Assalammualaikum...
Haaaa.. baca tajuk tu tetiba aku sambung belajar?? ekkeke.. takde la, semalam masa nak amik niyaz tunggu hujan berenti, adik aku si Izzah Form2 tu tanya soklan Matematik.. ada 3 soklan.. Yang soklan 1 & 2 tu senang, soklan ke3 susah sket..
Ni soklan die :-
Abu membeli 70keping setem yang berharga RM39. Sebahagian setem tersebut berharga 50sen, manakal selebihnya berharga 60sen. Berapa keping kah setem yang berharga 60 sen tersebut?
gagaggagaga...Agak susah kan??? Sbb semalam kesuntukan waktu, Mr.president nak pegi silat, aku cuba selesai kat umah, nati ajar thru wassap jer.. Jadi sepanjang perjalanan balik duk pikir.. kekeke.. Sampai umah, letak Niyaz main sorg2 sesambil tu cuba selesaikan.. Mr.President tengah sesiap pon sibuk nak selesaikan.. kekekke
Rasa tak puas hati kalo tak dapat selesaikan. Mr.President ntah hapa2, main petik je, setem 50sen ada 60keping..
Kalau 50sen ada 60keping = RM30
ada belen RM9 (sbb beli tadi RM39 kan??)
9 bahagi 60sen = 15keping
Nampak macam betul, tp jumlah keping da lari, 60 keping + 15 keping = 75keping.. Sedangkan Abu hanya beli 70keping je.. mana dtg 5 extra kan?? hahaha
Sebahagian tu means byak amount boleh letak, da takkan nak cuba satu2.. exam ada berapa jam jer.. hahahah.. ni baru satu soklan.. heheh
Sebahagian tu means byak amount boleh letak, da takkan nak cuba satu2.. exam ada berapa jam jer.. hahahah.. ni baru satu soklan.. heheh
Jeng jeng.. Akhirnya aku dapat selesaikan.. Otak aku masih berfungsi lagi rupanya. da 13tahun tinggal sekolah...
Ini penyelesaiannya :-
(1) Mengandaikan bahawa kuantiti setem 50sen sebagai X + Kuantiti setem 60sen sebagai Y = 70keping
x+y = 70keping
x = 70 - y
(2) Jadi setem 50sen X (kuantiti x) + setem 60sen X (kuantiti y) = RM39, maka
0.5x + 0.6y = 39
(3) Gantikan formula formula (1) kedalam formula (2), iaitu x = 70 - y
0.5 (70 - y) + 0.6y = 39
35 - 0.5y + 0.6 y = 39
- 0.5y + 0.6y = 39 - 35
0.1y = 4
y = 4/0.1
y = 40 keping
(4) Jika y = 40 keping, maka formula (1) diguna pakai
x = 70 - y
x = 70 - 40
x = 30
x = setem 50sen
y = setem 60sen
Jawapan : Setem 60sen ada 40 keping cikgu.. sekian, terima kasih
Fuh, rasa bahagia dapat selesaikan, tengok skema jawapan aku, macam jawapan pemeriksa kan? mesti full marks.. hahahha... Rindunya nak sekolah.. Mata pelajaran math adalah subjek kegemaran aku.. I love Math.. *tetiba
Ni contengan yang di wassap, tak tau Izzah paham ke idak.. ke main salinnnnnnnn jer? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan