Assalammualaikum..
ok sambung pasal karipap tadi.. meh nak share resepi die.. mudah sangat la buat doh die tu.. yang payah bab kelim jer.. tadi siap tengok video tutorial pasal kelim karipap lagi tau!.. bangga tetiba.. hehehe
Ni semalam la, jalan2 kat blog tersinggah pulak kat blog kak jee.. entri pasal karipap.. terus mata berkaca2 sambil kepal2 tangan, macam tetiba dapat aura nak buat karipap.. keh keh keh.. di seru-seru gitu.. sementelaah, Niyaz pon suka karipap.. meh la belajar..
Resepi asal oleh kak Sheila dr spices journey.. resepi dari mak katanya.. boleh baca kat sini. Sebab tak boleh copy dari blog beliau, maka gigih aku salin balik ni.. Mintak halal yer :).. Semoga pahala berpanjangan.. Bila tengok bahan lebih kurang macam resepi mak kita jer.. cuma beliau tu main gaul2 jadi.. kang tanya resepi tak ingat.. suka tau... Adunan ni aku buat separuh jer.. sapa yang nak makan kalo guna sekilo tepung? kekkeke
BAHAN2 -
1 kilo tepung gandum
1 cawan minyak masak
setengah cawan margerin
450ml air
2 sudu kecik garam
1 kilo tepung gandum
1 cawan minyak masak
setengah cawan margerin
450ml air
2 sudu kecik garam
CARA
Panaskan minyak dan margerin. Kemudian dicurahkan ditengah2 tepung gandum yang telah diletakkan dalam besin. Kacau pantas guna garfu hingga berderai2. Masukkan air yang telah dicampur garam. Kemudian uli hingga doh tidak melekat lagi di besen.
Rehatkan dalam fridge lebih kurang 20 minit. Lepas tu, keluarkan, jadikan bulat2 dan leperkan guna rolling pin.

INTI - sendiri punya
Rebus kentang yang da potong dadu.. tadi aku buat 3biji kentang je.. letak garam sekali..
Bila da lembut tapis air die.. asingkan sikit tuk inti dak Niyaz
Lepastu tumis cili kering 2 sudu besar, masukkan sardin.. gau mesra lepas tu masuk kentang.. done!
kemudian gentel la.. aku masih belajar lagi sebab tu tadi siap tengok youtube cara kelim karipap.. tak sabar nak balik, sambung gentel.. hiksss
Orang tengah semangat camni la....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan