Assalammualaikum...
ok.. tutup cerita sedih tadi.. :'(...
Esok nak bawak Niyaz ngan adik2 aku pergi mandi kat Pangsun Langat jer pon! hehe.. tu je yang dekat ngan umah.. Ni dr minggu lepas punya plan tapi tak jadi, bawak ke minggu ni..
So dalam kepala da pikir2 nak masak apa ni.. memula plan nak pergi ber3 je tapi tak best la pulak tak reramai.. kalo ada yang dapat jaga Niyaz syok gak.. hehhehe.. Lagipun da lama tak bawak adik2 ku pergi mandi-manda.. Kalo pergi bertiga, jadi takyah la bawak makanan beria.. Ni da ramai ikut kena la masak macam2..
Cadangnya nak buat :-
Sandwich sardin -- ni mesti ada la kan? mudah ringkas dan kenyang.. starter
Mee Goreng -- Ni kategori makanan berat .. buat tuk sarapan sekali lunch la ni.. letak ayam, udang, sotong, fisball, fiskek, sawi.. dah tu jer.. ni kalo meniaga ni rugi ni.. hahhaa
Air sirap -- ah, bancuh dr umah sesiap..
Biskut -- Biskut Niyaz jgan lupa, nati malapetaka kang..
Jajan -- twisties laksa, sumi jelly, dadih.. semua pon bawakkkkkk
Pahtu rasa macam nak buat puding pisang raja.. ahhh sudah.. hebat ni, pergi kelah siap ada starter sampai dessert ni.. piknik taraf hotel gini nih.. hahahah
Jaket keselamatan Niyaz dah ada, pelampung pon dah ada.. hahahha.. excited nak tengok Niyaz gigil2 main air... Happynya dia... bila die happy, perasaan sebagai ibu bapa tu speechless tau..!!
Apapun kita merancang.. ALLAH yang menentukan.. Semoga perjalanan kami baik2 sahaja hendak-Nya.. Aminnnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan