Assalammualaikum..
Kisah pasal lawan-lawan antara susu ibu vs susu FM ni macam tak berkesudahan kan? Biasanya yang stok susu die jenis banyak, murah rezeki, mula la nak bandingkan kes die ngan mak yang bagi anak die minum FM ataupon campur.. Buat lek dah la.. Susu ko tu pon Allah yang bagi.. jadi tappayah nak berlagak hebat sgt..
Aku benci betul spesis macam ni. Niyaz mmg da campur lama dah.. Silap aku sendiri sbb tak pam.. Stress kat tempat kerja dek kekangan masa pon iya jugak.. Kadang mmg da tertulis rezeki da takat tu, usaha mcam mana pon masih sama jugak.. Aku minum anmum lacta, shaklee ESp, siap beli coklat Mama Milky, makan habbatussauda dan macam2 lagi lah.. Tapi masih tak banyak melimpah sampai buat stok penuh peti es.. Hanya cukup untuk bf sahaja.
Sungguh pon begitu, aku masih menyusukan Niyaz pada waktu malam, masa nak tido jer.. tapi bila siang FM sbb dah lama stok habes.. Itu pon aku dah bersyukur Alhamdulillah.. Kalo dulu aku rasa susu aku cair, tapi sekarang nampak macam pekat pulak.. Itulah rezeki anak tak sama kan?
Masa berpantang, aku berpantang kat muar.. masa tu aku tak tau macamana nak buat stok lepas tu nak transfer dr Muar ke Ampang yg amik masa 3-4jam perjalanan.. Ku agak mestilah susu akan cair dan rosak.. Sebab tu aku tak buat stok.. Masa sambung pantang di rumah mak aku kat Ampang, aku masih tak pam secara konsisten, sbb Niyaz sentiasa bf. Tapi ada jugak lah buat stok sikit..
Lepas habis pantang, terus beli peralatan mengepam spt cooler bag, ice bag, botol, plastik, bottle warmer dan sebagainya utk persediaan masa kerja. Bila naik kerja, aku sempat pam sehari 3oz sahaja.. sedih.. sbb stok tak banyak.. Niyaz pula kuat menyusu.. Dalam 2minggu kerja, stok pon habes... T__T..
Suatu hari waktu lunch, telefon adik utk tanya keadaan Niyaz.. Adik aku cakap "Susu ko dah nak habes ni, beli je la susu tepung.. sian die tak cukup susu!".. Lepas tu mak aku pulak soh campur je.. Benda2 macam ni buat aku lagi sedih.. Dah la pam kat tempat keja masih sama bawak balik 6oz saja 1 hari 5kali pam padahal.. Dan Niyaz sehari 15oz.. mana cukup...
Sedihkan? kalo boleh mmg la nak sampai die 2 tahun.. apapon aku masih rasa syukur sbb campur bukan 100% susu FM. Alhamdulillah... Lagi satu, ikut lah pada ibu tu sendiri sama ada nak menyusu atau tidak. sbb ada kawan aku yang mmg sengaja nak bg anak FM sbb senang nak bekerja.. ada yang katanya takde susu dr lahir (yang aku kira kurang pemahaman tentang susu ibu).. Agak sayang sebenarnya.. sbb aku rasa mustahil kan sejak lahir takde susu..
Apapon.. berhenti membanding-banding.. Jangan rasa hebat sgt kalo diri tu susu melimpah2 sampai nak perli2 orang lain, share doa2 tuk banyakkan susu kononya aku ni susu tak banyak sbb tak baca doa/zikir tu la yeh? iya laaaaaa.. terima kasih sbb berkongsi.. Terharu sangat!!!
Ni aku terbaca kat Kumpulan Susu Ibu.. Sangat kena! Terbaik!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan