Assalammualaikum........
Terjumpa ni pagi2 kat wall FB.. sesungguh sungguh nya betul sgt2.. aku anak no.1.. kekekkekeke
Sekali kita lukakan hati die dengan kata-kata, sampai mati die akan ingat walaupon die tetap mesra dengan kita
haaaaaa... betul betul.. aku sensitip, mmg kalo ada yg terlepas kata-kata yg menyakitkan hati, aku sentap sentap jugak, muka cool tapi dalam hati dan minda, aku ingat sampai bebila ayat ko tu.. sampai mati yer. tapi kawan tetap kawan la...hahhahaha
Walaupon selalu dilukakan, dia tetap sabar dan kuat
oh yaaa... ni sambungan kata-kata kat atas la ni.. hati da terluka, aku simpan simpan simpan jer la.. bersabar giler.. lepas tu tiup hembus semangat kuat2 semat dalam dada anggap semua ni takde apa2.. kekadang aku pon tak tau dr mana dtg kekuatan dan kesabaran yg tinggi..
Suka buat kerja last minit, suka tangguhkan kerja.. Tapi apa2 pun kerja last minit die memang menjadi.
Ni mmg.. sapa kenal aku mmg aku suka buat last minit kerja.. biasanya buat last minit kerja hasilnya mesti kebabom.. tak kisah la dalam kerja apa2pon.. aku mmg suka bertangguh.. org kata tak baik tangguh kerja.. tapi ntah la, hobi atau habit kot mesti nak buat last minit.. kalo buat awal2 ade je kekurangan die.. hehhehe.. macam buat kek la, time nak dekat dateline baru kelam kabut.. last2 cantik.. tapi kalo buat awal.. adeeeeeeee jer.. hehheheheh
Memang agak pendiam sikit kalau orang tak kenal die, bila da rapat mulalah keluar nakal2 manja dia tu..
Aku dilahirkan dengan wajah yg beriak sombong. kalo aku tak senyum sampai nampak gigi, sampai bebila org cop aku sombong.. Dulu, jejiran umah lama cakap kat mak aku "anak akak yg 1st tu nampak sombong yer, pendiam jer".. Mak aku siap bekap lagi , dia kata 'eh taklah, muka die mmg macam tu jenis sombong.. tapi kalo da borak mmg tak berenti cakap".. kekkeke.. so aku da biasa di cop sombong sbb rupa aku la.. hikssss
Stalker dan penyiasat yang berjaya. Apa yang dia nak tau semua dapat.
Haaaaaaa.. ni lagi satu.. keh keh.. aku misal kata la terjumpa sesuatu yg pelik, yang mencurigakan, terbau sesuatu yg misteri mmg aku siasat sampai lubang cacing.. details giler plak tu.. aku rasa aku ni sebenarnya layak jadi polis la, takpun pegawai penyiasat.. kekeke.. contoh ada 1 kes dulu, rasanya da penah cerita.. kejap eh ku cari..k, boleh baca kat sini sambungan kat sini.. Selain dr tu, menyiasat hal adik2 pon selalu berjaya.. aku tau jer apa aktiviti, tappayah nak sorok.. kekkeke.. Tapi kebanyakkan yg aku tau aku diam2 jer..
Kuat cemburu + cerewet + degil + setia. So hati2 la eh
Kuat cemburu masa remaja je, lepas kawen dah kurang dah.. dah malas nak jeles2. Cerewet mmg iya, kalau masa buat kek, rasa mcam tak puas hati, aku buat baru. kalo tak puas hati lagi aku bg diskaun.. hahhaha.. Mr.President bengang jer.. Degil mmg sgt2 degil.. kalo aku nak, aku nak jugak.. aku tak kira.. setia hmmmm setia la jugak orgnya.. kalu suami mmg la kene setia sbb satu2nya suami yang aku hada.. kalau setia kat barangan, mmg kalo jenama A jenama A jer la.. hehhehe
So, anak 1, 3 dan 6.. betul tak? sama tak? hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan