sebal.. Hahah.. Bengang dalam hati.. Sampaikan babah buat lawak, ajak makan char kue tiaw kat lori tepi jalan tu pon aku rasa hangen .. Grrr.  Kita da plan nak makan kat situ, sekali tak dapat.. Bengang tau tak!!! *** ni emo mengalahkan besday boy pulak kan, die pulak yg menyentan - nyentan.. 😂😂

So dalam kereta, babah pandu je tanpa arah tujuan.. Lalu depan KawD, aku jeling kedai tu, masih tak puashati.. Hahaha. Bincang bincang babah kata g al rawsha la, sebab sesuai la tuk budak, tak kena ujan, lepastu ada nasi. Haa ok lah.. Lagipon besday boy suka, kita on je la.. Mmg ikut tekak die lah, dah kata nak melanja kan... Yg takpaham tu, kg pandan tu nak pusing roundabout lagi jauh dan berliku jalan die takde pon komplen.. Kah kah.. Padahal nando's ampang point lagi dekat kot?

Sampai situ, amik meja yg dalam bilik tu.. Bertutup. Senang bebudak nak lari2 takde siapa marah . tak risau kena culik, tak kena hujan. Kekeke.. Mak pak pon leh makan dengan tenang..

Buku menu

Ni makanan yang aku nak makan sejak beranak kan inara. Fahsa Meat. Lamb masak kari. Rasa die cam kari ayam dalam tin jenama Ayam BRAND tu. Tengok la roti die tu makan 3 org tak habis ni woi!!!

Babah amik Lamb Mandhi. Yang Niyaz memula makan roti, pastu die makan nasi pulak. Bertambah tambah.. Sedap kan Niyaz?

Budak bertuah ni makan apa saja.. Hahaha.. Tolak batu ngan kayu jer.. Ni kaki memula dedua naik atas.. Kemain ko ye adik? Mementang ada bibik!!

Bibik of the day!! Hahha.. Izzah makan Chicken Mandy. 

Pengabisan amik aiskrim. Gila 3 scoop rm12. Rasa aiskrim coklat biasa je.. Huhu 

Habes.. Perut kenyang suka hati.. 😘😘

Gambo dari www.zamato.com

Gamba dari website al rawsha

Restoran ni buka 24jam sehari, 7hari seminggu. Pendek kata non-stop.. Kalo tetiba rasa nak makan timur tengah, pergi sini tau!! Sedapppppppppp..

Ok lah.. Jumpa nati kalo merajin nak taip entry.. Muahahhahaa

Detox

Assalammuaikum..

Huaaaawww bestnya dah boleh letak banyak2 gamba lepastu leh description bawah gambo tu.. Sebab sebelum ni tak boleh tau.. Ni ntah tetiba pulak boleh.. Mengada la blogger apps ni..

Ok.. Sebab ramai tanya, nak detox cemana masa makan MissSlim tu. Yerlah, kadang berat kita ni susah nak turun walaupon dah berbotol telan. Ataupon dah turun tp sampai satu tahap die statik. Takmau turun dah.

Die salah satu puncanya ialah, usus kita ni  kotor, tak bersih. Banyak toksin daripada makanan2 kita terdahulu.. Oleh sebab itu, penyerapan zat zat ni slow ataupon tak terjadi langsung. Ko telan la berapa kotak serbuk mutiara pon, tetap tak putih.. Sebab zat2 tu tak dicerna.

Jadinya kita kena buat detox lah. Bersihkan usus tu.

Kalo gugel banyak cara nak detox. Buat air rendaman lemon, halia, timun, buah2an dan macam2 lagi.

Oleh sebab aku ni tak suka (malas) maka aku telah pilih tuk buat detox pakai detox tea yg ada dijual di farmasi je.. Muahaha

Ni brand yg aku minum. Beli kat watson je. Rm30++. Satu uncang bleh buat 2-3kali minum. Kalo taknak yg ni, leh je minum jenama lain, asalkan detox.


Tapi jarakkan 8jam tau. Misalkata nak g toilet esok kol 6pg, ko kena minum kol 9-10malam hari sebelumnya. Kalo tidaaak nanti membuang dijalanan ke tempat kerja. Haha

Lepas membuang tu ko akan rasa badan ko ringan. Perut pon kempis. Tak percaya cuba la minum sendiri.. Hihi. Setakat ni puas hati!! 👍👍👍

Lepastu, kalo makan ngan MissSlim ni, lagi cepat kurus. Betullllllll.. MissSlim rm100 ada 30biji. Die tahan 15hari je kalo makan 2biji sehari.. Tp aku makan sebiji sehari pon masih turun.. Cuma lambat la..  

Hello? Kurus cepat cepat nak g mana? Hahah.. Jangan turun cepat naik pon cepat. Biar lambat asal selamat hokey?

Nak order MissSlim meh wassap ayu 0129163656. Ready stok .. 😘😘. Kalo pandai bodek, dapat lah harga spesial.. Jom kurus sebelum raya!!!



Sabtu, Januari 28, 2017

Fobia setiap kali CNY

Assalammualaikum..

Saja nak tulis sementara masih mood CNY. Mood wakluuuu.. Hahaha

Ok camni.. Aku ada satu rahsia. Tak ramai yang tahu tapi orang yang rapat tahu lah... Iaitu aku fobia pada tarian singa/naga tu.

Bukan takat aku takleh nampak die nari2 depan mata, dengar bunyi gendang pon aku takleh.. Apatah lagi kalo dalam kereta, kat trafic light tu boleh pulak benti sebelah atau belakang lori bawak alatan persembahan tu.. Memang mengundang laaaa.. Kalo terkejut aku jerit selamba je dalam keta.. Mr.President (masa tu belom kawen) pelik, dah kenapa pompuan gila ni tetiba menjerit.. Hahaha

Maunyer idak, terngangaaaaa je kepala singa tu kan.. Eeeeeee.. Seram la.. Jangan la mimpi malam ni..

Tadi kat belakang rumah ni ada tarian.. Tiap2 tahun kedai runcit cina belakang ni buat. Tak nampak tp ada la dengar gendang2 ngan bakar mercun. Yang si Niyaz nanges2 nak tengok.. Dah, jangan buat pasal. 😂😂.. Mak kau ni sejenis penakut .. Jangan la die suatu hari nanti ajak tengok live, terkencing aku agaknya.

Teringat masa time kerja haritu.. Masih lagi dalam minggu CNY jadi kat area opis ada la jemput persatuan ni tuk buat persembahan. Aku ngan yati makan kat luar masa ni, tak ingat pergi mana.. Tapi masa dah balik opis tu, kat parking dengar gendang kuat gilaaaaaa.. Ko tau la gema kat parking cemana kan?

Masa ni dah seriau dah.. Mata kejap kiri kejap kanan.. Takut tetiba die muncul depan kereta tak ke pitam kat situ? Aku dah mengeletar macam nak gila.. Kaki lutut semua.. Yang si yati leh gelak2 kan aku.. Die ingat benda ni kelakar agaknya.. Ade ke orang takut kostum kepala singa tu? dalam pada ketawa ketawa, yg aku da menjerit2 lepastu die diam sbb die tengok muka aku pucat.. Haaa baru tau aku bukan main2 acah2 takut.. Hahhaha

Lepastu bunyi tu dah berenti, aku pon baru nak kumpul kekuatan, cadang nak bukak pintu keta nak keluar nak lari cepat2 naik lift. Tapi terpikir pulak, macamana kalo die buat depan lift? Matilaaaaweiii.. Tengah pikir pikir sekali bunyi gendang lagi kuat.. Kah kah.. **bongok bila ingat.. 😂😂.. Terus mereput lagi dalam keta.. Lepas berapa lama baru benti, cepat2 naik opis.. Yati pon dah tak gelakkan aku, tp kadang2 ada la perli2 sket.. Hahaha

Adoi, rindu pulak masa kerja sama-sama.

Korang tak takut ke? Seram wei mata die kedip kedip gitu.. Walaupon aku tau la tu orang je kat dalam die.. Tapi takut la.. Ade yg cakap best, best jadahnya? Tang mana best? Eeeeee..

Ok.. Ni nak cerita punca kenapa aku fobia benda ni.. Ikutkan dulu aku takde la takut sangat sbb ada sekali dulu masa kekecik, ayah ada bawak tengok depan2.. Tp ok je.. Seronok tengok persembahan, lepastu dalam tv pon ok.. Cuma yang start ni sejak form2@3 gitu.

Masa tu aku ikut kawan aku tolong ayah die buat katering. Saja la cari duit lebih.. Walaupon sekadar rm10-20, kira banyak wooo zaman tu.

Nak dijadikan citer, kitorang dapat job tuk CNY ni. Tempat maaf tak ingat kat mana tapi dalam komuniti cina la. Sedang2 tengah makan tu, ada persembahan tarian ni la.. Dengan gendang apa ke semua.

Aku masa ni kan tak takut lagi. So duk je tengok, bukan ada keja pon. Tetengah tengok tu, tetiba salah sorang team tu datang bg limau kat semua org yg terhampir la.. Yg aku mmg tak suka makan limau (sebab masalah asma). Jadinya aku pegang je la limau tu.

Tetengah khayal pikir apa ntah, tetiba terpacul kepala singa tu sambil nganga nak makan/amik limau yang aku pegang.. Gila terkejut wei. Meloncat aku.. Terus la aku lari, terperanjat punya pasal.. Yang jadi lagi takut tu sebab die kejar weh!!!!!!! Die kejar limau yg aku pegang tu.. Rerupanya tadi yg aku termenung tu, mmg singa ni g kat org2 yg pegang limau tu pastu mintak balik.. Haku pon tak paham, dah bagi mintak balik.. Buruk siku jugak singa ni ya? Hahaha

Eh, tak kelakar la.. Sambung balik detik cemas.. Die kejar aku sampai aku nyorok dalam van katering tau, menggeletar.. Siyes.. Aku tak tipu.. 😂😂.. Duk la situ, sampai la ku dengar persembahan habes.. Kawan2 panggil suh keluar ke, jangan harap la! nak kenakan aku la tu!! Haha.. Setelah ku pastikan semua penjahat2 tu balik, baru la tolong kemas semua. Yang bangang sangat, panik tak sempat nak pikir .. Apesal la aku tak baling je limau tu.. Yg genggam sambil bawak lari tu yang dah kenapa???.. Haha

Jadi, itulah ceritanya.. Sebab tu tak boleh dengar gendang tu semua.. Otomatik dada aku berdebar2, tangan geletar.. Mungkin masa tu mmg aku terkejut sangat sangat, tu yg membawak ke hari ni.. Aduhai.. Tapi limau dah boleh makan, sbb sejak tua ni asma da jarangggg datang.. Cuma kena jaga je la makan tu.. Jangan kau balun berkotak2 sudahlah..

Jadi, selamat tahun baru cina!! Selamat bercuti buat semua.. Aku duduk rumah saja lorrrrr.. Taknak keluar nanti .......... (Sila isi tempat kosong 😂😂)

Byeee.


Niyaz cepet. (Gambar hiasan)

Khamis, Januari 26, 2017

Dah turun 6kg!! Yeay!!

Assalammuaikum...

Haaa kali datang sejenis rajin, makaaaaaa rajin la update blog ni ha..

Ok.. Nak share pasal produk kurus dms ni weh!!

Aku sejak beranak Inara ni berat 72kg.. Statikkk tu jer.. Lepastu dah benti keja, duk umah naik ke 74-75kg.. Sampai la aku ketagihan gula tahun lepas.. Berat badan naik hampir 80kg!!!! Aku mmg ketagih gula. Aku sarapan kek, lepas lunch kang dessert kek, petang kek, atau kalo rajin order donut choquat si mimi tu, malam kang dah makan malam disudahi dengan kek lagi. Eee scary woooo

Pastu yg lagi teruknya, aku hantu milo/oldtown hazelnut yg 3in1 tu.. Bancuh guna air panas sikittt je, sengaja bancuh pekat.. Lepastu tuang aisss penuh.. Kendian, baru letak ais sejuk coway tu.. Nyaman gilerrrrrr.. Buat lah .. (Siap share cara cara yang tak bleh blah tu.. Haha 😂😂)

Mmg hari hari.. Sampai mmg nampak berat aku naik gila gilaaa.. Perut macam tgah tunggu hari beranak.. Jumpa dak dak ratu mmg komplen.. Mmg nampak naiknya.. Lengan macam apa je.. Beli baju sangkut kat situ.. Hahahha..

Bila aku pikir, sampai bila nak jadi camni.. Pastu aku pon insof.. Mula la aku tak minum 3in1 dan cut sugar. Aku start amik MissSlim. Oleh sebab Inara menyusu, maka aku amik sebiji. Lepas 30minit, minum kopi monatox. Kenyang sampai petang kooooo.. Terbaik wa cakap luuu..

Setelah amalkan lebih kurang 3bulan, akhirnya berat aku kembali 73kg.. Jadinya aku cuma turun 5kg je 😂😂.. Ini sebab, aku tak cut sugar sepenuhnya.. Masih amik tp berpada2 lah.. Kek makan, biskut butter pon makan, roti makan, nuttella tu pon makan. Pendek kata, aku tak pantang cam yang sepatutnya, macam aku guide cust kan.. Guide je pandai.. Diri sendiri haprak.. Hahahha.. Agaknya, kalo aku pantang bebetul kan, mesti lagi banyak turun kan? Huhuhuhu

Tapi takpelah.. Biar lambat, asalkan ada penurunan.. Tinggal 3kg lagi.. Bai bai angka 7. Aku target nak 69kg dulu.. Lepastu baru usaha buang angka 6 pulak.. Kekekeke..

Perut dah kempis u olsss.. Badan da rasa ringan sket.. Seronoknyaaa..

Ok.. Next entry nak bgtau apa yg aku minum tuk detox ya.. See u when i see u bebeh.

Nak order? Wassap ayu 0129163656..

Testimoni adik kandung hoccay!! Agen dms gak ni!! Kalo nak tengok gambo die yg dulu, cari kat entry tahun 2009. Hahah
Jom kurus sebelum raya, u olsss


Babai.. 😘😘