Assalammualaikum...
Niyaz belom cerai susu lagi tapi da campur kan dengan FM.. Siang kat umah opah mmg FM jer.. Malam sebelum tido FM kang nak tido baru kepit celah ketiak.. hiksss..
Kadang bila tengok die minum & kadang die mintak susu tu macam eh? tak banyak sgt ker ni? Macam pagi tadi kan, die da minum siap2 kat umah lepas bangun tido tu bancuh 4/5oz.. licin.. lepas tu bila sampai umah opah, opah still bancuh 6oz. Padahal da cakap baru nyusu tadi kan? Opah kata takpe, bleh panaskan nak stanby jer.. Alih2 niyaz nampak botol die terus g baring isap sambil tgok TV.. Eh, tak cukup ker? haus lagi ker?
Tu yang ku konpius terus ku gugel. Berapa banyak yg die perlu minum satu hari..
Untuk yg bayi yg belum makan pejal, maksudnya 6bulan ke bawah, boleh kira pakai formula ni :-
Darabkan berat bayi anda dengan 2.5-2.7 auns formula
Jika bayi anda tidak mengambil sebarang makanan pejal (umur yang disarankan untuk mula makan makanan pejal ialah enam bulan), perkiraan yang biasa dipakai bagi menentukan jumlah susu formula ialah 2.5-2.7 auns (oz) bagi setiap per paun (lb) berat badan. Jadi:
- jika berat bayi anda ialah 6lb, dia perlu minum susu formula sebanyak 15 atau 16 auns dalam tempoh 24 jam;
- jika beratnya ialah 10lb, dia harus minum susu lebih kurang 25-27 auns dalam jangka masa 24 jam.
Sila ambil perhatian: perkiraan yang biasa dipakai ini tidak begitu tepat untuk digunakan bagi ukuran metrik.
Tapi kalo da campur dengan makanan kita kene kira usia baby pulak :-
Untuk bayi yang baru lahir, cuba berikan hanya 30-60ml / 2 auns susu formula setiap kali dia menyusu pada minggu pertama. Apabila bayi anda berusia satu bulan, dia mungkin akan mengambil 90-120ml / 3-4 auns setiap kali dan akan mengambil 400-800ml / 14-28 auns sehari. Tidak lama nanti anda akan tahu sama ada bayi anda mahu jumlah yang lebih – dia akan menghabiskan botolnya dengan cepat dan akan meminta lagi!
Dari usia dua bulan sehingga usia enam bulan, anda perlu memberikan bayi anda sebanyak 120-180ml / 4-6 auns setiap kali dia menyusu, dan ini bermakna dia mengambil dari 700ml sehingga lebih dari 1 liter / 23-35 auns, dalam masa sehari.
Apabila bayi anda mencecah usia enam bulan, anda boleh memberinya di antara 180-220ml / 6-8 auns setiap kali dia menyusu, dan dia seharusnya mengambil lebih kurang 900ml / 32 auns formula setiap hari.
Apabila anda mula menambah makanan pejal ke dalam dietnya, jumlah susu formula yang diambilnya perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga kira-kira 720ml / 24 auns. Agensi Piawaian Makanan UK menyarankan bahawa apabila bayi anda telah membiasakan diri dengan makanan pejal (mengambil tiga hidangan sehari), dia seharusnya mengambil kira-kira 600ml / 20 auns atau satu pain susu formula sehari bersama pelbagai makanan lain sehingga usianya satu tahun. Selepas usia satu tahun, dia boleh bertukar dari formula ke susu lembu penuh krim.
Boleh baca selanjutnya kat SINI.. Apapun ini hanya lah anggaran, sila rujuk paed baby masing2 yer..
Niyaz punya :-
Pagi : 4-5oz
Minum Pagi : 6oz
Tengahari Petang : 4oz
Malam : 4oz
Total : 19oz..
Masih terkawal :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan